Blog

5 tips kekal bertenaga sepanjang hari

Tips Kekal Bertenaga Sepanjang Hari; Apakah Puncanya?

5 Tips Kekal Bertenaga Sepanjang Hari | MaryJardin.co

Biasa bila dah ada anak ni, mula lah cepat letih. Baru pukul 10 pagi dah rasa nak tertidur sampai tersengguk-sungguk kt kerusi ofis. Eh, kadang orang bujang pun hadapi masalah yang sama tau. Ditambah pulak dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang ini, buatkan kita tak bertenaga dan tak bersemangat je kan.

Keletihan yang diakibatkan oleh kesibukan kerja sehari-hari memang sangat mengganggu konsentrasi dan prestasi kerja. Sehingga kadangkala terbawa-bawa sehingga pulang ke rumah. Diet yang betul dan sesuai adalah dengan mengamalkan tips kekal bertenaga sepanjang hari terbaik bagi mengatasi masalah ini secara semulajadi.

Masalah keletihan, penat dan kurang bertenaga ini boleh menjadi kronik dan meningkatkan risiko serangan penyakit. Susah kalau kita diserang penyakit yang tak diingin. Sikap ambil tahu anda mungkin akan menyelamatkan nyawa.

Terdapat banyak cara untuk melenyapkan rasa penat atau letih dengan cara yang berkesan. Misalnya melalui makanan dan vitamin yang bagi menambah tenaga.

Tak mahu rasa penat? Ingin hidup lebih ceria dan bertenaga? Amalkan 5 tips ini untuk kekal bertenaga sepanjang hari:

5 Tips Kekal Bertenaga Sepanjang Hari Dengan Mengamalkan Makanan Ini:

1. BIJIRIN OAT

5 Tips Kekal Bertenaga Sepanjang Hari | MaryJardin.co

Tips kekal bertenaga sepanjang hari yang pertama adalah oatmeal atau mil oat dianggap sebagai makanan super kerana kemampuannya dalam menjaga kesihatan pencernaan. Atas sebab itu, banyak amalan perubatan dan nutritionist yang menggalakkan pesakit diabetes mengambil oatmeal, terutama bagi membantu menjaga kadar gula darah supaya berada pada paras normal. Kerana keperluan kandungan serat yang tinggi ini penting bagi pesakit diabetes.

Selain kandungan serat yang tinggi, oatmeal yang menyediakan magnesium, protein dan fosforus, tiga nutrient yang signifikan dan secara langsung mempengaruhi tahap tenaga, menjadikannya sebagai makanan ideal untuk memerangi keletihan. Oatmeal juga merupakan sumber vitamin B1 (tiamin), yang berperanan penting dalam penghasilan tenaga oleh badan.

2. YOGURT

5 Tips Kekal Bertenaga Sepanjang Hari | MaryJardin.co

Teksturnya yang lembut, membuatkan yogurt dapat diproses dengan cepat oleh tubuh menjadi tenaga berbanding makanan padat. Ia mengandungi probiotik- bacteria baik yang membantu mempertahankan ekosistem usus agar sentiasa sihat dengan melindunginya dari pathogen dan membantu tubuh menyingkirkan bacteria berbahaya.

Kajian terbaru Universiti Toronto menunjukkan probiotik dapat membantu mengurangkan gejala keletihan kronik dengan meningkatkan kadar asid amino triptofan pada otak. Triptofan dikenali sebagai pemangkin serotonin, suatu neurotransmitter yang membantu merangsang tidur dan mempromosikan perasaan tenang, membantu mengatasi keletihan sama ada dari segi fizikal dan emosi.

3. BAYAM

5 Tips Kekal Bertenaga Sepanjang Hari | MaryJardin.co

Seterusnya, tips kekal bertenaga sepanjang hari adalah dengan mengamalkan pengambilan bayam. Bayam penuh dengan kandungan nutrient penting yang membantu melenyapkan keletihan. Sayuran ini tidak hanya menjadi sumber terbaik daripada segi sumber zat besi, tetapi juga sangat kaya dengan magnesium dan kalium. Zat besi memainkan peranan secara langsung dan penting dalam menghindari keletihan. Kadar zat besi yang rendah dalam tubuh menyebabkan keletihan baik daripada aspek fizikal dan mental serta anemia.

4. KEKACANG DAN BIJI-BIJIRIN

5 Tips Kekal Bertenaga Sepanjang Hari | MaryJardin.co

Biji labu, badam, kacang gajus dan kacang hazel mempunyai semua sumber magnesium yang membantu melawan keletihan otot. Kandungan triptofan yang banyak ditemui dalam biji bijan, biji bunga matahari, biji labu, biji gajus, walnut dan badam berfungsi melawan keletihan emosi yang secara langsung membantu meringankan keletihan fizikal.

5. SUPPLEMENT TENAGA

5 Tips Kekal Bertenaga Sepanjang Hari | MaryJardin.co

Tips kekal bertenaga sepanjang hari yang amat berkesan untuk admin war-warkan adalah dengan menggunakan Pea Protein With Multivitamin dari Mary Jardin. Kandungan serat dalam supplement ini cukup lengkap! Mary Jardin menyediakan Supplement Tenaga khusus untuk wanita dan lelaki. Wanita hamil boleh,ibu menyusu boleh, yang bujang pun boleh.

Pea Protein With Multivitamin ni minuman kaya protein yang dibuat daripada kacang peas. Ia juga mengadungi multivitamin (Vitamin A, Vitamin D3, Vitamin C, Vitamin E, Vitamin B (B1, B2, B3, B5, B6, B12), Vitamin K1).

Pea Protein With Multivitamin ini juga mengandungi Stevia Extract. Stevia Extract amat baik untuk mencegah diabetes. Daun ini dapat digunakan sebagai bahan alami gula yang tidak akan menambah tingkat gula di dalam darah sehingga diabetes dapat dicegah.

Bagaimana? Mudah kan?

Untuk Memesan Pea Protein With Multivitamin ini? Silakan hubungi Kami Melalui Whatsapp Kami di Bawah ini

5 Tips Kekal Bertenaga Sepanjang Hari | MaryJardin.co

Comments:

  1. […] C yang tinggi iaitu setiap 100gm Roselle mengandungi 280 mg Vitamin C! Ia juga mengandungi pelbagai Vitamin yang merangkumi Vitamin B1, B2 dan  Vitamin D. Dalam Roselle itu sendiri mengandungi […]

Leave a Comment

Your email address will not be published.

© 2017 Jardin Beauty Sdn Bhd. All Rights Reserved.