Blog

Khasiat Minyak Zaitun Untuk Ibu Hamil

KHASIAT MINYAK ZAITUN UNTUK IBU HAMIL

5 Khasiat Minyak Zaitun Untuk Ibu Hamil | MaryJardin.co

Sudah sedia maklum kita ketahui mengenai khasiat dan kebaikan minyak zaitun. Tidak disangkalkan lagi bahawa minyak zaitun membawa banyak kebaikan kepada semua dari segi luaran mahupun dalaman kita. Khasiat minyak zaitun sudah dikenali sejak dahulu lagi bagi merawat pelbagai masalah dan merupakan salah satu cara tradisional untuk merawat pelbagai masalah. Terdapat banyak khasiat minyak zaitun untuk ibu hamil yang perlu anda tahu.

Berikut adalah 5 khasiat minyak zaitun untuk ibu hamil:

1. MENGURANGKAN STRETCH MARK

Khasiat minyak zaitun untuk ibu hamil yang pertama adalah mempunyai kandungan vitamin dan mineral yang bermanfaat untuk ibu hamil, terutamanya yang menghadapi masalah kulit kering atau stretch mark. Untuk mengurangkan regangan dan kegatalan, kandungan vitamin E yang terdapat di dalam minyak zaitun sangat baik untuk mengekalkan kelembapan secara semulajadi.

Selain itu, kandungan squalane yang terdapat dalam minyak zaitun extra virgin menjadikannya sebagai salah satu kandungan utama dalam pelbagai produk kosmetik mahupun ubatan.

2. MENINGKATKAN SISTEM PERTAHANAN TUBUH IBU & BAYI

Khasiat minyak zaitun untuk ibu hamil seterusnya adalah meningkatkan sistem kekebalan tubuh, terutama bagi ibu hamil yang mengalami pelbagai masalah kesihatan, lebih-lebih lagi pada fasa awal kehamilan.

Vitamin A yang tinggi dalam minyak zaitun berpotensi mencegah risiko penyakit seperti demam pada ibu hamil. Selain itu, sebuah jurnal melalui National Center for Biotechnology Information mendapati bahawa pengambilan minyak zaitun untuk ibu hamil didapati mengurangkan risiko lelah atau wheezing pada bayi seawal tahun pertama kelahirannya. Selain itu, ia mempunyai banyak kebaikan kepada kesihatan ibu hamil dan juga bayi.

3. MENCEGAH SEMBELIT

Sembelit adalah salah satu masalah yang kerap muncul kepada seorang wanita apabila hamil. Medical News Today melalui laman web mereka menjelaskan bahawa minyak zaitun berkesan untuk menjadi penawar semulajadi bagi masalah tersebut.

Ini kerana, lemak sihat yang terdapat dalam minyak zaitun boleh melembutkan najis dan memudahkannya untuk disingkirkan melalui usus. Minyak zaitun juga membantu najis memerangkap lebih banyak air, lalu mengelakkan najis daripada menjadi keras.

4. MELENGKAPI NUTRISI

Minyak zaitun kaya dengan pelbagai nutrisi yang penting untuk perkembangan bayi dan keperluan ibu hamil seperti lemak, protein, kalori, zat besi, vitamin E, vitamin A, Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3 dan juga Vitamin C. Selain itu, ia membantu tubuh agar penyerapan nutrisi secara optimum.

5. MEMUDAHKAN KELAHIRAN

Salah satu petua memudahkan kelahiran adalah dengan melakukan urutan perineum pada bahagian faraj apabila menjelang tarikh kelahiran. Urutan ini boleh dilakukan dengan menggunakan minyak kelapa dara atau minyak zaitun. Selain melakukan urutan tersebut, minyak zaitun juga boleh diminum dalam kuantiti 1-2 sudu setiap hari.

Terdapat banyak khasiat minyak zaitun untuk ibu hamil, semoga ini dapat membantu semua ibu hamil di luar sana dan menjadikan menjadikan minyak zaitun salah satu amalan untuk kita amalkan secara berterusan.

Masih pening untuk memilih produk semulajadi dan selamat? Nak tahu Produk apa yang tengah trending sekarang?

5 Khasiat Minyak Zaitun Untuk Ibu Hamil | MaryJardin.co

Minyak ini adalah dari jenama Mary Jardin produk yang bebas bahan kimia dan yang pastinya selamat untuk dipakai.

Bagaimana? Mudah kan? Untuk Memesan Minyak ini?

Dapatkan di website maryjardin.co

CLICK link di bawah untuk memesan>>>

HANDCRAFTED LUXURY FACE OIL FOR ACNE SCARS

Comments:

Leave a Comment

Your email address will not be published.