Blog

Tips Berfesyen: TIPS NAMPAK MENAWAN DENGAN TUDUNG DAN CERMIN MATA

 

Pernahkah anda memiliki sepasang kaca mata yang memusnahkan penampilan tudung anda?

Di sini MJLL nak bagi anda sedikit tips yang dapat membantu anda tampil anggun dan bergaya tanpa perlu menghadapi masalah lagi. Jom ikuti tips yang MJLL telah senaraikan dan anda boleh mencubanya sendiri untuk mengetahui hasilnya.

 

1.Corak Hijab

Jika anda memakai hijab yang menonjol, pilihlah kaca mata berbingkai hitam yang klasik dan ringkas. Jangan sesekali anda memadankan hijab yang banyak corak dengan kaca mata yang mewah dan bergaya. Sebaliknya gayakan dengan scarf segi empat yang ringkas supaya anda tampil lebih bergaya.

.

2.Saiz Hijab

Hijab yang bersaiz besar seperti khimar Gulf, candur Iran dan tudung labuh Malaysia lebih sesuai digayakan dengan kaca mata yang berbingkai separa atau tidak berbingkai. Apabila memakai kaca mata yang berbingkai tebal hanya akan membuatkan wajah anda kelihatan ‘tersorok’.

.

3.Kepekatan Dan Keterangan Warna Hijab

Sekiranya warna hijab anda semakin terang dan pekat, pilihlah warna bingkai kaca mata yang semakin halus dan pudar warnanya. Manakala apabila anda menggayakan hijab yang berwarna pudar, pilihlah bingkai kaca mata yang berwarna terang.

.

4.Warna Hijab

Warna bingkai kaca mata adalah untuk melengkapkan warna hijab yang anda pilih, bukannya memadankan dengan warna yang sama. Hijab tidak bercorak yang berwarna hitam akan tampak lebih menarik digayakan dengan  kaca mata berwarna fuschia/ merah jambu. Manakala tudung bawal berwarna krim sesuai dipadankan dengan kaca mata klasik yang berwarna hitam. Warna sejuk sesuai digayakan dengan warna yang hangat.

.

5.Fesyen Hijab

Elak daripada memadankan hijab yang banyak lilitan (gaya turban, gaya Hana Tajima) dengan kaca mata berbingkai merah. Memakai kaca mata pada bahagian dalam hijab akan merosakkan hijab anda, manakala jika dipakai pada bahagian luar, mungkin ia akan tergelincir daripada wajah anda.

.

6.Bagaimana hijab membentuk wajah anda

Dengan memakai hijab yang longgar, kaca mata yang tidak berbingkai atau mempunyai bingkai besi akan membuat anda kelihatan seperti seorang nenek. Pilihlah kaca mata yang berbingkai penuh dengan gaya lebih menarik dan menawan.

.

*Resource copyright : www.zolace.com

.
#maryjardin
#maryjardinluxelabel
#mjll
#mjllinfographic
#maryjardinian
#tipsbymjll

Comments:

Leave a Comment

Your email address will not be published.