Blog

Cara Hilangkan Stretch Mark Ketika Mengandung

Cara Hilangkan Stretch Mark Ketika Mengandung

Stretch mark adalah garisan yang sering nampak pada kulit bahagian tubuh letaknya lemak, seperti di perut, lengan dan paha. Garisan yang mulanya berwarna merah, merah muda, atau ungu ini lama kelamaan akan berubah menjadi warna putih atau kelabu, bergantung pada warna kulit anda. Keadaan ini sering dialami orang yang kulitnya mengandungi sedikit kolagen atau protein yang membuat kulit lentur. Stretch mark umumnya terjadi kerana tubuh anda berkembang lebih cepat dari perkembangan dan elastisiti kulit.

Ketika kulit meregang dengan cepat akibat anggota tubuh mengembang atau pertambahan berat badan, lapisan tengah kulit (dermis) akan menipis sehingga lapisan di bawahnya muncul ke permukaan. Keadaan inilah yang disebut stretch mark. Inilah sebabnya stretch mark paling sering terjadi pada masa kehamilan dan setelah berat badan meningkat secara drastik.

Boleh dikatakan semua wanita tidak mahu stretch mark kan? Ada yang cakap stretch mark dari genetik. Genetik? Samaada anda mengalaminya semasa mengandung atau pun tidak. Betul Ke? Walaupun begitu, admin kurang bersetuju dengan kenyataan ini. Admin berpendapat mesti ada perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak stretch mark ketika mengandung. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih kan? hihii.

Mungkin kulit sesetengah ibu mengandung lebih elastik dan boleh meregang lebih daripada anda. Sebab itu mereka tidak ada stretch mark. Tetapi jika anda secara genetik berisiko mengalami stretch mark, masih ada sesuatu yang anda boleh lakukan.

Semasa mengandung juga, banyak masalah boleh berlaku kepada kulit anda. Antara yang paling kerap ialah kegatalan badan semasa mengandung. Sekiranya sepanjang kehamilan anda tidak menjaga dengan baik kulit di kawasan yang bakal meregang, seperti bahagian perut dan peha, maka selepas bersalin nanti akan timbullah rekahan yang tidak diingini.

Apabila stretch mark berlaku, walaupun kelihatan tidak cantik, kita terpaksa menanggungnya tau! Ada yang mengatakan jika bernasib baik untuk mempunyai kulit yang anjal, mungkin anda tidak akan mendapat stretch mark, betul ke?

TAK SEMESTINYA!

Sudah tentu ada sesuatu yang boleh dilakukan untuk mengelak stretch mark. Iaitu jika kita boleh membantu menambahkan keanjalan kulit. Jadi bagaimana hendak melakukannya? Ada ke cara hilangkan stretch mark ketika mengandung?

Waktu mengandung, banyak perkara yang boleh dilakukan oleh seorang ibu untuk anaknya. Selain mengamalkan doa-doa yang baik semasa mengandung untuk amalan rohani, anda juga digalakkan menjaga kesihatan fizikal. Memandangkan stretch mark ini termasuk dalam kategori parut, maka ia tidak mudah untuk dihapuskan dalam masa yang singkat. Jadi adalah lebih baik sekiranya anda dapat mengelakkannya.

Namun bila dah terjadi, janganlah ibu-ibu sedih dan murung. Ada pelbagai cara untuk memudarkannya dan seterusnya hilangkan stretch mark ni dari kulit anda dan menjadikan kulit mulus kembali. Jadi apakah 7 cara hilangkan stretch mark ketika mengandung?

 

7 Cara Hilangkan Stretch Mark Ketika Mengandung Secara Selamat

Cara Hilangkan Stretch Mark Ketika Mengandung | MaryJardin.co

 

1. AIR MASAK

Cara Hilangkan Stretch Mark Ketika Mengandung | MaryJardin.co

Cara hilangkan stretch mark ketika mengandung adalah dengan banyakkan minum air masak. Ia dapat melembabkan kulit dan mengelakkan regangan pada kulit.

 

2. MINYAK

Cara Hilangkan Stretch Mark Ketika Mengandung | MaryJardin.co

Antara minyak yang sangat bagus untuk mengelakkan berlakunya stretch mark ni adalah minyak Zaitun, minyak Vitamin E, Essential Oil (Rose Oil, Lavender Oil, etc) Jojoba Oil dan Castor Oil.

Minyak Vitamin E boleh membantu memperbaiki elastisiti kulit dan seterusnya mengelakkan berlakunya regangan pada kulit. Kebanyakan minyak ini berkesan kerana ia mempunyai sifat antioksidan yang tinggi yang dapat mengelakkan kerosakan kulit yang disebabkan oleh radikal bebas.

Minyak kelapa juga sangat mujarab kerana ia mengandungi asid lemak tepu yang yang tidak mudah teroksida dan memelihara kulit daripada serangan radikal bebas.

 

3. VITAMIN C

Cara Hilangkan Stretch Mark Ketika Mengandung | MaryJardin.co

Badan kita menggunakan Vitamin C untuk membentuk kolagen dibawah kulit dan tulang rawan. Vitamin C juga amat berkesan untuk mengurangkan kerosakan radikal bebas. Radikal bebas mengambil kolagen dan elastin. Adalah yang terbaik untuk anda mendapatkan Vitamin C dari sumber makanan semula jadi.

