Sebelum membeli skincare, mungkin sesetengah dari anda akan mencari info dari produk tersebut terlebih dahulu untuk mengetahui samaada produk tersebut berkesan atau tidak. Jika produk tersebut memiliki info positif, dipakai oleh ramai orang, bahkan recommended oleh beauty editor mahupun beauty influencer, mungkin boleh membuatkan anda semakin tertarik dan yakin untuk membeli produk tersebut, kan?
Tetapi, bagaimana jika anda sudah berminggu-minggu menggunakan produk skincare tersebut namun belum nampak kesan apapun? Sebelum menunding jari dan menyalahkan para penulis info atau owner produk, cuba anda check dulu, mana tahu jangan-jangan ada beberapa rutin harian yang tanpa sadar kerap dilakukan sehingga membuatkan skincare tidak bekerja dengan efektif.
1. Menggunakan Produk Terlalu Sedikit atau Banyak
Pada umumnya, cara penggunaan sesuatu produk akan berbunyi ‘sapukan secara merata pada wajah’ atau seangkatan dengannya. Hah, sesuai dengan instruction tersebut, sapukanlah skincare tersebut secara merata pada wajah anda.
Jangan disebabkan harga produk agak mahal, anda cermat/jimat dan menggunakan produk tersebut sedikit demi sedikit dek kerana ‘sayang’. Jika terlalu cermat, anda tidak akan mendapat manfaat yang optimum dari produk tersebut.
Selain itu, jika produk mengadungi kandungan aktif seperti benzoyl peroxide atau retinol, penggunaan yang terlalu banyak juga akan membuat skincare tidak bekerja secara efektif dan berpotensi menyebabkan keradangan pada kulit wajah anda.
2. Mengaplikasikannya Pada Kulit dalam Keadaan Kering
Kulit yang lembap memiliki kemampuan menyerap jauh lebih baik berbanding kulit kering. Anda boleh mengaplikasikan skincare sejurus 3 minit anda mencuci wajah anda. Namun, tidak bererti anda harus terburu-buru menggunakan skincare sejurus setelah mandi. Anda boleh menggunakan face mist atau face spray untuk melembapkan kulit sebelum menggunakan skincare tersebut.
3. Tidak Memberikan Waktu yang Cukup untuk Skincare Bekerja
Bercakap mengenai waktu, ada dua masalah yang mungkin terjadi dalam penggunaan skincare. Yang pertama, anda mencuba skincare baru selama 1 minggu, kemudian anda melihat tidak ada kesan yang positif, langsung anda berhenti dan beralih pada produk lain. Padahal, skincare memerlukan waktu yang agak lama (antara 1 – 3 bulan) untuk menunjukkan hasilnya.
Tambahan pula jika mengandungi bahan-bahan natural dan organik, tempoh yang diperlukan untuk menampakkan hasil tidak akan secepat yang anda sangkakan.
Masalah kedua adalah anda tidak memberikan waktu yang cukup untuk skincare menyerap secara maksimum dan terus menampal diatasnya dengan produk lain. Beberapa jenis skincare seperti BHA dianjurkan untuk dibiarkan selama 30 minit sebelum anda mengaplikasi skincare routine. Agar tidak salah, selalu check kembali cara penggunaan produk!
4. Tidak Melakukan Scrubbing
Kandungan skincare akan terserap oleh kulit melalui pori-pori. Jika pori-pori dan lapisan kulit teratas anda tertutup disebabkan kotoran, minyak, serta sel-sel kulit mati, sudah tentu penyerapan kandungan skincare tidak akan efektif, kan?
Untuk memaksimumkan proses penyerapan skincare, pastikan anda melakukan scrubbing secara berkala sekurang kurangnya 1 minggu sekali untuk membuang sel-sel kulit mati, kotoran, minyak, dan membuka ‘jalan’ agar kandungan skincare terserap maksimum.
PRODUK NATURAL & ORGANIK
Bagi anda yang merasa tidak selamat dengan produk skincare yang anda guna sekarang, dan inginkan produk natural & organik, kini ada cara natural lain yang sangat berkesan merawat kulit wajah anda tanpa kesan sampingan. Produk ini menggunakan 100% bahan natural dan organik seperti organik oat, susu kambing, tanah liat, minyak argan dan banyak lagi. 3 dalam 1 natural organik essential set ini mengandungi
(1) Sabun Anti Jerawat
(2) Face Oil Hilangkan Parut dan Keradangan
(3) Kolagen Serum untuk Kulit kekal anjal
Macam mana nak dapatkan Set ini? CLICK link dibawah untuk pembelian di atas talian
Info yang bagus ?