Blog

10 Manfaat Chia Seed Untuk Kesihatan Anda

MANFAAT CHIA SEED

10 Manfaat Chia Seed Untuk Kesihatan Anda | MaryJardin.co

Adakah anda tahu bahawa mengambil chia seed dapat mengurangkan rasa sakit punggung? Apakah anda sedar bahawa chia seed dapat membantu menurunkan kadar kolesterol anda?

Kesihatan yang buruk adalah akibat dari gaya hidup dan makanan yang tidak sihat. Chia seed adalah satu bahan ajaib yang boleh mengubati macam-macam penyakit. Berikut adalah 10 manfaat chia seed untuk kesihatan yang perlu anda tahu.

10 MANFAAT CHIA SEED UNTUK KESIHATAN ANDA

1. ANTI RADANG

Salah satu manfaat chia seed yang cukup penting adalah sebagai anti radang. Perkataan ‘chia’ berasal dari kata ‘chian’, yang bermaksud berminyak. Chia seed adalah biji berminyak yang dilengkapi dengan asam lemak essential omega-3. Chia seed mengubati pelbagai gangguan kesihatan. Chia seed melawan radikal bebas, anti radang dan menurunkan kolesterol.

2. MINERAL

Chia seed juga adalah sumber kalsium, magnesium, fosfor, dan mangan. Semua mineral ini sangat penting untuk menjalankan fungsi tubuh badan dengan betul dan melawan tekanan darah tinggiManfaat chia seed memberikan tenaga yang cukup untuk proses metabolisme tubuh badan. Chia seed adalah rahsia yang terbaik untuk memiliki metabolism tubuh badan yang kuat.

3. KAYA SERAT

Serat makanan membantu mengurangi kolesterol, radang dan sembelit. Chia seed merupakan sumber serat makanan yang sangat baik.

4. ANTIOKSIDAN

Mungkin anda sudah mengetahui manfaat chia seed yang satu ini. Chia seed kaya akan antioksidan yang membantu melindungi tubuh badan dari pigmentasi, sel karsinogenik dan memperlambat proses penuaan.

5. MENGIMBANGI KADAR GULA DALAM DARAH

Manfaat chia seed untuk kesihatan anda juga adalah mengimbangi kadar gula dalam darah. Chia seed membantu mengurangi resistensi insulin dalam tubuh anda. Chia Seed adalah sesuatu yang harus anda miliki jika anda ingin mengatasi penyakit diabetes anda.

6. MENYENANGKAN

Kombinasi serat, protein dan nutrisi bertanggungjawab memberi kesan mengenyangkan dari chia seed. Mengambil chia seed adalah cara sihat untuk diet.

7. BEBAS GLUTEN

Chia seed tidak mengandungi gluten, yang dapat menyebabkan beberapa penyakit termasuk celiac, yang merosak lapisan usus. Chia seed adalah alternatif sihat untuk menggantikan makanan yang kaya gluten.

8. SUMBER PROTEIN YANG SANGAT BAIK

Manfaat chia seed adalah sebagai sumber protein yang sangat baik. Protein adalah salah satu nutrisi paling penting yang diperlukan setiap orang. Chia seed bukan hanya mengandungi jumlah ALA (asam alfa-linolenat) tertinggi, tetapi ia juga merupakan sumber terkaya dari protein. Ia adalah makanan yang harus dimiliki oleh para vegetarian. Chia seed adalah pengganti yang sempurna untuk telur dan daging dalam diet anda.

9. MUDAH UNTUK DICERNA

Salah satu manfaat chia seed untuk kesihatan yang paling berkesan adalah ia mudah dicerna, tidak seperti biji lain yang juga tinggi asam lemak omega-3, serat, dan mineral. Anda tidak perlu untuk menggiling biji chia terlebih dahulu untuk mendapatkan nutrisinya.

10. DISLIPIDEMIA

Chia seed mengandungi jumlah serat dan asam lemak omega-3 yang tinggi, dimana ia membantu menurunkan kolesterol. Chia seed meningkatkan kolesterol baik (HDL) dan mengurangi kolesterol buruk (LDL) dalam tubuh. Sertakan selalu chia seed dalam diet anda untuk menjaga kesihatan jantung.

www.maryjardin.co

Comments:

Leave a Comment

Your email address will not be published.

© 2017 Jardin Beauty Sdn Bhd. All Rights Reserved.