Blog

Cara Menetralkan Wajah Dari Krim Berbahaya

Cara Menetralkan Wajah Dari Krim Berbahaya

“Kesiannya muka berjerawat, bernanah pulak tu.. dah lah putih, senang pulak nampak yang hitam-hitam tu”. Tersilap guna skincare produk-produk yang mengandungi bahan kimia di pasaran yang membuat kulit anda jadi rosak? Kesiann.. Dulu start naik jerawat masa sekolah menengah. Masuk asrama, makin menjadi-jadi pulak. hukhukk

Makcik-makcik banyak bagi petua cara menetralkan wajah dari krim berbahaya, dari sekecil-kecil benda sampai petua pelik-pelik pun buat juga lah. Pernah pakai ubat gigi lah, krim jerawat itu lah ini lah. Semua pasang surut, naik turun.

Sampai masuk U, rasa dah kaya sikit ada duit PTPTN, orang lain beli handphone, admin beli krim muka yang mahal sikit ? Dulu time sekolah mampu beli krim muka pasar malam je. hikhikk. Cantik je kulit muka time tu, licin, merah-merah pinkish gituw. TAPI bertahan sampai 4 bulan je. Lepas tu tetiba naik jerawat nanah besar-besar pulak tuh. Benci! Orang lain stress bercinta, admin stress jerawat. kuikuiikui

Sampai satu masa tu admin bertekad ikat perut sebab nak kumpul duit buat treatment facial kat 1 klinik ni. Gila ke apa, jerawat nanah tu doktor tu guna mesin pecahkan gitu je! Berdarah muka! Tobat tak nak pergi dah. Muka jadi teruk gila. Berdarah-darah!

Dengan adanya baki duit simpanan tu, admin mencuba nasib pergi ke pakar skincare lain. Diberi rawatan 6 bulan, dapat antibiotik dan krim muka yang berlabelkan klinik kulit tu. Sekali jumpa RM200. Bayangkan nak jumpa dalam masa 6 bulan. Berapa duit habis? huhuu. Setiap bulan makan ubat hormon, pakai antibiotik dan sapu krim muka yang doktor tu bagi.

6 bulan admin terdedah dengan bahan sintetik yang berbahaya. Opsss almost 6 tahun since sekolah menengah lagi pakai skincare yang entah ape-ape. huhuu

Alhamdulillah kulit kembali seperti biasa cuma tinggal parut dalam akibat ditebuk tebuk dulunya. “Lepas ni, kita buat rawatan laser ye cik”, cadang doktor tu. Sebab admin sayangkan duit, admin hold dulu cadangan tu dan jalani hidup seadanya tanpa dah berani nak cuba apa-apa produk lagi.

Sekarang ni admin lebih menggunakan bahan-bahan natural dan organik untuk pulihkan lagi muka admin. Yang penting tiada lagi bahan kimia dan dijamin selamat tau. Nasihat admin sebelum membeli sebarang produk pastikan dulu bahan-bahan dalam produk tersebut selamat digunakan. Untuk yang sudah terjebak kulit menjadi rosak sila amalkan petua ini. Jom kita cuba 5 cara menetralkan wajah dari krim berbahaya.

5 Cara Menetralkan Wajah Dari Krim Berbahaya Yang Dijamin Selamat

Cara Menetralkan Wajah Dari Krim Berbahaya | MaryJardin.co

 

1. DAUN KETUMBAR

Cara Menetralkan Wajah Dari Krim Berbahaya | MaryJardin.co
Cara penggunaan daun ketumbar ini sangatlah mudah. Anda hanya perlu mencuci daun ketumbar segar lalu ditambahkan pada makanan anda atau sebagai minuman. Hanya menggunakan air rebusan daun ketumbar insyaallah akan beransur baik. Selain itu, daun ini juga boleh digunakan sebagai masker. Masker dari daun ketumbar ini akan diserap oleh kulit muka sehingga mempercepatkan proses neutralkan mercury pada wajah anda.

 

2. BAWANG PUTIH

Cara Menetralkan Wajah Dari Krim Berbahaya | MaryJardin.co
Cara menetralkan wajah dari krim berbahaya adalah bawang putih. Anda tentu sudah sangat kenal dengan bahan dapur yang satu ini. Bawang putih memang sudah dikenal sebagai bahan yang kaya dengan manfaat kesihatan. Dengan menggunakan bawang putih yang masih mentah anda bukan hanya boleh neutralkan bahan kimia yang ada di tubuh anda namun ia juga boleh mencegah kolesterol dan penyakit lain.

Kandungan sulfur pada bawang putih mampu membantu mengatasi mercury sehingga dapat dikeluarkan dengan mudah bersama dengan urine anda. Selain itu kandungan selenium pada bawang putih ini juga dapat neutralkan mercury yang ada pada sel tubuh. Bawang putih sangatlah mudah untuk dicari. Bawang putih yang masih mentah boleh dimakan begitu sahaja atau jika anda tidak tahan dengan rasa pedasnya maka anda boleh mencampurkannya dengan makanan.

Caranya adalah dengan memotong bawang putih kecil-kecil lalu taburkan ke atas nasi panas atau makanan yang akan anda makan. Untuk menjaga kesihatan anda harus rela untuk melakukan benda yang kurang digemari ini. Meskipun bawang putih adalah bahan dapur yang pedas, kandungan nutrisi dan manfaatnya sangatlah tinggi.

