Blog

6 Manfaat Witch Hazel Untuk Kulit

Manfaat Witch Hazel Untuk Kulit Anda

6 Manfaat Witch Hazel Untuk Kulit Anda | MaryJardin.co

Haa sebenarnya tiba-tiba je dapat idea nak tulis mengenai witch hazel ni. Rasa-rasa ada lagi tak yang belum familiar dengan nama ni? Haa admin pun dulu tak tahu apa itu witch hazel. Tapi disebabkan selalu tengok nama witch hazel” sebagai bahan-bahan dalam produk kecantikan, tu yang rasa nak tahu tu.

“Witch Hazel” merupakan  yang datangnya dari kulit kayu serta daun tumbuhan yang dikenali sebagai Hamamelis virginiana, dan tumbuhan ini dikatakan berasal dari Amerika Utara. Menurut apa yang admin baca menerusi pelbagai laman web, dikatakan bahawa orang asli Amerika sejak dahulu lagi merebus tumbuhan ini untuk merawat skin irritation dan juga tumor. Wahh macam hebat je bunyinye kan?
Zaman kini, Witch Hazel begitu diiktiraf sebagai bahan utama dalam kebanyakan produk kecantikan, kerana banyak manfaat witch hazel untuk kulit dan ia dapat membantu dalam membersihkan wajah dan mengecilkan liang pori. Tapi lagi admin baca mengenai Witch Hazel ini, rupanya banyak lagi kebaikan Witch Hazel untuk kecantikan dan kesihatan. Jom baca!

6 Manfaat Witch Hazel Untuk Kulit

1. Mengatasi Psoriasis pada Kulit

Psoriasis adalah satu keadaan ketika kulit anda sangat kering dan bersisik. Manfaat witch hazel untuk kulit membantu untuk mengurangi peradangan dan pembengkakan pada kulit dengan mudah.

Ambil beberapa titis minyak witch hazel dan campurkan dengan glycerin. Sapukan pada wajah anda dan biar selama beberapa jam. Glycerin adalah humectant yang membantu untuk menarik wap air dari udara, sehingga menjaga kulit anda dari dehidrasi dan selalu dilembabkan.

2. Mengatasi Kulit yang Terbakar
Campur beberapa minyak witch hazel dengan gel lidah buaya dan sapukan pada kulit yang terbakar. Ia membantu untuk mencegah kulit anda dari berubah warna menjadi gelap dan juga memberikan anda kulit yang halus dan cerah.
3. Mengubati Luka Ringan
Manfaat witch hazel untuk kulit sangat berguna dalam penghentian perdarahan pada kulit dan juga mempercepat proses penyembuhan luka ringan pada kulit. Jika anda memiliki luka kecil pada wajah, ambil kapas dan sapukan sedikit minyak witch hazel dan usapkan pada wajah anda.
4. Mengatasi Kulit Gatal
Jika anda memiliki kulit kering dan gatal, anda boleh menggunakan witch hazel untuk mengatasinya. Bahan ini membantu mengatasi gatal disebabkan cacar, alergi, dan gigitan serangga. Campurkan minyak witch hazel dan minyak lavender untuk disapukan pada kulit anda. Biarkan selama beberapa jam dan cuci dengan air suam.

5. Mengecilkan Pori-Pori

Kerana sifat zat yang ada dalam witch hazel, maka bahan ini dapat membantu untuk mengecilkan pori-pori kulit anda. Tanin yang ditemukan dalam witch hazel, dapat digunakan sebagai toner, kerana membantu untuk mengecilkan pori-pori dengan menghapus lebihan minyak dan bakteria di kulit anda.

6. Mempercepat Penyembuhan Jerawat 

Manfaat witch hazel untuk kulit memiliki kandungan yang membantu untuk menyembuhkan jerawat, menghilangkan kotoran, minyak, dan sisa dari kulit mati dan juga mencegah parut jerawat di wajah anda.

Minyak witch hazel ringan dan kerana sifat zat di dalamnya, maka minyak ini sangat berguna untuk digunakan di wajah. Sapukan beberapa titis minyak witch hazel pada jerawat dan biarkan hingga kering dengan sendirinya. Kemudian cuci dengan air biasa.

WITCH HAZEL LIP BUTTER

No automatic alt text available.

Bagi anda yang merasa tidak selamat dengan lip balm atau lipstick yang anda guna sekarang, kini ada cara alami lain yang sangat berkesan merawat bibir hitam dan merekah anda tanpa kesan sampingan. Bukan itu sahaja, lip butter ini juga boleh digunakan untuk mengatasi semua masalah yang kita bincangkan di atas.

Produk Mary Jardin menggunakan 100% bahan alami seperti witch hazel, madu, shea butter, minyak zaitun. minyak castor dan banyak lagi.

Dapatkan sekarang dengan harga RM25 SAHAJA!

Macam mana nak dapatkan Witch Hazel Lip Butter ini?

Anda boleh PM page FB Mary Jardin HQ

ATAU terus membuat pembelian di website Mary Jardin:

https://www.maryjardin.co/product/hydrating-lip-butter-for-dry-lips/

www.maryjardin.co

Comments:

  1. […] krim pelembab untuk kulit sensitif atau moisturizer juga baik untuk mengekalkan kelembapan kulit. Ia boleh mengelakkan atau melambatkan pembentukan […]

Leave a Comment

Your email address will not be published.