Blog

7 Cara Hilangkan Eyebag Anda

CARA HILANGKAN EYEBAG

7 Cara Hilangkan Eyebag Secara Semulajadi | MaryJardin.co

Mata antara anugerah Allah yang paling berharga. Sebab itulah ada pepatah yang berbunyi “dari mata turun ke hati”. Memang benar rasa cinta dan kekaguman bermula dari jelingan mata yang mempesona! Ibarat panahan cinta menikam tepat ke hati. Chewaaahh! Jadi, amat penting bagi kita untuk menjaga kesihatan mata dengan tidak membiarkan mata dilingkari oleh eyebag atau mata panda seolah-olah seperti zombi.

Tapi sebelum anda mengikuti cara hilangkan eyebag, anda perlu tahu punca eyebag terjadi dahulu. Semalam admin dah terangkan punca eyebag terjadi. Anda boleh CLICK di sini sebelum anda membaca cara hilangkan eyebag. Tahukah anda sebenarnya penjagaan mata ini boleh dilakukan dengan mudah dan semulajadi? Jom ikuti 7 Cara Hilangkan Eyebag!

7 CARA HILANGKAN EYEBAG ANDA

1. MINUM AIR KOSONG SECUKUPNYA

Kekurangan air di dalam badan juga menyebabkan peredaran darah menjadi tidak lancar. Air yang cukup dalam badan mengurangkan terjadinya kulit kering dan berkedut.

2. MAKAN MAKANAN BERKHASIAT

Ini adalah cara hilangkan eyebag paling berkesan tapi paling boring untuk orang nak ikut. Manusia lebih suka cara-cara yang fancy dan magic. Sedangkan ini lah ‘core’ atau asas dalam apa saja yang berlaku di dalam diri anda. Kecantikan anda adalah bergantung pada pemakanan anda. Selalunya eyebag dikaitkan dengan vitamin K dan kekurangan vitamin B12. Makanlah sayuran, buah-buahan lagi-lagi sayuran yang berdaun hijau contohnya, kobis, bayam dan carrot. Kurangkan pengambilan garam sebab garam akan menyebabkan pengekalan air dalam badan dan akan mengakibatkan eyebag.

3. TIMUN

Bersihkan muka, kemudian baring. Letakkan potongan timun yang telah disejukkan selama 30 minit terlebih dahulu ke bahagian sekitar mata. Relaks, gosok perlahan-lahan dan biarkan potongan timun dengan lembut selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air sejuk. Rasa sejuk daripada buah timun dapat mengurangkan bahagian mata yang bengkak serta  berfungsi untuk mengecilkan dan menyamarkan eyebag serta menegangkan kulit muka.

4. UNCANG TEH

Biasanya uncang teh yang kita selalu gunakan dan disimpan dalam peti. Teh sangat bagus untuk memperbaiki peredaran darah di sekitar mata. Selain itu, ia juga bantu untuk kurangkan pigmentasi dan juga lingkaran gelap bawah mata.

5. MINYAK ZAITUN

Minyak zaitun terlalu banyak khasiatnya dan merupakan salah satu cara hilangkan eyebag. Sangat mudah untuk dipraktik. Setiapkali selepas anda mandi, sama ada pagi ataupun petang, sapukan minyak zaitun pada kawasan mata selama 30 minit. Kemudian berikan urutan lembut supaya ia meresap dan dapat bertindak dengan lebih berkesan.

6. MINYAK BADAM

Ramai tidak tahu yang minyak badam boleh bantu untuk hilangkan mata panda ataupun eyebag tau. Sebab minyak badam mengandungi Vitamin E tinggi. Boleh sapu seperti pelembap biasa di sekitar mata dan masuk tidur seperti biasa. Ia membantu ratakan tona bawah mata dan kulit menjadi lebih sihat dan tidak kusam.

7. KOLAGEN

Cara hilangkan eyebag yang terakhir adalah kolagen. Peranan kolagen untuk bantu anjalkan dan tegangkan semula kulit bawah mata dan secara tidak langsung mencerahkan sekali. Faktor umur ataupun faktor sekeliling menyebabkan keanjalan kulit jadi berkurang dan mudah jadi garisan halus dan gelap.

3 IN 1 ASTACERA-COL COLLAGEN DRINK

7 Cara Hilangkan Eyebag Secara Semulajadi | MaryJardin.co

3 in 1 AstaCera-Col Collagen Drink ini amat berkesan untuk admin war-warkan. Kandungan kolagen dalam supplement ini cukup lengkap dari Mary Jardin!

3 in 1 AstaCera-Col Collagen Drink ni minuman kaya kolagen yang dibuat daripada berry. Ia mengadungi campuran berry (Raspberry, Strawberry, Blueberry, Elderberry dan Blackberry).

Selain itu, minuman kolagen ini juga mengandungi kolagen laut seperti ikan salmon yang kaya dengan kandungan omega-3. Ia juga multivitamin; Vitamin A, Vitamin D, Vitamin E, Vitamin K1, Biotin, Vitamin B (B1, B2, B3, B6, B9, B12), Vitamin C.

Isomaltuse, Galacto-Oligosaccharides, Acerola, AstaReal EL 25, Astaxanthin, Ceramosides Wheat Seed Extract dan Calcium.

Bagaimana? Mudah kan?

Dapatkan Mary Jardin 3 in 1 AstaCera-Col Collagen Drink  original hanya di website maryjardin.co. CLICK link di bawah untuk memesan.

3 IN 1 ASTACERA-COL COLLAGEN DRINK

 

Comments:

Leave a Comment

Your email address will not be published.