Blog

5 Tips Makeup Tak Bercapuk Dan Tahan Lama

Tips Makeup Tak Bercapuk Dan Tahan Lama; Apa itu Makeup?

image

Bedak asas atau foundation merupakan ramuan asas dalam solekan, tanpa bedak asas, tak mungkin solekan itu menyerlah berseri-seri dan lengkap. Walaupun terdapat pelbagai jenis dan fungsi bedak asas dijual di kedai kecantikan tapi masih ada yang belum dapat memuaskan hati dengan memberi kesan flawless glowing dan tidak pecah.

Suka untuk admin maklumkan, kesan pecah dan tidak sekata bedak asas bukanlah berpunca dari kandungan bedak asas itu sendiri. Ia dari kesilapan teknik dan penggunaan bersama dengan produk lain seperti pelembab muka atau krim sunblock.

Kesan garis halus disekitar dahi, hidung, tepi mulut dan pipi buat muka nampak lebih tua dari usia walhal ia dari kesan crack dari bedak asas tersebut. Malu kan nak face-to-face dengan orang ramai?

Jom admin kongsikan tips makeup tak bercapuk dan yang pastinya tahan lama.

5 Tips Makeup Tak Bercapuk Dan Tahan Lama

1. PEMBERSIH MUKA

image

Tips makeup tak bercapuk yang pertama dan wajib anda buat untuk mendapatkan kesan solekan yang flawless dan glowing, ialah dari rutin penjagaan dan membersih wajah. Tanpa membersih wajah yang berkala, sel kulit mati yang tertinggal akan menyebabkan solekan nampak kusam dan bercapuk. Nasihat admin, pastikan anda tidak tertinggal pembersih wajah, toner dan pelembab untuk penjagaan wajah yang lengkap.

2. FOUNDATION

image

Platform utama untuk tips makeup tak bercapuk adalah foundation. Foundation memainkan peranan yang sangat penting dalam pemakaian makeup anda. Senang sahaja untuk memilih jenis foundation yang sesuai, kenali masalah kulit anda. Jika anda memiliki kulit berminyak pilihlah foundation yang diformulasikan untuk kulit berminyak, begitu juga dengan jika kulit kering pilih yang khas untuk kulit kering.

Pastikan anda beli yang bersesuaian dengan jenis kulit tau! Warna foundation juga memainkan peranan yang sangat penting! Jika kulit anda cerah, anda digalakkan menggunakan warna light dan jika kulit anda sawa matang atau gelap anda digalakkan menggunakan warna natural.

3. BEAUTY BLENDER

image

Tips makeup tak bercapuk yang seterusnya adalah beauty blender. Kunci utama beauty blender ialah teknik aplikasi sapuan yang betul. Sapuan hendaklah disapu ke arah menaik. Jika tidak disapu dengan betul, dalam beberapa jam kesan pecah dan garis halus akan muncul. Terapkan sapuan disebelah wajah dahulu kemudian bawa kesebelah lagi, setelah itu sapu seluruh ke bahagian leher dan rambut halus.

4. BB CUSHION

image

Untuk penambahan tips makeup tak bercapuk untuk final touch adalah BB cushion. Diakhir solekan tambahkan setting BB cushion biar rata. Cukup dengan sapuan nipis, jika terlebih sapu ia juga akan memberi kesan crack pada solekan. Hati-hati!

5. MINYAK ARGAN

image

Ni admin nak bagi tips makeup tak bercapuk yang sangat berkesan yang tak ramai orang tahu. Tidak ketinggalan juga Minyak Argan yang kini sudah banyak digunakan dalam teknik solekan. Tak percaya dengan kebaikan Minyak Argan? Nah.. baca ‘Kelebihan dan Cara Penggunaan Minyak Argan Bersama Foundation Anda’.

Admin pilih jenama Mary Jardin yang memang dicipta untuk kulit muka serta sesuai dicampur didalam foundation bagi mengekalkan solekan dan boleh diganti sebagai pelembab muka. Admin berani potong jari kalau anda blendkan minyak argan ni dengan foundation, confirm smooth, glowing, flawless rata je kulit muka anda!

Ramuan minyak argan ni memang the best! Mengandungi 8 jenis minyak yang berkhasiat untuk kulit wajah kita. Ramai jurusolek terkemuka Malaysia memilih Minyak Argan Mary Jardin sebagai base solekan. Cubalah!

image

Tips Makeup Tak Bercapuk Dan Tahan Lama dengan Mary Jardin Face Oil, ikuti langkah-langkah berikut ini:

  1. Titiskan 1 titis Mary Jardin Face Oil pada foundation, kemudian blendkan.
  2. Apply pada wajah anda dan sapu menggunakan beauty blender.
  3. Sapu secara rata ke arah menaik

Hasil dia smooth je foundation tu dan confirm membuatkan makeup anda tahan lama dan yang pastinya glowing tau! Bagaimana? Mudah kan menggunakan Mary Jardin Face Oil.

Untuk Memesan Minyak Argan ini? Silakan hubungi Kami Melalui Whatsapp Kami di Bawah ini

image

Click link ini untuk whatsapp >>

http://skincaremj.wasap.my/

http://skincaremj.wasap.my/

http://skincaremj.wasap.my/

 

ATAU Dapatkan Mary Jardin Face Oil original hanya di website maryjardin.co

https://www.maryjardin.co/product/handcrafted-luxury-face-oil-for-acne-scars/

Comments:

  1. […] dan warna dasar kulit setiap orang berbeza-beza, sebab itu setiap orang memerlukan jenis dan warna foundation yang […]

  2. […] setiap kali memakai make-up, anda membersihkannya dengan bersih. Agar make-up yang menempek pada wajah tidak menyebabkan timbulnya masalah lain pada wajah anda terutamanya pori […]

Leave a Comment

Your email address will not be published.

© 2017 Jardin Beauty Sdn Bhd. All Rights Reserved.