Blog

Tips Berfesyen: PANDUAN MEMILIH JENIS KAIN TUDUNG

Nak pilih tudung, perlu tahu jenis kain, cara nak pakai ikut jenis kain..

Kalau salah pilih kain dan salah pakai, memang tidak selesa. Jom kenali jenis fabric dan cara nak gayakannya.

.

.

.

.

  1. Kapas (Bawal)

Selendang ini mudah digayakan kerana daripada jenis kain kapas dan ada gred. Ia mudah dibentuk pada wajah dan bersifat sejuk dan terletak kemas apabila digayakan.

.

  1. Sifon

Ia bersifat licin dan terlalu sensitif. Perlu dijaga rapi. Tetapi untuk memakainya, ada caranya. Pastikan anda gandingkan dengan anak tudung jenis kapas pada bahagian dalam agar selendang ini tidak mudah lucut daripada kepala. Jika rajin, gunakan pin yang lebih untuk kemasan.

.

  1. Lycra

Kain selendang jenis ini menjadi rebutan ramai. Ia mudah dijaga dan tidak perlu digosok. Penggayaannya pun lebih mudah dan kerana kain selendang jenis ini tidak perlukan pin ataupun peniti.

.

  1. Satin

Selendang jenis ini agak sukar digayakan. Tetapi kelihatan mewah dan feminine. Jika dililit di kepala, ia akan kelihatan kemas dan terletak.

.
.
#maryjardin
#maryjardinluxelabel
#mjll
#mjllinfographic
#maryjardinian
#tipsbymjll

Comments:

Leave a Comment

Your email address will not be published.

@maryjardin_hq