Blog

Tips Berfesyen : JENIS INNER NECK MENGIKUT BENTUK WAJAH

1. Inner Neck Melekap

Inner neck jenis hanya sesuai untuk mereka yang mempunyai bentuk wajah yang bujur dan berbentuk hati. Bagi anda yang mempunyai bentuk wajah yang bulat, anda dinasihatkan untuk tidak menggayakan inner neck jenis ini. Hal ini adalah kerana, wajah anda akan bertambah bulat. Padanan inner neck ini bersesuaian dengan gaya ‘loose shawl’.
.

2.Inner Awning

Pasti ramai yang tahu tentang jenis inner ini. Inner jenis awning ini mempunyai muncung yang keras dan tidak melekap. Kebanyakkan inner jenis ini sesuai dipakai oleh wanita yang mempunyai bentuk wajah yang bujur. Golongan berusia juga gemar memakai inner jenis ini kerana ia kelihatan lebih kemas. Pilih inner neck yang mempunyai potongan awning yang sedikit panjang kerana ia boleh menyembunyikan pipi anda yang tembam. Gaya tudung ala penyanyi No 1 Malaysia Siti Nurhaliza sesuai dengan inner ini kerana membentuk wajah beliau lebih tirus.
.

3. Inner Neck Silang

Inner neck jenis silang ini sesuai dipakai oleh semua bentuk wajah terutama bagi mereka yang mempunyai bentuk wajah yang bulat. Inner neck silang akan memberikan ilusi silang di bahagian dahi, ini dapat membantu menutupi wajah bulat dan menampakkan wajah anda seakan-akan bujur. Tambahan pula potongan inner neck ini panjang sehingga menutupi pipi. Sesiapa yang gemar dengan gaya tudung Elfira ini sesuai dipadankan dengan inner neck ini.
.

4. Inner Neck Bertingkat- tingkat

5. Inner Neck Berdagu

Inner neck jenis ini juga sesuai dipakai oleh sesiapa sahaja. Jahitan di bahagian dagu boleh menutupi lebihan lemak di bawah dagu. Jadi, usah risau tentang dagu yang berlipat. Penggayaan ikatan tudung dileher sesuai dengan inner neck ini kerana lebihan kain dileher tidak akan kelihatan.
.

*Resources @ 2017 : ohfesyen.com
.

.
#maryjardin
#maryjardinluxelabel
#mjll
#mjllinfographic
#maryjardinian
#tipsbymjll

Comments:

Leave a Comment

Your email address will not be published.