Blog

3 TIPS ELAK BIBIR KERING BILA PAKAI LIP MATTE

TIPS ELAK BIBIR KERING BILA PAKAI LIP MATTE YANG TIDAK DIAMALKAN

3 Tips Elak Bibir Kering Bila Pakai Lip Matte | MaryJardin.co

Lip matte merupakan antara gincu paling laris dalam mana-mana jualan produk kosmetik. Ia merupakan sejenis gincu yang tahan lama di bibir anda. Warna-warna pilihan dari lip matte juga biasanya terdapat dalam pelbagai warna, dari warna gelap, terang sehingga warna nude.

Namun ramai di luar sana yang menghadapi masalah apabila menggunakan gincu jenis ini yang akan membuatkan bibir mereka kering dan ada yang lebih serius sehingga menyebabkan bibir mereka mengelupas.

Tapi, semua masalah ini boleh diatasi sekiranya anda semua mengamalkan tips elak bibir kering apabila memakai lip matte. Anda boleh amalkan tips elak bibir kering ini supaya lip matte yang anda pakai tidak keringkan bibir anda dan yang paling penting bibir pun nampak seksi.

 

3 Tips Elak Bibir Kering Bila Pakai Lip Matte

1. SKRUB BIBIR

Tidak ramai wanita di luar sana mengamalkan teknik ini. Skrub bibir ini sangat bagus untuk menanggalkan kulit mati di bahagian bibir dan dapat melincinkan kulit bibir anda. Jadi, apabila anda pakai lip matte baru lah tiada kesan berkerak ataupun mengelupas. Skrub bibir boleh dilakukan sebelum atau selepas memakai lip matte, baru lah bibir anda nampak sihat dan segar.

 

2. LEMBABKAN BIBIR

Gunakan lip primer untuk kesan hidrasi berpanjangan. Kegunaan lip primer sama seperti krim pelembab yang disapu pada muka sebelum bersolek.

Sebelum anda mengoles lip matte ke bibir anda, pastikan lip primer tersebut kering terlebih dahulu. Kegunaannya adalah untuk mengelakkan daripada warna lip matte bercapuk.

 

3. JENIS FORMULA

Terdapat pelbagai jenis formula yang dihasilkan untuk lip matte. Jadi kepada anda yang memiliki bibir yang kering, anda dinasihatkan memilih lip matte yang lebih cair. Sekiranya anda tidak pasti, anda boleh dapatkan nasihat daripada perunding kecantikan di kaunter tempat anda membeli lip matte tersebut.

 

Lip Matte Mary Jardin 

3 Tips Elak Bibir Kering Bila Pakai Lip Matte | MaryJardin.co

Bagaimana Untuk Pre Order Lip Matte Mary Jardin ini? Dapatkan Lip Matte Mary Jardin original hanya di website maryjardin.co

CLICK link di bawah untuk membuat pre order:

https://www.maryjardin.co/product-category/artisan-cosmetics/ 

 

Comments:

Leave a Comment

Your email address will not be published.