Blog

Tips Berfesyen: PILIHAN TUDUNG YANG SESUAI DENGAN BAJU

Ada wanita menganggap tudung adalah perkara kedua yang perlu diberi perhatian. Namun sebenarnya pemilihan tudung sama pentingnya dengan baju.

Ini termasuk warna, jenis fabrik serta reka bentuk tudung yang sesuai dengan penampilan wanita muslimah. Tudung seharusnya dipilih berdasarkan warna baju. Walaupun ada yang ingin tampil kontras, penampilan anda agak kurang sempurna.

Berikut merupakan panduan yang boleh anda gunakan:

 

  1. Untuk majlis kenduri kahwin dan majlis makan malam, cari tudung atau selendang yang agak berbeza daripada tudung biasa. Disarankan memakai selendang yang ada renda atau manik.
  2. Bagi yang bertubuh besar, elakkan tudung menutup bahu kerana ia menampakkan anda lebih berisi. Elakkan memilih corak besar jika anda tidak mahu kelihatan terlalu gemuk.
  3. Bagi mereka yang bertubuh kurus, tampilkan warna hitam atau garang manakala corak besar sedikit bagi menyeimbangkan penampilan anda supaya tidak kelihatan terlalu kurus.
  4. Pilihlah tudung yang bercorak untuk dipadankan dengan baju yang tidak berbunga dan begitu sebaliknya.
  5. Pilihlah susunan corak yang tidak terlalu tertumpu disekeliling wajah. Untuk tudung yang mempunyai kaki disekelilingnya, pastikan kaki hanya tertumpu dibahagian hujung dan kawasan atas kepala bebas daripada sebarang corak.
  6. Pilihan tudung yang tepat adalah dengan memilih warna tanah pada baju untuk dijadikan warna tudung. Jika warna baju cerah, pilih warna tudung yang lembut daripada kategori yang sama. Sekiranya warna tanah baju gelap atau suram, pilih warna paling lembut yang terdapat pada baju.

 

.
.

#maryjardin
#maryjardinluxelabel
#mjll
#mjllinfographic
#maryjardinian
#tipsbymjll

 

 

Comments:

Leave a Comment

Your email address will not be published.