Blog

7 Tren Kecantikan 2018 Yang Semakin Popular

Tren Kecantikan 2018

7 Tren Kecantikan 2018 Yang Semakin Popular | MaryJardin.co

Hari ini admin nak kongsikan TREND KECANTIKAN 2018! Sesiapa yang mengaku dirinya jelitawan confirm tak mahu ketinggalan dengan trend ni. Sebabnya jenama besar dalam industri kecantikan sentiasa mencari solusi untuk jadikan kulit wanita halus dan mulus, dan semakin cuba untuk membuang segala bahan kimia dan gantikan dengan solusi semulajadi.

Setahun yang lalu Dr. Maryam dan Mary Jardin bawa nafas baru dalam industri kecantikan Malaysia. Dikala ramai orang masih mengekalkan penggunaan krim siang, malam dan pencuci muka menggunakan microbeads, beliau perkenalkan FACE OIL dan SERUM. Tak perlu gunakan krim siang atau malam dah, pakai FACE OIL dan SERUM dah terlebih cukup. Selepas tu admin tengok semakin banyak jenama yang mengambil tindakan pantas untuk menukar krim mereka kepada minyak.
Tak sangka brand besar tiru Mary Jardin ke??? Ahaha

Walaupun ramai yang pada mulanya kurang percaya terutamanya mereka yang kulit berminyak “Sesuai ke kulit berminyak gunakan lagi MINYAK?” Tapi pembaharuan ni tetap diterima hebat! Dan bermulalah kegilaan wanita terhadap FACE OIL MARY JARDIN, termasuklah admin sendiri yang gila tu ahahaha.

Kali ni admin kongsikan pula trend kecantikan 2018. Kalau tak percaya, tolong simpan post ni. 31 December 2018 nanti tengok balik, betul ke cakap admin ni 🙂

So pastikan semua ini ada di rumah anda ok.

7 Tren Kecantikan 2018 Yang Semakin Popular

TREND #1- MASK

7 Tren Kecantikan 2018 Yang Semakin Popular | MaryJardin.co

Haa ni trend PALING GILA pada tahun 2018. Industri kecantikan kata, tahun 2018 adalah tahun MASK. Tak kisahlah apa2 jenis MASK pun semuanya menjadi buruan. Ada yang gunakan tissue, ada yang serbuk dibancuh menjadi pes, dan ada juga mask yang dibuat khas untuk bahagian badan tertentu seperti tangan, kaki dan buah dada! Dan setiap mask mempunyai fungsi berbeza seperti anti penuaan, pelembap, mengecut jerawat, mencerahkan kulit dan sebagainaya. Korang belum pernah pakai Mask? Korang memang ketinggalan!

TREND #2- BODYCARE

7 Tren Kecantikan 2018 Yang Semakin Popular | MaryJardin.co

Dulu dulu orang hanya pentingkan skincare untuk muka sahaja. Bak kata orang kedah, tak kisah pungkok itam asai muka putih. Maka ramailah yang muka putih gebu gebas tapi tangan gelap dan kasar. TAPI 2018 ni, WANITA SEMUA NAK PUTIH DAN MULUS SATU BADAN. Jadi bukan SKINCARE sahaja hanya akan menjadi buruan tapi juga bodycare seperti BODY SCRUB dan BODY LOTION MARY JARDIN 🙂

TREND #3- PRODUK DAN BUNGKUSAN MESRA ALAM

Dulu orang tak kisah menggunakan bahan seperti microbeads yang akan meracuni alam. Plastik pun sama. Tapi sekarang wanita lebih memilih produk dan bungkusan yang tidak mencemar alam. Perasan ke di pasaraya pun dah mula tak beri plastik. Dan plastik pun kita pilih yang udah terbiodegradasi ataupun lebih senang menggnakan bungkusan kertas dan kotak.

TREND #4- SUPPLEMENT KECANTIKAN

7 Tren Kecantikan 2018 Yang Semakin Popular | MaryJardin.co

Tren kecantikan 2018 para jelitawan semua lebih bijak. Mereka bukan hanya tak mahu pakai krim timbang kilo, tapi mereka juga MEWAJIBKAN PENGAMBILAN SUPPLEMEN KECANTIKAN seperti collagen, minuman protein, antioksidan dan vitamin C. Tahu ke MARY JARDIn pun ada Astaceracol (minuman collagen) dengan kualiti antarabangsa!

TREND #5- PRODUK DWIJANTINA

Bukan wanita sahaja yang ingin cantik tetapi lelaki juga mula tercari2 produk kecantikan. Maka jenama kecantikan mula mengeluarkan produk untuk dwijantina. Tapi MARY JARDIN masih kekal dengan slogannya Every Woman’s Dream

TREND #6- GAJET KECANTIKAN

tahun 2018 ni, nak cantik tak cukup dengan hanya menggunakan tangan. Kita gunakan gajet kecantikan untuk memperoleh kesan lebih hebat. Contohnya kita boleh cuci muka menggunak Pobling, sapu serum menggunakan Ultrasonic Machine dan menggunakan facial streamer sebelum mencuci muka. Sebab tu Mary Jardin sediakan peralatan ni pada harga murah 🙂

TREND #7- FOUNDATION RINGAN

7 Tren Kecantikan 2018 Yang Semakin Popular | MaryJardin.co

Wanita tahun 2018 dah tak mahu foundation yang berat dan merimaskan seperti pakai lapisan minyak tebal di muka! Rimas! Semua cuba mencari formula foundation yang ringan dan selesa. Nak nampak beautiful naturally gitu. Sebab tu foundation #MaryJardinArtisanCosmetic #MJAC sangat ringan. Kalau tak caya cuba tanya Farah Lee. Dah tergila gilakan BB Cream MJAC!

———————————————-
Ok itulah yang dapat admin kongsikan tentang trend kecantikan 2018. Kalau anda adalah seorang peniaga produk kecantikan, pastikan anda tahu trend ni dan taklah masih gigih nak menjual krim malam krim siang padahal semua orang tak berminat untuk beli.
.
Kalau tak percaya, cuba tengok setahun dari sekarang. Betul ke apa yang admin share ni 🙂

.

Jom FOLLOW FB PAGE MARY JARDIN HQ untuk lebih banyak info!

Comments:

  1. […] tak korang pakai foundation tapi nampak kelabu? Sesetengah orang tu kita tengok makeup tebal sangat lah over lah. Mesti […]

  2. […] lagi, sebelum menggunakan bedak, anda seharusnya guna foundation atau alas bedak terlebih dahulu. Foundation mempunyai fungsi untuk meratakan warna kulit agar dapat diblend dengan bedak dan bedak yang kita […]

Leave a Comment

Your email address will not be published.

© 2017 Jardin Beauty Sdn Bhd. All Rights Reserved.