Blog

Tips Berfesyen : RASA ‘INSECURE’ TENGOK PEREMPUAN YANG CANTIK BERGAYA….

Jom cuba tips dibawah ni untuk tingkatkan ‘confidence level’ kamu…

1. Be Friend
Langkah pertama untuk jadi seorang yang bergaya. Be friend with women who have the good sense of fashion. Kawan-kawan merupakan antara pengaruh besar pada gaya hidup, jadi beranikan diri untuk mendekatkan diri dengan mereka. Pastikan diri anda selesa disamping kawan baru supaya tidak kekok bila berbual dan bergaya. Sekali gus, anda tidak akan rasa ‘overdressed’.
.

2. Try and Error
Macam mana nak jadi seorang yang stylish kalau tak cuba? Lainlah kalau hire stylist. Tak perlu takut untuk cuba sesuatu yang baru. Beranikan diri untuk bereksperimen dengan outfit. Contohnya kalau anda seorang yang tak gemarkan kasut tinggi, beli sepasang kasut tinggi dan pakai untuk satu hari dan berterusan. Lama kelamaan kamu akan terbiasa. Dalam berfashion, kita kena berani mencuba.
.

3. Window Shopping
Sekali sekala apa salahnya pergi window shopping? Tahu tak bahawa window shopping ni sebenarnya salah satu terapi mujarab untuk hilangkan tekanan? Ajak seorang teman yang punya sense of fashion untuk window shopping. Teroka semua butik yang ada dan sesuai. Sambil cuci mata, boleh bermain mix & match di fitting room! Lepas tu ambil gambar. Boleh dijadikan ‘goal to be achieved by next month’. Secara automatiknya, anda juga akan tahu sendiri tentang trend terkini.
.

4. Minta Pendapat
Kadang-kadang kita akan ragu-ragu dengan pilihan sendiri. Bukalah minda seluasnya untuk minta pendapat orang sekeliling anda terutamanya mereka yang punya sense of fashion. Choose & decide wisely!
.

5. Media Sosial
Jika ada masa, luangkan masa untuk teroka stailista di ruangan internet. Misalnya instagram, korang boleh stalk di ruangan explore. Cari mereka yang anda rasa pandai bergaya, stalk instagram mereka untuk dijadikan inspirasi anda untuk bergaya!

*Resources @ 2017 : ohfesyen.com
.

.
#maryjardin
#maryjardinluxelabel
#mjll
#mjllinfographic
#maryjardinian
#tipsbymjll

Comments:

Leave a Comment

Your email address will not be published.

@maryjardin_hq