Blog

Tips Berfesyen: ANDA TAHU TAK BAGAIMANA NAK PILIH PADANAN AKSESORI? 

Jom baca sampai habis cara-cara nak kelihatan anggun dengan aksesori yang sesuai
.
.
.
.
1. Jangan memakai lebih daripada tiga atau empat aksesori besarBoleh gabungkan aksesori tetapi pastikan ia tidak lebih daripada tiga atau empat aksesori. Paling penting, aksesori itu perlu sepadan antara satu sama lain dari segi warna, gaya, dan juga material.

.

2. Jangan sembunyikan kolar besar di bawah selendang besar.

Anda tidak perlu memakai skarf sekiranya kot baju anda mempunyai kolar yang besar. Sebaliknya, anda boleh memakai skarf kecil di leher anda.

.

3. Gunakan set perhiasan yang lengkap jika ia bersaiz kecil

Sesetengah orang berpendapat bahawa memakai anting-anting, gelang, dan cincin dari satu set perhiasan yang sama akan membuatkan si pemakai kelihatan hambar. Ia mungkin benar terpulang kepada berapa besar aksesori tersebut. Untuk aksesori bersaiz kecil, ia mungkin akan membuatkan anda tampak lebih anggun sekiranya anda memakai set yang lengkap.

.

4. Beg tangan anda tidak perlu dari warna yang sama dengan kasut anda.

Sekiranya anda memakai kasut dengan rona terang, adalah lebih baik sekiranya anda memadankannya dengan beg tangan dalam rona yang berbeza.

.

5. Jangan pakai jam tangan sekiranya anda memakai gaun.

Jam tangan hanya sesuai untuk gaya yang lebih urban, sporty dan gaya bisnes. Memakai jam tangan ketika mengenakan gaun adalah tidak sesuai.

.

6. Cincin besar tidak sesuai untuk semua orang

Jika anda mempunyai jari tangan yang pendek, maka cincin tebal tidak sesuai untuk anda. Cincin tebal hanya sesuai untuk orang yang mempunyai jari tangan yang panjang kerana ia akan membuatkan jari anda tampak lebih panjang.

.

7. Elakkan daripada memakai kasut rona gelap apabila memakai baju rona pastel

Pakaian dari rona pastel lebih sesuai dipadankan dengan kasut dari rona yang lebih cerah.

.

8. Padankan aksesori berciri kebudayaan dengan pakaian rona neutral.

Jika anda mengenakan aksesori yang mempunyai banyak benang dan manik, pastikan anda padankan aksesori anda dengan pakaian dari rona neutral agar gaya anda tidak tampak terlalu berlebih-lebihan.
.

*Resource copyright @2016 : www.jelita.com.my
.
.
#maryjardin
#maryjardinluxelabel
#mjll
#mjllinfographic
#maryjardinian

Comments:

Leave a Comment

Your email address will not be published.