Blog

10 Cara Pakai Liquid Foundation

10 Cara Pakai Liquid Foundation Terbaik | MaryJardin.co

Cara Pakai Liquid Foundation Dengan Teknik Yang Betul

Kulit wajah tidak rata dan bercapuk walaupun sudah menggunakan bedak? Hah! masalah ini banyak buat orang risau! Lagi-lagi kalau nak face-to-face dengan kawan-kawan. Malu wei!! Tujuan kita menggunakan bedak adalah untuk membuat wajah menjadi lebih cantik dan naik seri. Tapi, dengan keadaan macam ni, bukan cantik yang anda dapat, malah wajah akan menjadi lebih pelik!

Jadi, langkah sebaiknya untuk tidak terjadi lagi, sebelum menggunakan bedak, anda seharusnya guna foundation atau alas bedak terlebih dahulu. Foundation mempunyai fungsi untuk meratakan warna kulit agar dapat diblend dengan bedak dan bedak yang kita pakai akan bertahan lama. Selain itu, cela-cela di wajah juga akan tertutup! Tetapi sebelum itu anda perlu tahu cara pakai liquid foundation dengan teknik yang betul!

Foundation mempunyai banyak jenis. Tapi, biasanya wanita lebih suka foundation berbentuk liquid. Dimana liquid foundation ini bahan asasnya dibuat dari air atau minyak. Kenapa wanita lebih memilih untuk guna liquid foundation?

Ini kerana ia sangat mudah digunakan dan ringan! Liquid foundation yang berasaskan air sangat sesuai untuk kulit wajah yang sensitif dan berminyak. Manakala, untuk kulit wajah yang kering sesuai menggunakan foundation berasaskan minyak.

Walau bagaimanapun, tidak ramai orang mengetahui cara memakai liquid foundation dengan teknik yang betul. Ada yang memakainya tetapi kesan pada wajah memang tidak memuaskan. Jom ikuti 10 cara pakai liquid foundation dengan teknik yang betul dan pastinya tak bercapuk!

10 Cara Pakai Liquid Foundation Terbaik | MaryJardin.co

10 Cara Pakai Liquid Foundation Dengan Teknik Yang Betul Dan Pastinya Tak Bercapuk!

1. Langkah pertama cara pakai liquid foundation yang harus anda lakukan adalah memilih warna liquid foundation yang sesuai dengan warna kulit wajah anda agar tidak nampak terlalu berbeza.

2. Sebelum mengaplikasikannya, cuci wajah anda terlebih dahulu agar kotoran tidak melekat dengan foundation.

3. Setelah mencuci wajah, sapu pelembab terlebih dahulu agar kulit lebih halus, serta foundation yang digunakan akan melekat dengan sempurna.

4. Kemudian, picit liquid foundation ke pergelangan tangan anda. Anda disarankan pakai hanya 1 titik liquid foundation untuk mendapat kesan yang “just nice“. Tetapi, terpulang pada anda jika anda ingin memakai dalam kuantiti yang berbeza, tapi ingat! jangan terlalu banyak kerana ia akan nampak tebal dan mengelopong macam opera cina!

5. Selanjutnya, cara pakai liquid foundation dengan teknik yang betul adalah dengan menggunakan beauty blender. Sapukan beauty blender tersebut pada liquid foundation yang ada di pergelangan tangan anda. Lalu, sapu liquid foundation yang sudah melekat pada beauty blender ke semua bahagian wajah dengan membuat titik-titik diwajah seperti, pipi, hidung, dagu dan lainnya menggunakan liquid foundation.

6. Untuk meratakannya, amat digalakkan bermula dari hidung. Dap-dap beauty blender tersebut sehingga ke pipi dan seluruh wajah. Ulang cara ini untuk bahagian-bahagian wajah yang lain juga.

7. Liquid foundation yang tersisa pada beauty blender tersebut boleh disapu sampai ke bibir dan atas mulut anda.

8. Sapukan juga pada dahi yang ada anak rambut, kemudian ratakan dengan sempurna.

9. Gerakan kembali beauty blender, ke arah rahang agar foundation lebih merata serta warnanya hampir sama dengan wajah anda. Jika anda memakai liquid foundation dengan warna yang lebih terang @ berbeza dengan wajah anda, jangan lupa sapukan foundation ke leher dan telinga.

10. Langkah terakhir cara pakai liquid foundation adalah finishes.  Sapukan bedak atau sebaiknya BB Cushion untuk tampak rata dan lebih berseri. Anda juga boleh tambah barangan makeup lain seperti lipstick, eye shadow, blusher dan sebagainya sejurus memakai liquid foundation dan bedak.

Itulah cara pakai liquid foundation dengan teknik yang betul. Selamat mencuba!

NATURAL & ORGANIC LIQUID FOUNDATION & BB CUSHION

10 Cara Pakai Liquid Foundation Terbaik | MaryJardin.co

Bagi anda yang merasa was-was dengan produk kosmetik terutamanya foundation yang anda guna sekarang dan inginkan foundation yang selamat pada kulit anda dengan menggunakan bahan-bahan yang NATURAL dan SELAMAT, admin perkenalkan Mary Jardin Artisan Cosmetic yang dirumuskan khas oleh Dr. Maryam Aziz (Founder Mary Jardin).

Bagaimana? Anda berminat?

Anda boleh PM page FB Mary Jardin HQ

Comments:

Leave a Comment

Your email address will not be published.