 

3. SAYUR DAN BUAH

Cara Menetralkan Wajah Dari Krim Berbahaya | MaryJardin.co

Buah dan sayur adalah makanan yang sangat sihat dan kandungan yang ada pada buah dan sayur segar sangat baik untuk mengeluarkan racun dan bahan kimia yang ada di dalam tubuh. Antara buah yang bagus adalah jambu, anggur, apple, avocado dan banyak lagi.

Selain buah, anda juga perlu untuk mengambil sayuran segar. Sayuran yang dapat dimakan secara mentah adalah sangat baik. Salad adalah salah satu sayur segar. Dengan rutin dan rajin mengambil buah dan sayur segar maka anda akan segera dapat merasakan manfaatnya. Kulit anda akan semakin sihat dan bercahaya secara natural tanpa harus menghabiskan banyak duit untuk melakukan rawatan dengan krim berbahaya.

Cara menetralkan wajah dari krim berbahaya yang telah disebutkan diatas akan sangat baik kerana semua menggunakan bahan natural dan organik. Setelah kulit anda bebas dari bahan kimia, seterusnya anda boleh melakukan rawatan dengan bahan yang selamat sahaja agar tidak mengalami masalah yang sama. Proses untuk neutralkan bahan kimia bukan hanya satu atau dua hari sahaja tetapi berminggu-minggu malahan berbulan-bulan. Bagi anda yang sedang dalam proses menghentikan rawatan kulit dengan bahan berbahaya juga harus menjaga pola hidup sihat agar tubuh cepat merespon nutrisi baik yang masuk ke tubuh.

 

4. AIR KELAPA

Cara Menetralkan Wajah Dari Krim Berbahaya | MaryJardin.co
Cuba cuci muka anda dengan air kelapa. Air kelapa sangat mujarab untuk neutralkan bahan kimia dalam kulit kita akibat penggunaan salah skincare. Biarkan selama 30 minit, kemudian cuci dengan air suam.

5. AIR MASAK
Cara Menetralkan Wajah Dari Krim Berbahaya | MaryJardin.co
Dengan mencukupi keperluan air di dalam tubuh, ia akan menstabilkan fungsi dari organ tubuh kita. Minum paling kurang 2 liter air setiap hari untuk membantu mempermudah pembuangan racun di dalam tubuh.
3 DALAM 1 NATURAL DAN ORGANIK BASIC SET
Cara Menetralkan Wajah Dari Krim Berbahaya | MaryJardin.co
Bagi anda yang merasa tidak selamat dengan produk skincare yang anda guna sekarang, dan merasa kesuntukan masa untuk menyediakan 5 cara menetralkan wajah dari krim berbahaya, kini ada cara natural lain yang sangat berkesan merawat breakout pada wajah anda tanpa kesan sampingan.Produk ini menggunakan 100% bahan natural dan organik seperti organik oat, susu kambing, tanah liat, arang hitam, minyak argan dan banyak lagi.3 dalam 1 natural organik basic set ini mengandungi
(1) Sabun Anti Jerawat
(2) Face Oil Hilangkan Parut
(3) Masker Muka Penanggal Whitehead dan BlackheadDapatkan sekarang dengan harga promosi RM100 SAHAJA! Harga akan kembali seperti biasa RM170 jika promosi habis. Macam mana nak dapatkan Set ini?

 

Anda boleh PM page FB Mary Jardin HQ ataupun whatsapp ke (+601120689583);

ATAU terus membuat pembelian di website Mary Jardin:
https://www.maryjardin.co/product/natural-and-organic-3-in-1-basic-set/
Pastikan follow FB Page Mary Jardin HQ dan set SEE FIRST untuk dapatkan lebih banyak info kesihatan dan kecantikan.

Comments:

  1. […] takut menebal. Anda tidak mahu ambil risiko mencubanya kerana takut produk tersebut mengandungi bahan kimia berbahaya dan membuatkan muka anda akan […]

  2. […] wajah tidak perlu dengan menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia mahupun produk yang harganya mahal. Rawatan di rumah dengan masker alami boleh menjadi alternatif. […]

  3. […] 2 kali pada 1983 dan 2002 dan setiap kali kajian membuktikan ianya selamat. Ia boleh menyebabkan iritasi (keradangan) kulit kepada sesetengah orang dan fakta tentang SLS menyebabkan kanser dianggap tidak […]

  4. […] Langkah pertama tips pemilihan foundation yang sesuai adalah dengan mengetahui warna dasar kulit anda, kerana ia akan mempengaruhi warna foundation yang paling sesuai untuk anda. Warna dasar tidak ditentukan melalui warna kulit yang terlihat, seperti lebih terang atau lebih gelap, melainkan dikategorikan menjadi tiga dengan warna pembuluh darah sebagai pembandingnya, iaitu: cool, warm, dan neutral. […]

  5. […] Langkah pertama cara memilih lipstik yang sesuai dengan warna kulit adalah dengan mengetahui warna dasar kulit anda, kerana ia akan mempengaruhi warna lipstik yang paling sesuai untuk anda. Warna dasar tidak ditentukan melalui warna kulit yang terlihat, seperti lebih terang atau lebih gelap, melainkan dikategorikan menjadi tiga dengan warna pembuluh darah sebagai pembandingnya, iaitu: cool, warm, dan neutral. […]

Leave a Comment

Your email address will not be published.