Blog

3 Punca Psoriasis Yang Anda Perlu Ketahui

PUNCA PSORIASIS

3 Punca Psoriasis Yang Anda Perlu Ketahui | MaryJardin.co

Penyakit psoriasis ini sebenarnya melibatkan sel kulit yang cepat membahagi. Sel kulit yang terlibat dipanggil sebagai Keratinocyte. Ia merupakan sel yang akan mengekalkan integriti kulit supaya ia boleh berfungsi sebagai lapisan yang kalis air, mengelakkan jangkitan bakteria dan beberapa fungsi yang lain.

Apabila ia terlalu cepat membahagi, ia akan menjadikan kulit lebih tebal dan sel yang terhasil tidak normal. Hasilnya, kulit yang terhasil adalah kulit tebal, berkuping, pecah dan akan lebih mendedahkan lagi seseorang kepada jangkitan kuman pada bahagian kulit.

3 PUNCA PSORIASIS YANG ANDA PERLU KETAHUI 

1. PERSEKITARAN

Banyak punca psoriasis disebabkan persekitaran yang boleh mencetuskan serangan penyakit seperti:

  • Suhu yang rendah
  • Luka pada kulit
  • Jangkitan kuman
  • Alkohol
  • Tekanan
  • dan beberapa jenis ubat

Dalam satu kajian, jangkitan kuman pada gusi menyebabkan serangan psoriasis pada seseorang pesakit menjadi teruk. Apabila jangkitan kuman pada gusi dirawat, serangan psoriasis pun berkurangan.

2. GENETIK

Punca psoriasis bagi pesakit yang ada masalah ini mempunyai kaitan dengan keturunan. Apabila seseorang itu mempunyai saudara ataupun adik-beradik yang mempunyai masalah ini, dia  juga mempunyai risiko yang tinggi untuk menghadapi masalah yang sama.

Punca psoriasis yang selalu mencetuskan serangan psoriasis di kalangan mereka adalah jangkitan pada saluran pernafasan bahagian atas dimana mereka mempunyai simptom batuk dan selesema yang biasa. Selepas daripada itu, barulah serangan penyakit ini berlaku.

Obesiti juga dikaitkan dengan genetik dan juga masalah yang lain seperti psoriasis. Selalunya bagi pesakit ini, serangan akan menjadi lebih teruk ketika mana berat badan bertambah. Jika berat badan menurun, serangan psoriasis pun berkurangan.

3. IMUN

Kajian menunjukkan bahawa punca psoriasis adalah salah satu jenis penyakit ‘autoimmune’. Di dalam penyakit autoimmune, sel imun badan menjadi keliru dan cuba untuk menghapuskan sel badannya sendiri.

Sebab itu kita dapat melihat bahawa terkumpulnya sel darah putih pada bahagian kulit kerana ia cuba menyerang sel kulit itu sendiri.

MARY JARDIN FACE OIL

Mary Jardin Face Oil Semulajadi dapat mengatasi masalah-masalah berikut:

3 Punca Psoriasis Yang Anda Perlu Ketahui | MaryJardin.co

Lihat Apa Kata Mereka Yang Sudah Menggunakan Mary Jardin Face Oil?

3 Punca Psoriasis Yang Anda Perlu Ketahui | MaryJardin.co

3 Punca Psoriasis Yang Anda Perlu Ketahui | MaryJardin.co

3 Punca Psoriasis Yang Anda Perlu Ketahui | MaryJardin.co

3 Punca Psoriasis Yang Anda Perlu Ketahui | MaryJardin.co

3 Punca Psoriasis Yang Anda Perlu Ketahui | MaryJardin.co

3 Punca Psoriasis Yang Anda Perlu Ketahui | MaryJardin.co

Untuk Memesan Mary Jardin Face Oil Semulajadi ini? Dapatkan Mary Jardin Face Oil Semulajadi original hanya di website maryjardin.co

CLICK link di bawah untuk memesan:

HANDCRAFTED LUXURY FACE OIL FOR ACNE SCARS

Comments:

Leave a Comment

Your email address will not be published.