Blog

7 RAHSIA PRODUK DENGAN NOT KKM MUNGKIN BERACUN!

7 RAHSIA PRODUK DENGAN NOT KKM MUNGKIN BERACUN!Nombor KKM = NOT. KKM
NOT. = Notifikasi (Pendaftaran)
KKM = Kementerian Kesihatan Malaysia

Setelah 4 tahun dalam dunia perniagaan, kami kerap diajukan dengan satu soalan cepumas dari pelanggan, “Produk ni ada nombor KKM tak?”. Bagus apabila ramai yang mempunyai kesedaran untuk semak nombor NOT KKM sebelum membeli sesuatu produk, tetapi pernahkah anda terfikir kenapa ada banyak kes produk yang mempunyai notifikasi KKM dirampas dan ditarik semula selepas didapati mengandungi bahan berbahaya?
Jika anda fikir NOT KKM menjanjikan produk yang selamat, anda mungkin tersilap!
Kami akan kongsikan 7 rahsia yang memang anda tidak akan sangka.

1. Ada Nombor NOT KKM tak bermakna produk telah diuji di makmal KKM.

Ramai yang menyangka jika produk tersebut telah mepunyai nombor NOT KKM, produk tersebut telah diuji keselamatannya di makmal KKM. Anda silap! Nombor NOT KKM hanyalah satu pengesahan bahawa produk tersebut telah di’notifikasi’kan atau didaftarkan dalam sistem KKM. Maksudnya KKM dimaklumkan bahawa produk tersebut dihasilkan di kilang GMP (Good Manufacturing Practice) yang tersenarai dalam direktori KKM seperti The Luxe Production (kilang yang menghasilkan produk Mary Jardin). Setelah produk mendapat nombor notifikasi/NOT KKM, produk tersebut boleh dijual di pasaran. Tetapi, produk tidak  semestinya diuji  oleh KKM sebelum dipasarkan.

2. Produk yang mempunyai nombor NOT. KKM hanya akan diuji sekiranya ada laporan kesan sampingan dari pengguna.

Ingat ye, produk tersebut dijual tanpa dibuat pemeriksaan & ujian terlebih dahulu. Bila pula poduk akan diuji dalam makmal? Ia akan diuji sekiranya terdapat sebarang laporan kesan sampingan produk tersebut. Contohnya ramai yang membuat laporan kulit muka mereka rosak selepas menggunakan krim pemutih XYZ. Maka ketika itu pihak KKM akan menyemak semula nombor NOT KKM untuk krim XYZ dan menjalankan penyiasatan serta ujian ke atas produk yang dilaporkan tersebut.

3. NOT KKM yang dibeli!

Kes ini memang sangat banyak. Untuk peniaga yang hanya memikirkan keuntungan wang semata-mata, mereka meletakkan nombor NOT. KKM palsu! Mereka membeli nombor ini dengan harga beberapa ribu dari kilang GMP yang tidak bertanggungjawab dan meletakkannya di label produk mereka sendiri. Pengguna menyangkakan produk mereka benar-benar telah dinotifikasi tetapi sebenarnya tidak! Kenapa mereka berbuat begitu? Sebab sebenarnya produk mereka tidak dibuat di kilang GMP untuk mengurangkan kos produksi/pengeluaran produk. Mereka mungkin membancuh produk di dapur rumah untuk menjimatkan kos pengeluaran/penghasilan produk. Jika dapur bersih, Alhamdulillah tetapi jika dapur dikongsi dengan tikus dan lipas??? Fikirkanlah.

4. NOT KKM sudah tidak ‘valid’.

Kes ini berlaku apabila mula-mula produk dihasilkan di kilang GMP. Jadi pengeluar produk dapat memohon nombor NOT. KKM. Kemudian untuk pengeluaran batch seterusnya, mereka hasilkan produk di rumah sahaja tetapi dengan menggunakan nombor NOT. KKM yang sama. Sekali lagi, tak tahulah bagaimana kebersihan dijaga sepanjang proses penghasilan produk.

5. NOT KKM Palsu.

Ini berlaku apabila pihak syarikat mereka-reka nombor NOT KKM padahal NOT KKM tersebut tidak wujud pun dalam sistem KKM. Untuk menyemak senarai produk yang berdaftar dengan PBKD, layari laman web rasmi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di www.bpfk.gov.my. Klik pada ‘Registered Product Search’ (Quest 2 & Quest 3)  dan masukkan butir-butir produk untuk memulakan carian.

6. NOT KKM telah luput tarikh.

Ini lagi satu masalah. Sebenarnya setiap kali memohon NOT KKM untuk sesuatu produk, nombor NOT. KKM itu boleh digunakan untuk satu tempoh masa tertentu sebelum ianya luput. Ada juga yang menggunakan nombor itu walaupun telah luput. Apa yang membimbangkan adalah kandungan produk juga telah berubah dan mengandungi campuran bahan berbahaya.

7. Produk tiruan

Ini yang paling membimbangkan. Produk dengan bungkusan luar dan NOT KKM sebiji macam produk asal tetapi sebenarnya produk tiruan! Biasanya produk tiruan mengandungi bahan berbahaya sebab mereka ingin mendapatkan kesan yang cepat tetapi dengan kos yang murah. Contohnya cepat putih, cepat kurus dan cepat sembuh.

Memang sangat menyeramkan. Dalam artikel lain, kami akan kongsikan bagaimana untuk anda mengatasi kekeliruan ini dan bagaimana untuk mendapatkan produk asli yang selamat dan berkesan tanpa sebarang kesan sampingan berbahaya.

Follow Dr Maryam Aziz untuk dapatkan lebih banyak info kecantikan dan kesihatan

 

Comments:

  1. […] anda membeli produk kecantikan untuk kulit wajah anda, anda sering keliru atau tertanya-tanya pada diri sendiri “Apa […]

  2. […] sunburn, kulit muka kita sangat sensitif. Maklumlah, kulit muka tengah rosak, kan. Bahan kimia & pengawet berbahaya akan menyebabkan kulit kita semakin rosak. Lagi lambat nak elok sunburn. Oleh itu, kalau korang tak […]

Leave a Comment

Your email address will not be published.

© 2017 Jardin Beauty Sdn Bhd. All Rights Reserved.