Blog

KENAPA KULIT WAJAH BERMINYAK. APA PENYEBABNYA?

PENYEBAB KULIT WAJAH BERMINYAK YANG RAMAI TIDAK TAHU.

Kenapa Kulit Wajah Berminyak. Apa Penyebabnya? | MaryJardin.co

Memiliki kulit wajah berminyak merupakan masalah besar bagi wanita di luar sana. Jadi tidak hairan lah ramai di antara mereka yang mudah terpedaya dengan produk dan make up yang tebal-tebal yang boleh membuatkan wajah mereka sempurna dalam waktu yang singkat tanpa mengkaji terlebih dahulu kandungan produk tersebut.

Kulit wajah berminyak memang mengganggu penampilan seseorang. Mereka akan menjadi stress kerana menghadapi masalah ini. Wajah yang sudah disolek dengan cantik akan menjadi sebaliknya kerana minyak yang berlebihan pada kulit wajah.

Di bawah ini disenaraikan penyebab-penyebab kepada kulit wajah berminyak yang sering dihadapi oleh wanita di luar sana.

 

5 Sebab Kulit Wajah Berminyak Yang Anda Tidak Tahu

1. MAKANAN YANG BERLEMAK

Kandungan minyak yang tinggi di dalam makanan yang anda ambil bukan sahaja boleh menyebabkan kegemukan tetapi ia juga boleh mengakibatkan kulit wajah anda berminyak. Jadi anda dinasihatkan kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi kandungan minyak yang tinggi.

 

2. KITARAN HAID

Untuk wanita dewasa biasanya wajah mereka akan mengeluarkan lebih banyak minyak pada tempoh haid. Dalam tempoh ini anda perlu pastikan pemakanan yang anda ambil adalah sihat dan baik untuk kesihatan.

 

3. HORMON TIDAK SEIMBANG

Apabila anda baru mengalami masa akil baligh biasanya akan mengalami wajah berminyak ataupun berjerawat. Di mana anda akan melalui perkara-perkara baru yang tidak pernah dirasakannya. Pada masa itu hormon tidak seimbang kerana dalam peralihan keremajaan.

 

4. TEKANAN/STRESS

Apabila anda sedang banyak berfikir maka kulit wajah anda akan cenderung menghasilkan minyak lebih banyak. Hal ini terjadi kerana psikis anda bekerja lebih berat daripada biasanya. Hal ini akan mengakibatkan wajah menghasilkan kortisol dengan lebih banyak.

 

5. SALAH PEMILIHAN PRODUK KOSMETIK

Sebahagian besar wanita yang memilki wajah bermasalah adalah mereka yang salah memilih kosmetik. Pada awal mereka mengenal kosmetik meraka hanya terpengaruh dengan iklan, harga serta testimoni-testimoni sahaja. Kebanyakan mereka tidak boleh memilih kosmetik yang sesuai untuk jenis kulit mereka.

MJAC BB CUSHION

Kenapa Kulit Wajah Berminyak. Apa Penyebabnya? | MaryJardin.co

Bagaimana Untuk Pre Order MJAC BB Cushion ini? Dapatkan MJAC BB Cushion original hanya di website maryjardin.co

CLICK link di bawah untuk membuat pre order:

https://www.maryjardin.co/product-category/artisan-cosmetics/

 

Comments:

Leave a Comment

Your email address will not be published.