Bahan Kimia Berbahaya Dalam Skincare
Bila anda membeli skincare untuk kulit wajah anda, anda sering keliru atau tertanya-tanya pada diri sendiri “Apa yang elok untuk kulit aku”, “kalau pakai pencuci muka ini elok tak muka aku”, “produk ni untuk apa”.. kiranya pelbagai persoalan bermain di minda. Anda ingin membeli tetapi rasa takut menebal. Anda tidak mahu ambil risiko mencubanya kerana takut mengandungi bahan kimia berbahaya dalam skincare tersebut dan membuatkan muka anda akan rosak.
Admin banyak kali alami perkara ini, pergi ke farmasi duduk cangkung cari produk yang sesuai dek risau dengan bahan kimia berbahaya dalam skincare, jika ditanya pada perunding di situ mesti dia syorkan produk jagaannya. Alamak! susahnya! Perlu diingatkan bila anda membeli produk untuk kulit muka silalah baca setiap bahan kandungan produk tersebut, jangan main beli saja.
Ada setengah produk muka ini memang nampak perubahan yang ketara bila digunakan, ada yang tidak sampai seminggu sudah lain muka. Pelik! cepat sangat perubahan. Jangan sebab nak cantik, muka putih, anda main beli saja. Ambil tahu bahan kandungan produk kecantikan kulit.
Kesilapan yang sering anda lakukan ketika membeli rangkaian produk kecantikan ialah anda tidak memberikan perhatian kepada komponen yang terkandung di dalam produk tersebut. Anda cuma memikirkan tentang keberkesanannya dan baunya yang harum. Admin senaraikan 5 bahan kimia berbahaya dalam skincare yang terkandung dalam produk kecantikan anda.
5 Bahan Kimia Berbahaya Dalam Skincare
1. HYDROQUINONE
Hydroquinone merupakan agen topikal yang digunakan untuk mengurangi pigmentasi pada kulit. Hydroquinone biasa digunakan untuk menyamarkan area kulit yang mengalami masalah hyperpigmentasi, bintik-bintik hitam, serta bintik-bintik penuaan.
Hydroquinone juga merupakan kimia yang digunakan sebagai bleeching dalam produk kecantikan. Bahan ini berfungsi untuk melunturkan kotoran. Seperti anda merendam kasut di dalam klorox, kesannya memang bagus tetapi jika dilakukan dengan kerap dalam jangka masa yang lama akan merosakkan kasut tersebut. Sama seperti anda rendamkan muka anda juga.
Dianggap berbahaya, beberapa negara termasuk Amerika, telah melarang penggunaan hydroquinone. Berikut beberapa bahaya bagi kesihatan yang mungkin timbul akibat penggunaan hydroquinone; Ochronosis, sensitif terhadap cahaya, agen kanser, reaksi alergi.
2. TRETINOIN
Tretinoin adalah kedua bahan kimia berbahaya dalam skincare. Biasa digunakan oleh doktor untuk merawat jerawat yang serius. Tretinoin juga menghakis lapisan kulit sedikit demi sedikit sama seperti Hydroquinone. Kulit akan kelihatan mengelupas, kering, merah, pedih dan gatal-gatal semasa ia digunakan. Kulit juga akan lebih sensitif kepada cahaya matahari. Selain itu, anda juga akan mengalami alergi, kecacatan janin, membahayakan bayi yang menyusu kerana ia boleh terkandung dalam susu badan.
3. PARABENS
Parabens juga boleh ditemui dalam losyen badan dan banyak produk kecantikan yang lain. Parabens berfungsi untuk menghalang pertumbuhan dan pembiakan kulat dan bakteria. Walaubagaimanapun, bahan kimia ini juga turut dikaitkan dengan masalah hormon dan juga kanser payudara. Cara terbaik adalah anda menggunakan jenama organik yang menggunakan antifungal semulajadi seperti vitamin E dan asid sitrik.
4. MERCURY
Penggunaan mercury kini semakin berleluasa di dalam produk kecantikan. Mercury bertindak sebagai agen pemutih yang selalu digunakan dalam sabun dan krim. Mercury dalam bentuk bukan organik bertindak mencegah pembentukan melanin menjadikan tona kulit lebih cerah.
Mercury juga digunakan untuk memastikan muka anda bersinar. Pernah tengok kan muka perempuan yang berkilat kilat kan? Dan apa yang paling menakutkan adalah mercury mengaktifkan sel tumor termasuklah leukimia dan hepatocellular adenoma.
Antara kesan utama mercury bukan organik yang terkandung dalam produk pencerahan kulit sabun dan krim adalah kerosakan buah pinggang dan sistem saraf dan ia boleh memberi kesan kepada perkembangan otak kanak-kanak. Mercury dalam produk mencerahkan kulit juga boleh menyebabkan ruam kulit, perubahan warna kulit dan parut, serta pengurangan rintangan kulit untuk jangkitan bakteria dan kulat.
Apa yang membuatkan keracunan mercury dari produk kecantikan begitu menakutkan? Banyak di antara tanda-tanda yang tidak spesifik dan sukar untuk dikenal pasti. Antara simptomnya termasuk. Berdebar tanpa sebab, gangguan kulit, ketar, lemah, letih, hilang ingatan, muntah, cirit birit, perubahan pada pendengaran, penglihatan dan rasa, serta pada konsentrasi tinggi-kematian.
5. SYNTHETIC COLORS
Bahan synthetic colors diyakini sebagai penyebab kanser. Jika dalam produk kecantikan tertera kandungan ini, jangan sekali-kali menggunakannya.
Banyak produk yang lulus KKM kerana sample yang dihantar kepada KKM adalah sample yang menggunakan bahan yang selamat sebaliknya produk yang dijual menggunakan bahan yang tidak selamat. Seeloknya anda perlu memilih produk yang menggunakan bahan kimia yang selamat. Tetapi, jika anda masih merasa was-was dengan produk yang menggunakan bahan kimia yang selamat, anda boleh menggunakan produk natural dan organik yang dijamin 100% selamat pastinya.
bolehkah clay mask di pakai dengan Apple cider vinegar.