Wanita akan lebih kelihatan berseri-seri dan anggun apabila mengenakan dress labuh tetapi anda harus berwaspada dengan penampilan diri apabila mengenakan dress labuh. Berikut adalah tips yang boleh anda praktikkan:
.
1. Pilih Fabrik Yang Selesa Untuk Dipakai
Fabrik merupakan asas yang penting dalam pemilihan dress labuh supaya anda akan lebih selesa apabila memakainya.
.
2. Warna Dress sesuai Dengan Warna Kulit
Warna memainkan peranan yang penting dalam pemilihan dress labuh. Pemilihan warna perlu sesuai dengan warna kulit anda. Perincian yang terlalu padat juga tidak sesuai bagi sesetengah bentuk badan.
.
3. Pilih Kasut Yang Sesuai Untuk Digayakan
Pemilihan kasut perlu sesuai dengan ketinggian anda. Jika anda seorang yang tinggi anda dinasihatkan untuk tidak mengenakan kasut bertumit tinggi ataupun wedges manakala bagi yang mempunyai ketinggian yang sederhana, anda bolehlah memakai kasut bertumit tinggi untuk menampakkan diri anda tinggi.
.
4. Pastikan Corak Dress Sesuai Dengan Anda
Jika anda mempunyai tubuh badan yang agak besar, pilihlah dress labuh yang bercorak kecil supaya anda kelihatan lebih kecil.Manakala bagi yang memiliki tubuh kecil molek, pilihlah dress labuh yang bercorak besar untuk menampakkan tubuh anda sedikit besar.
.
5. Perincian Pada Dress
Perincian boleh membantu memberi ilusi bentuk tubuh yang menawan kepada anda. Jika anda memiliki dada yang agak leper, pilihlah dress labuh yang mempunyai perincian di bahagian dada supaya ia memberi ilusi dada yang berisi pada tubuh badan anda.
.
6. Potongan Dress
Potongan dress labuh yang mempunyai getah di bahagian pinggang adalah sangat sesuai bagi anda yang bertubuh kurus. Ia akan membantu memberi ilusi potongan badan yang cantik kepada bentuk tubuh anda. Berbeza pula bagi yang bertubuh agak gempal, elakkan potongan jenis ini kerana ia akan menampakkan tubuh anda pendek dan rendah.
.
7. Outwear Yang Membantu
Pemakaian outwear yang sesuai dapat membantu memberikan style yang menarik pada anda. Pilih outwear yang seakan-akan sama dengan dress labuh anda supaya anda dapat menyembunyikan bahagian yang agak menonjol. Sebagai contoh cardigan, blazer atau jaket.
.
8. Padanan Aksesori
Pilih padanan aksesori yang anda boleh pakai berulang kali seperti topi, scarf, tali pinggang dan juga rantai.
.
.
*Resource copyright @2016 : women online magazine
.
.
#maryjardin
#maryjardinluxelabel
#mjll
#mjllinfographic
#maryjardinian