Blog

5 bahan kimia berbahaya dalam skincare

Bahan Kimia Berbahaya Dalam Skincare

Bila anda membeli skincare untuk kulit wajah anda, anda sering keliru atau tertanya-tanya pada diri sendiri “Apa yang elok untuk kulit aku”, “kalau pakai pencuci muka ini elok tak muka aku”, “produk ni untuk apa”.. kiranya pelbagai persoalan bermain di minda. Anda ingin membeli tetapi rasa takut menebal. Anda tidak mahu ambil risiko mencubanya kerana takut mengandungi bahan kimia berbahaya dalam skincare tersebut dan membuatkan muka anda akan rosak.

Admin banyak kali alami perkara ini, pergi ke farmasi duduk cangkung cari produk yang sesuai dek risau dengan bahan kimia berbahaya dalam skincare, jika ditanya pada perunding di situ mesti dia syorkan produk jagaannya. Alamak! susahnya! Perlu diingatkan bila anda membeli produk untuk kulit muka silalah baca setiap bahan kandungan produk tersebut, jangan main beli saja.

Ada setengah produk muka ini memang nampak perubahan yang ketara bila digunakan, ada yang tidak sampai seminggu sudah lain muka. Pelik! cepat sangat perubahan. Jangan sebab nak cantik, muka putih, anda main beli saja.  Ambil tahu bahan kandungan produk kecantikan kulit.

Kesilapan yang sering anda lakukan ketika membeli rangkaian produk kecantikan ialah anda tidak memberikan perhatian kepada komponen yang terkandung di dalam produk tersebut. Anda cuma memikirkan tentang keberkesanannya dan baunya yang harum. Admin senaraikan 5 bahan kimia berbahaya dalam skincare yang terkandung dalam produk kecantikan anda.

5 Bahan Kimia Berbahaya Dalam Skincare

5 Bahan Kimia Berbahaya Dalam Skincare | MaryJardin.co

 

1. HYDROQUINONE

5 Bahan Kimia Berbahaya Dalam Skincare | MaryJardin.co

Hydroquinone merupakan agen topikal yang digunakan untuk mengurangi pigmentasi pada kulit. Hydroquinone biasa digunakan untuk menyamarkan area kulit yang mengalami masalah hyperpigmentasi, bintik-bintik hitam, serta bintik-bintik penuaan.

Hydroquinone juga merupakan kimia yang digunakan sebagai bleeching dalam produk kecantikan. Bahan ini berfungsi untuk melunturkan kotoran. Seperti anda merendam kasut di dalam klorox, kesannya memang bagus tetapi jika dilakukan dengan kerap dalam jangka masa yang lama akan merosakkan kasut tersebut. Sama seperti anda rendamkan muka anda juga.

Dianggap berbahaya, beberapa negara termasuk Amerika, telah melarang penggunaan hydroquinone. Berikut beberapa bahaya bagi kesihatan yang mungkin timbul akibat penggunaan hydroquinone; Ochronosis, sensitif terhadap cahaya, agen kanser, reaksi alergi.

2. TRETINOIN

5 Bahan Kimia Berbahaya Dalam Skincare | MaryJardin.co

Tretinoin adalah kedua bahan kimia berbahaya dalam skincare. Biasa digunakan oleh doktor untuk merawat jerawat yang serius. Tretinoin juga menghakis lapisan kulit sedikit demi sedikit sama seperti Hydroquinone. Kulit akan kelihatan mengelupas, kering, merah, pedih dan gatal-gatal semasa ia digunakan. Kulit juga akan lebih sensitif kepada cahaya matahari. Selain itu, anda juga akan mengalami alergi, kecacatan janin, membahayakan bayi yang menyusu kerana ia boleh terkandung dalam susu badan.

3. PARABENS

5 Bahan Kimia Berbahaya Dalam Skincare | MaryJardin.co

Parabens juga boleh ditemui dalam losyen badan dan banyak produk kecantikan yang lain. Parabens berfungsi untuk menghalang pertumbuhan dan pembiakan kulat dan bakteria. Walaubagaimanapun, bahan kimia ini juga turut dikaitkan dengan masalah hormon dan juga kanser payudara. Cara terbaik adalah anda menggunakan jenama organik yang menggunakan antifungal semulajadi seperti vitamin E dan asid sitrik.

4. MERCURY

5 Bahan Kimia Berbahaya Dalam Skincare | MaryJardin.co

Penggunaan mercury kini semakin berleluasa di dalam produk kecantikan. Mercury bertindak sebagai agen pemutih yang selalu digunakan dalam sabun dan krim. Mercury dalam bentuk bukan organik bertindak mencegah pembentukan melanin menjadikan tona kulit lebih cerah.

Mercury juga digunakan untuk memastikan muka anda bersinar. Pernah tengok kan muka perempuan yang berkilat kilat kan? Dan apa yang paling menakutkan adalah mercury mengaktifkan sel tumor termasuklah leukimia dan hepatocellular adenoma.

