Blog

Tips Berfesyen: PANDUAN MENJAGA BARANG PERHIASAN EMAS

BARANG PERHIASAN EMAS DAH TAK BERKILAT MACAM AWAL-AWAL BELI DULU…???
.
.
.
.
Siapa tak sayang dengan koleksi barang perhiasan dia kan.. ?? Tapi ramai yang tak tahu macam mana nak jaga barang tu supaya warna dan keadaan barang tu masih elok macam mula-mula beli dulu.
.
 
Berikut merupakan panduan bagaimana anda boleh menyimpan aksesori emas anda dengan kemas dan tahan lama.
 

1. Gunakan kain lembut

 
Gunakan kain lembut seperti kapas dan tisu untuk membuang minyak atau kotoran daripada peluh yang melekat di atas aksesori anda selepas anda menggunakannya sebelum menyimpannya di dalam bekas aksesori anda. Jangan gunakan kain berbulu kasar yang boleh menyebabkan aksesori anda tercalar.
.
 

2. Rendamkan ke dalam air

 
Rendamkan ke dalam air untuk beberapa minit, dilap dan kemudian disimpan. Untuk menghilangkan debu-debu kecil celup ke dalam air sabun suam yang kadar PHnya rendah, keringkan sebelum disimpan.
.

3. Jangan gunakan peluntur

 
Dilarang gunakan bahan peluntur untuk menanggalkan kekotoran pada aksesori anda. Begitu juga sekiranya anda membuat kerja seperti membasuh pinggan, tanggalkan dahulu aksesori anda kerana ditakuti saduran emas itu mudah rosak. Tanggalkan aksesori anda apabila berkebun, membuat kerja pembaikian, mengangkat berat, bersukan dan berenang.
.
 

4. Elak terkena losyen

 
Elak terkena losen, minyak wangi, bahan kimia atau sebarang alkohol.
.
 

5. Simpan di dalam kotak

 
Simpan aksesori di dalam kotak atau dibalut dengan tisu. Elakkan terdedah kepada cahaya matahari secara terus dan haba yang tinggi.
.
.
.
.
#maryjardin
#maryjardinluxelabel
#mjll
#mjllinfographic
#maryjardinian

Comments:

Leave a Comment

Your email address will not be published.