Blog

Tips Berfesyen : PADANAN HIJAB DAN BENTUK WAJAH

 
Nowdays, terdapat banyak pilihan fesyen hijab yang boleh memeningkan kepala kita untuk buat pilihan. Tapi si pemakai perlu mengambil kira fesyen hijab yang bersesuaian dengan bentuk muka. Musykil dengan stail hijab yang bersesuaian untuk digayakan? Jom ketahui bentuk muka dan hijab yang sesuai untuk anda supaya kelihatan lebih bergaya.
 
1. Bentuk Segi Empat
 
Bagi anda yang berwajah petak, kebiasaanya tlang rahang akan lebih menonjol. Elakkan dari memakai hijab yang melekat di wajah kerana ia akan membuatkan anda tampil garang da nagak maskulin. Sebaliknya pilih hijab yang boleh membuatkan wajah tampak bujur. Dedahkan bahagian tulang pipi dan dahi kerana ia berkesan untuk berkan ilusi wajah tampil lebih panjang.
.
 
2. Wajah Bulat
 
Elakkan memakai anak tudung dan hijab yang menutup bahagian dahi kerana ia akan membuat wajah kelihatan pendek. Stail hijab yang melilit di bahagian telingan tidak sesuai digayakan kerana akan buatkan wajah kelihatan besar. Sebaiknya pilih hijab dari kain jenis stretch untuk berikan volume pada wajah agar kelihatan lebih bujur. Teknik lain adalah dengan memakai cekak rambut dahulu sebelum menyarung anak tudung.
.
 
3. Wajah Bujur
 
Boleh menggayakan pelbagai fesyen hijab kerana empunya wajah ini mempunyai raut yang verstail. Untuk nampak kelainan boleh mencuba gaya turban.
.
 
4. Bentuk Hati/Tiga Segi
 
Kebiasaanya wajah ini mempunyai dahi yang luas dan dagu yang kecil. Gayakan hijab dengan lilitan ketat di bahagian atas kepala atau dahi. Boleh juga digayakan anak tudung yang berbentuk separuh bulat. Gaya hijab jenis longgar amat sesuai kerana bahagian dagu yang kecil akan memberi ilusi seakan wajah bentuk sebutir berlian. Biarkan hijab longgar dibahagian rahang supaya anda lebih kelihatan anggun.
.
 
5. Bentuk Wajah Panjang
 
Jauhi stail hijab melekat di wajah kerana ia membuatkan wajah semakin panjang. Tutup sedikit bahagian dahi dengan anak tudung agar wajah nampak sekata. Stail hijab longgar atau lilitan di bahagian tepi kepala amat bersesuaian.
 
.
.
*Resource copyright @2015 : eh.com
.
#maryjardin
#maryjardinluxelabel
#mjll
#mjllinfographic
#maryjardinian
#tipsbymjll

Comments:

Leave a Comment

Your email address will not be published.