Blog

6 Cara Mengatasi Psoriasis Dalam Rutin Harian Anda

CARA MENGATASI PSORIASIS

1. AMBIL SUPLEMEN KESIHATAN

6 Cara Mengatasi Psoriasis Dalam Rutin Harian | MaryJardin.co

Cara mengatasi psoriasis adalah dengan amalkan pengambilan suplemen untuk mengurangkan simptom psoriasis secara nutrisi dari dalam.

Minyak ikan omega-3, vitamin D, milk thistle (tumbuhan herba), aloe vera, anggur oregon dan EPO dikenalpasti antara yang boleh meredakan simptom ringan psoriasis menurut National Psoriasis Foundation.

Ia boleh didapati secara terus atau dalam bentuk suplemen. Namun perlukan nasihat dan saranan pakar dermatologi sebelum pengambilan bagi mengelak kesan awal psoriasis menjadi lebih buruk. Ia bergantung kepada tindakbalas penerimaan individu.

2. ELAK KULIT JADI KERING

6 Cara Mengatasi Psoriasis Dalam Rutin Harian | MaryJardin.co

Gunakan perkakasan pelembab udara (humidifier) di dalam rumah sebagai salah satu cara mengatasi psoriasis. Ia boleh mengawal kelembapan udara persekitaran yang boleh menyebabkan kulit kering.

Penggunaan krim pelembab untuk kulit sensitif atau moisturizer juga baik untuk mengekalkan kelembapan kulit. Ia boleh mengelakkan atau melambatkan pembentukan plak (kulit tebal, bersisik atau berkeruping).

Minyak zaitun dan minyak kelapa juga baik untuk kulit. Boleh jadikan sapuan untuk mengekalkan kelembapan kulit lebih lama. Disamping kaya dengan vitamin E yang mesra untuk kulit.

3. ELAKKAN  BAHAN PEWANGI

6 Cara Mengatasi Psoriasis Dalam Rutin Harian | MaryJardin.co

Kebanyakkan sabun wangi dan minyak wangi mengandungi dye atau bahan kimia yang boleh menyebabkan iritasi kulit. Memang untuk mewangikan badan tetapi pada masa sama juga menyebabkan simptom psoriasis menjadi lebih teruk.

Jangan guna produk sembarangan atau boleh pilih yang sesuai untuk kulit sensitif. Elak gunakan pada kawasan kulit yang terdedah kepada psoriasis.

4. JAGA PEMAKANAN

6 Cara Mengatasi Psoriasis Dalam Rutin Harian | MaryJardin.co

Setiap individu mempunyai karakter psoriasis yang mungkin tidak sama berkaitan dengan alahan makanan tertentu. Fahami situasi alahan kulit anda. Cara mengatasi psoriasis adalah dengan elakkan daging merah dan snek berlemak atau apa sahaja makanan yang boleh mencetus  psoriasis.

Pilih makanan yang sesuai dan sihat seperti buah-buahan dan sayuran, ikan (yang tidak mendatangkan alahan), biji-bijian, kekacang yang kaya dengan omega-3 untuk mengurangkan keradangan.

5. MANDI AIR SUAM

6 Cara Mengatasi Psoriasis Dalam Rutin Harian | MaryJardin.co

Mandian hangat air suam bercampur garam epsom, minyak zaitun, herba dan sebagainya boleh membantu meredakan kegatalan dan melegakan kulit. Gunakan pelembab kulit selepas mandi boleh menambahkan kesan baik pada kulit terjejas.

6. KAWAL STRESS

6 Cara Mengatasi Psoriasis Dalam Rutin Harian | MaryJardin.co

Simptom psoriasis kadang kala ringan dan kadang kala tiba-tiba boleh menjadi berat bila sampai masanya yang tertentu. Menahan diri dari kegatalan atau tidak menggaru kulit terjejas psoriasis sering meningkatkan tahap stress.

Pada tahap ini, kesedaran dan kesabaran serta bijak mengawal situasi mungkin boleh menyelamatkan keadaan dan meredakan gangguan emosi. Berkongsi masalah dan maklumat dengan rakan-rakan psoriasis lain dalam Persatuan Psoriasis Malaysia mungkin boleh membantu.

MARY JARDIN FACE OIL

Mary Jardin Face Oil Semulajadi dapat mengatasi masalah-masalah berikut:

6 Cara Mengatasi Psoriasis Dalam Rutin Harian | MaryJardin.co

Lihat Apa Kata Mereka Yang Sudah Menggunakan Mary Jardin Face Oil?

6 Cara Mengatasi Psoriasis Dalam Rutin Harian | MaryJardin.co

6 Cara Mengatasi Psoriasis Dalam Rutin Harian | MaryJardin.co

6 Cara Mengatasi Psoriasis Dalam Rutin Harian | MaryJardin.co

6 Cara Mengatasi Psoriasis Dalam Rutin Harian | MaryJardin.co

6 Cara Mengatasi Psoriasis Dalam Rutin Harian | MaryJardin.co

6 Cara Mengatasi Psoriasis Dalam Rutin Harian | MaryJardin.co

Untuk Memesan Mary Jardin Face Oil Semulajadi ini? Dapatkan Mary Jardin Face Oil Semulajadi original hanya di website maryjardin.co

CLICK link di bawah untuk memesan:

HANDCRAFTED LUXURY FACE OIL FOR ACNE SCARS

Comments:

Leave a Comment

Your email address will not be published.