Antara kesan utama mercury bukan organik yang terkandung dalam produk pencerahan kulit sabun dan krim adalah kerosakan buah pinggang dan sistem saraf dan ia boleh memberi kesan kepada perkembangan otak kanak-kanak. Mercury dalam produk mencerahkan kulit juga boleh menyebabkan ruam kulit, perubahan warna kulit dan parut, serta pengurangan rintangan kulit untuk jangkitan bakteria dan kulat.

Apa yang membuatkan keracunan mercury dari produk kecantikan begitu menakutkan? Banyak di antara tanda-tanda yang tidak spesifik dan sukar untuk dikenal pasti. Antara simptomnya termasuk. Berdebar tanpa sebab, gangguan kulit, ketar, lemah, letih, hilang ingatan, muntah, cirit birit, perubahan pada pendengaran, penglihatan dan rasa, serta pada konsentrasi tinggi-kematian.

5. SYNTHETIC COLORS

5 Bahan Kimia Berbahaya Dalam Skincare | MaryJardin.co

Bahan synthetic colors diyakini sebagai penyebab kanser. Jika dalam produk kecantikan tertera kandungan ini, jangan sekali-kali menggunakannya.

Banyak produk yang lulus KKM kerana sample yang dihantar kepada KKM adalah sample yang menggunakan bahan yang selamat sebaliknya produk yang dijual menggunakan bahan yang tidak selamat. Seeloknya anda perlu memilih produk yang menggunakan bahan kimia yang selamat. Tetapi, jika anda masih merasa was-was dengan produk yang menggunakan bahan kimia yang selamat, anda boleh menggunakan produk natural dan organik yang dijamin 100% selamat pastinya.

3 DALAM 1 NATURAL DAN ORGANIK BASIC SET

5 Bahan Kimia Berbahaya Dalam Skincare | MaryJardin.co
Bagi anda yang merasa tidak selamat dan was-was dengan produk skincare yang anda guna sekarang, dan merasa takut akan kesan sampingan bahan kimia berbahaya dalam produk kecantikan anda, kini ada produk natural dan organik yang dijamin 100% selamat pada wajah anda tanpa kesan sampingan.

Produk ini menggunakan 100% bahan natural dan organik seperti organik oat, susu kambing, tanah liat, arang hitam, minyak argan dan banyak lagi.

3 dalam 1 natural organik basic set ini mengandungi
(1) Sabun Anti Jerawat
(2) Face Oil Hilangkan Parut
(3) Masker Muka Penanggal Whitehead dan Blackhead

Dapatkan sekarang dengan harga promosi RM100 SAHAJA! Harga akan kembali seperti biasa RM170 jika promosi habis. Macam mana nak dapatkan Set ini?

Anda boleh PM page FB Mary Jardin HQ ataupun whatsapp ke (01120689583);
5 Bahan Kimia Berbahaya Dalam Skincare | MaryJardin.co
https://api.whatsapp.com/send?phone=601120689583&text=PM+Basic+Set+Mary+Jardin


ATAU terus membuat pembelian di website Mary Jardin:
https://www.maryjardin.co/product/natural-and-organic-3-in-1-basic-set/

 

Comments:

  1. […] sahaja. Kebiasaannya masalah kulit kering ini berlaku kerana faktor kurang minum, penggunaan produk kecantikan, cuaca, ganguan kesihatan, genetik dan usia. Maka dari itu kita perlulah kenali dengan baik jenis […]

  2. […] ramai dari kita yang benci dengan Paraben dan menganggap ia racun tapi sebenarnya tak tahu pun Paraben tu apa? Kita benci dengan Paraben […]

  3. […] dan sayuran. Penggunaan bahan natural ini sangat selamat dan tidak menimbulkan kesan samping yang berbahaya terhadap kulit wajah anda yang […]

  4. […] pencuci muka. Buat sementara waktu, basuh muka dengan air je dulu. Sabun pencuci muka yang ada bahan kimia akan menyebabkan kita rasa makin pedih. Yelah, bahan kimia kan tajam. Admin waktu pedih sunburn tu, […]

  5. […] dalam kalangan mereka tidak tahu kualiti produk kosmetik yang mereka gunakan telah dicemari dengan bahan yang terlarang dan boleh menjejaskan kesihatan […]

  6. […] para wanita yang suka menggunakan produk kecantikan maka sebaiknya memilih produk yang betul, yang sesuai dengan kulit wajah kerana jika produk yang […]

  7. […] inginkan cara bersihkan muka ala Korea. Meskipun begitu, produk tersebut akan meninggalkan sisa bahan kimia (jika anda menggunakan makeup remover @ oil cleanser berasaskan bahan kimia) […]

  8. HAMIZA BT HAMID

    May 14, 2018 at 11:37 am
    Reply

    bolehkah clay mask di pakai dengan Apple cider vinegar.

Leave a Comment

Your email address will not be published.