Blog

Manfaat Shea Butter Untuk Bibir Anda

Manfaat Shea Butter Untuk Bibir Anda

Manfaat Shea Butter Untuk Bibir Anda | MaryJardin.co

Shea butter adalah getah (lemak) dari pohon shea yang tumbuh di daerah Afrika Barat. Getah yang berwarna kekuningan ini sangat terkenal digunakan sebagai campuran dalam berbagai pelembab. Kandungan vitamin di dalamnya akan membantu menyembuhkan dan menghidrasi kulit sehingga manfaat shea butter untuk bibir anda juga.

Cuaca dingin mampu merosak kesihatan kulit terutama bibir, menjadikan bibir lebih kering daripada biasanya. Salah satu menjaga kesihatan dan kecantikan bibir adalah dengan menjaga kelembapan bibir. Ada berbagai cara menjaga kelembaban bibir, salah satunya adalah dengan menggunakan shea butter. Pada umumnya shea butter digunakan dalam berbagai bahan kecantikan seperti lotion, lip balm bahkan body wash. Ini kerana fungsi shea butter yang sangat baik untuk seluruh permukaan bibir, kulit, bahkan untuk rambut. Apa manfaat shea butter untuk bibir anda?

 

Manfaat Shea Butter Untuk Bibir Anda Kekal Sihat

Apakah manfaat shea butter untuk bibir anda kekal sihat? adakah ianya selamat? Shea butter adalah antioksidan, anti-inflamasi, penguatan kulit, dan produk pelindung UV. Selain memberi manfaat pada bibir, shea butter juga banyak memberi manfaat pada bahagian lainnya juga. Berikut adalah manfaat shea butter:

 

1 . Shea butter melembabkan kulit anda

Salah satu manfaat shea butter yang menakjubkan untuk kulit anda, adalah ia sarat dengan vitamin natural dan organik, sehingga memberi nutrisi dan melembabkan tubuh anda dengan sangat baik.

 

2 . Shea butter membuat kulit anda halus dan lembut

Untuk semua wanita yang menderita kulit kering, manfaat shea butter boleh mengubah kulit anda dari kering menjadi halus. Cuba anda sapukan shea butter pada siku dan lutut anda. Kesannya akan nampak halus dan lembut!

 

3 . Shea butter menyembuhkan kulit anda

Manfaat shea butter adalah ia dapat menyembuhkan kulit anda jika anda menderita ruam, terbakar sinar matahari atau bahkan terkena gigitan serangga. Shea butter juga dapat mencegah bintik-bintik gelap dan bekas luka di kulit.

 

4 . Shea butter bertindak sebagai pelindung UV natural dan organik

Jika anda terdedah dengan cahaya matahari, jangan risau! Manfaat shea butter boleh bertindak sebagai pelindung cahaya UV berbahaya. Namun, anda tetap disarankan untuk memakai pelindung cahaya matahari dengan SPF 30 bersama dengan shea butter untuk mendapatkan perlindungan maksima.

 

5 . Shea butter adalah produk anti penuaan natural

Tidak perlu risau mencari produk anti penuaan, shea butter dianggap sebagai salah satu produk anti penuaan natural terbaik, mencegah kedutan dan garis wajah.

 

6 . Tidak perlu lagi lip balm

Mempunyai bibir lembut dan terlihat cantik natural memang menjadi impian semua orang, tapi cara paling baik adalah dengan sentiasa sapukan shea butter pada bibir anda. Setelah anda mencuba Shea butter di bibir anda, anda tidak akan pernah menyesal. Salah satu manfaat shea butter, adalah melindungi bibir anda dari cuaca sejuk dan kering, dan mengurangi kemungkinan bibir kering dan merekah. Sebelum menggunakan lipstik, anda wajib melapisinya dengan shea butter yang berfungsi sebagai pelempab terlebih dahulu.

Shea butter berbeza dengan petroleum jelly. Manfaat shea butter sendiri mengandung emolien yang dapat menghaluskan sekaligus menyerap pelembap natural yang ada di sekeliling bibir. Sementara petroleum jelly hanya mempertahankan pelembap natural bibir dan membuat bibir terasa berminyak, sebenarnya tidak melembapkan.

 

7 . Shea butter mengekalkan ketegangan kulit

Percayalah, ini mungkin manfaat shea butter terpenting untuk kulit anda. Shea butter kaya dengan vitamin F, yang membuat kulit anda tetap terhidrasi dan lembut sehingga mengekalkan ketegangannnya menjadi kulit tegang sentiasa. Shea butter juga dapat menegangkan kulit kerana shea butter mengandungi kolagen yang mampu menegangkan kulit dan selalu membuatnya sentiasa segar dan muda.

 

8 . Shea butter shea natural skrub

Buat skrub anda sendiri dengan mencampur Shea butter dengan minyak kelapa dan gula merah. Anda tidak hanya akan menyingkirkan sel kulit mati anda, kulit anda akan sangat halus!

 

9 . Shea butter merawat tumit yang retak

Penderitaan dari tumit yang retak? Pastikan anda mengikuti langkah-langkah ini tentang cara merawat tumit yang retak. Sapukan sedikit shea butter ke dalamnya dan biarkan semalaman. Anda akan melihat perbezaan besar keesokan harinya.

 

10 . Warna kulit menjadi cerah

Jika anda memiliki tona warna kulit yang tidak sekata, gunakan shea butter untuk mengembalikan semula tona kulit anda.

 

Anda mungkin telah memperhatikan bahawa shea butter banyak digunakan sebagai bahan di hampir semua produk perawatan kulit anda. Manfaat shea butter untuk bibir anda amatlah berguna. Jadi, produk Mary Jardin ingin memperkenalkan natural dan organik Lip Butter yang pelbagai kegunaannya. Jangan tunggu lagi, segera dapatkan untuk diri anda!

Manfaat Shea Butter Untuk Bibir Anda | MaryJardin.co

Untuk Memesan Lip Butter Natural dan Organik ini? Silakan hubungi Kami Melalui Whatsapp Kami di Bawah ini

Manfaat Shea Butter Untuk Bibir Anda | MaryJardin.co

Click link ini untuk whatsapp >> https://api.whatsapp.com/send?phone=601156878424&text=PM%20Item%20Mary%20Jardin

Dapatkan Mary Jardin Lip Butter original hanya di maryjardin.co

Comments:

  1. […] boleh juga blend biji almond sehingga halus dan jadikan scrub. Pori anda pasti dicuci bersih dan lapisan kulit mati dapat […]

  2. […] melembabkan kawasan yang ada tendensi untuk meregang, contohnya sapukan shea butter pada perut dan peha sekerap yang mungkin setiap hari. Gunakan produk yang ada shea butter ataupun […]

  3. […] satu manfaat shea butter adalah melindungi bibir anda dari cuaca sejuk dan kering, dan mengurangi kemungkinan bibir kering […]

Leave a Comment

Your email address will not be published.