Vitamin C yang cukup membantu menguatkan imunisasi ibu. Ini akan mengelakkan simptom kekurangannya seperti keputihan pada ibu hamil & mudah demam selesema. Jika anda sibuk dan risaukan pengambilan vitamin C yang tidak mencukupi, ambillah dari makanan tambahan. Apa contoh makanan yang banyak vitamin C?

Antara makanan yang tinggi vitamin C termasuklah:
1. Lada benggala merah dan hijau (capsicum)
2. Jambu batu (sangat tinggi vita C berbanding limau, oren dan buah citrus yang lain)
3. Brokoli

 

4. ZINC

Cara Hilangkan Stretch Mark Ketika Mengandung | MaryJardin.co

Kekurangan zinc adalah antara penyebab kulit mengalami regangan. Zinc juga digunakan dalam penghasilan collagen dan ia juga bersifat antioksidan. Zinc boleh didapati dari ayam, kambing, lembu dan juga kekacang.

 

5. BERSENAM

Cara Hilangkan Stretch Mark Ketika Mengandung | MaryJardin.co

Selalu bersenam dapat meningkatkan elastisiti dan daya regangan kulit kita. Ini akan merangsang dan menegangkan dermis pada kulit (bahagian tengah kulit yang mengandungi collagen dan elastin). Amalkan senaman ibu hamil yang bukan sahaja untuk kulit malah boleh memudahkan proses kelahiran nanti.

 

6. SHEA BUTTER

Cara Hilangkan Stretch Mark Ketika Mengandung | MaryJardin.co

Sentiasa melembabkan kawasan yang ada tendensi untuk meregang, contohnya sapukan shea butter pada perut dan peha sekerap yang mungkin setiap hari. Gunakan produk yang ada shea butter ataupun sebagai sumber utama. Bahan ini merangsang pembentukan kulit baru agar stretch mark dapat dielakkan.

Sapukan shea butter selepas mandi kerana pada waktu ini kulit anda lembut dan lembap dan dapat menyerap kelembapan dengan maxima. Selain itu, setiap kali selepas solat waktu 5 kali sehari tu pun mesti sapu. Teknik ini memang berkesan. Tiada langsung kesan regangan.

 

7. LOTION

Cara Hilangkan Stretch Mark Ketika Mengandung | MaryJardin.co

Cara hilangkan stretch mark ketika mengandung juga dapat dilakukan dengan pemakaian lotion elok dimulakan seawal ketika pregnant dikesan. Orang perempuan selalunya mengetahui yang mereka mengandung bila dah 5 minggu, dah nak masuk bulan kedua. Jadi, benda pertama yang perlu didapatkan pada masa ini adalah lotion stretch mark. Pemakaian yang tetap dan berterusan dari awal akan mengekalkan kelembapan pada kulit dan dapat “menyediakan” kulit untuk mengembang pada saat kandungan menjadi lebih besar.

Sapukan lotion selepas mandi kerana pada waktu ini kulit anda lembut dan lembap dan dapat menyerap kelembapan dengan maxima. Selain itu, setiap kali selepas solat waktu 5 kali sehari tu pun mesti sapu. Teknik ini memang berkesan. Tiada langsung kesan regangan.

 

LAVENDER ROSE HAND & BODY LOTION

Cara Hilangkan Stretch Mark Ketika Mengandung | MaryJardin.co

Bagi anda yang merasa agak sukar untuk mencari Minyak Vitamin E, Essential Oil (Rose Oil, Lavender Oil), Jojoba Oil dan Shea Butter, kini ada cara mudah lain yang sangat berkesan untuk elakkan stretch mark ketika mengandung dengan menggunakan hanya semua dalam 1 Lavender Rose Hand & Body Lotion jenama Mary Jardin ni dan tanpa kesan sampingan.

Lotion ini sangatlah berkesan dan dijamin tiada langsung kesan regangan! Dan yang paling best dengan lotion ni, ia tak melekit tau! Best je sapu kat perut. Memang tak de rasa kesat2 berminyak kat baju anda.

Macam mana nak dapatkan Lavender Rose Hand & Body Lotion ni?

 

Anda boleh PM page FB Mary Jardin HQ ataupun whatsapp ke (+601120689583);

Cara Hilangkan Stretch Mark Ketika Mengandung | MaryJardin.co

https://api.whatsapp.com/send?phone=601120689583&text=PM+Lotion+MJ

 

ATAU terus membuat pembelian di website Mary Jardin:

https://www.maryjardin.co/product/moisturizing-hand-body-lotion-for-dry-skin/

 

Pastikan follow Page FB Mary Jardin HQ dan set SEE FIRST untuk dapatkan lebih banyak info kesihatan dan kecantikan.

Comments:

  1. […] wujudnya hormon berlebihan. Hormon berlebihan biasanya dialami oleh kaum wanita yang sedang hamil dan menstruasi, serta wanita yang sedang dalam masa period. Pada keadaan tersebut hormon sedang […]

Leave a Comment

Your email address will not be published.