Kosmetik Berbahaya
Wanita mana yang tidak kenal dengan kosmetik? Zaman sekarang bukan wanita saja yang obsess dengan kosmetik, kanak-kanak pun dah terjebak dengan kosmetik tau! Zaman sekarang ni budak-budak sekolah sanggup ikat perut sebab nak beli kosmetik. Apa yang berhantu sangat dengan kosmetik ni?
Kosmetik dikenali sebagai solekan dan merupakan bahan-bahan atau produk yang digunakan untuk meningkatkan penampilan atau wangian badan. Banyak kosmetik direka untuk penggunaan kepada muka dan rambut. Ia adalah campuran bahan kimia; beberapa yang berasal daripada sumber semula jadi (seperti minyak kelapa), dan beberapa sintetik menjadi. Kosmetik biasanya termasuk lipstick, mascara, eye shadow, foundation, blusher, cleanser dan lotion, shampoo, produk dandanan rambut (gel, semburan rambut, dan lain-lain), minyak wangi, dan air kelonyor.
5 Bahan Kosmetik Berbahaya Yang Diluluskan Oleh Badan Berautoriti
Di Amerika Syarikat, Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) mengawal selia kosmetik, mentakrifkannya sebagai “bertujuan untuk digunakan kepada tubuh badan manusia untuk pembersihan, dandanan, menggalakkan daya tarikan, atau mengubah penampilan tanpa menjejaskan struktur atau fungsi badan”. Tetapi selamatkah bahan-bahan yang diluluskan oleh (FDA)?
Berapa ramai dari kita yang benci dengan Paraben dan menganggap ia racun tapi sebenarnya tak tahu pun Paraben tu apa? Kita benci dengan Paraben sebab terikut ikut dengan trend semasa kan?
Cuma kali ini admin nak kongsikan 5 bahan yang anda sangka racun tetapi dibenarkan untuk digunakan dalam kosmetik oleh 2 badan besar yang ber-autoriti di peringkat global/international iaitu CIR (Cosmetic Ingredient Review) dan FDA (Food and Drug Authority).
Anda WAJIB baca dan confirm akan terkejut dengan Fakta ini!
1. PARABEN
Paraben adalah sejenis pengawet yang digunakan untuk membantutkan pertumbuhan bakteria dan kulat dalam produk. Paraben dihasilkan dari PHBA (Para Hydroxy Benzoic Acid) yang wujud secara semulajadi dalam buah buahan dan sayur sayuran. Ianya disenaraikan sebagai bahan selamat untuk digunakan. Kaitan antara paraben dan kanser masih belum dikenal pasti.
2. PHTHALATE
Phtalate digunakan dalam produk seperti pengilat kuku dan spray rambut kerana sifatnya seperti plastik. Ramai yang takut dengan phthalate sebab dikatakan ianya boleh merosakkan sistem hormon badan. Tapi ia diluluskan untuk digunakan dalam kosmetik oleh CIR kerana 3 kajian yang dijalankan pada tahun 1985, 2002 dan 2005 menunjukkan ia selamat digunakan.
3. FORMALDEHYDE
Ramai yang tahu bahawa Formaldehyde digunakan sebagai pengawet mayat dan sampel di makmal. Sebenarnya Formladehyde juga digunakan sebagai pengawet produk! Tak sangka kan bahawa Formaldehyde sebenarnya dianggap selamat dalam produk kosmetik jika digunakan pada kepekatan kurang dari 0.074%!
4. SLS (Sodium Lauryl Sulphate)
SLS banyak digunakan dalam produk mandian untuk menghasilkan buih. SLS telah dikaji 2 kali pada 1983 dan 2002 dan setiap kali kajian membuktikan ianya selamat. Ia boleh menyebabkan iritasi (keradangan) kulit kepada sesetengah orang dan fakta tentang SLS menyebabkan kanser dianggap tidak berasas.
5. PETROLATUM
Petrolatum adalah mineral oil jelly yang digunakan sebagai pelembap dalam produk seperti Vaseline dan pelincir dalam ubat sembelit. Ia juga dibenarkan untuk digunakan dalam makanan! Ramai yang cuba elak dari menggunakan produk yang mengandungi petrolatum kerana percaya ia penyebab kanser tetapi sebenarnya Petrolatum yang disuling dengan betul dikatakan selamat untuk digunakan oleh FDA.
Sebenarnya ada banyak lagi kandungan yang kita anggap racun tetapi dianggap selamat oleh FDA dan CIR. Boleh percaya ke kajian yang dijalankan oleh FDA dan CIR?? Tak hairanlah produk yang mengandungi ‘racun’ ini dijual secara berleluasa di pasaran Malaysia dan antarabangsa. Sebenarnya betul ke bahan ini SELAMAT??? Tunggu next post untuk pencerahan lebih mendalam! Dan tolong SHARE post ini jika anda rasa post ia mengandungi ilmu yang boleh dimanfaatkan.
Bagi anda yang merasa was-was dengan produk kosmetik yang anda guna sekarang dan inginkan kosmetik yang selamat pada kulit anda dengan menggunakan bahan-bahan yang NATURAL dan SELAMAT, admin menjemput anda-anda semua ke MAKEUP CLASS yang bertemakan “NO-MAKEUP MAKEUP” bersama Professional MUA dan Founder produk NATURAL & ORGANIC.
Jadi jangan risau lagi untuk menggunakan produk kosmetik selepas anda menyertai kelas ini! Kami akan perkenalkan anda dengan FOUNDATION & LIP MATTE yang mengandungi bahan NATURAL dan SELAMAT.
Bagaimana? Anda berminat?
Macam mana nak join kelas ini?
Anda boleh PM page FB Mary Jardin HQ ataupun whatsapp ke (+601120689583) CLICK link whatsapp:
https://api.whatsapp.com/
ATAU terus booking seat di website Mary Jardin:
https://www.maryjardin.co/
Follow FB Page Mary Jardin HQ dan set SEE FIRST. Admin akan cuba kongsikan banyak lagi info untuk memastikan anda pilih kosmetik dan skincare yang sangat selamat tanpa merisikokan kesihatan anda.