Blog

IKUTI CARA TANGGAL MAKE UP DENGAN BETUL

IKUTI CARA TANGGAL MAKE UP DENGAN BETUL DARIPADA PAKAR KECANTIKAN.

Ikuti Cara Tanggal Make up Dengan Betul | MaryJardin.co

 

Hakikat yang sebenar untuk mendapatkan hasil makeup yang cantik ialah dengan menitikberatkan penjagaan wajah yang rapi. Kulit yang sihat, bersih dan berseri mampu menaikkan seri wajah anda.

Sebab itulah pentingnya cara tanggal makeup dengan betul supaya ia terhindar daripada sebarang kekotoran yang tertinggal dan akan memberi kerosakan pada kulit. Ia juga memerlukan teknik tersendiri untuk mengelakkan iritasi atau sebarang masalah mata apabila menanggalkan maskara dan celak mata.

Di sini terdapat beberapa cara tanggal makeup dengan betul  yang paling tepat dan secara professional yang boleh anda amalkan supaya kulit wajah anda sentiasa sihat dan bersih.

Ikuti Cara Tanggal Makeup Dengan Betul

  1. Pilih pencuci muka yang sesuai dengan kulit anda dan boleh menanggalkan kesan bedak asas, contouring dan pemerah pipi. Anda perlu cuci keseluruhan wajah dan jangan lupa dibahagian tepi hidung, telingan dan bawah dagu. Lap muka anda menggunakan tuala bersih. Untuk hasil yang lebih berkesan, sebelum anda mencuci muka pastikan make up telah dibuang dengan make up remover wipes.

 

  1. Anda perlu lakukan dengan lembut untuk menjaga kestabilan kulit. Proses menanggalkan make up boleh menyebabkan kulit kering. Jadi kepada anda yang mempunyai kulit sensitif terhadap produk seperti micellar water atau pencuci muka biasa mungkin boleh bertukar kepada yang jenis minyak/oil cleansing seperti Face Oil Mary Jardin. Ia lebih ringan, melembabkan kulit dan boleh menarik kotoran make up secara lembut.

 

  1. Sebelum mencuci muka anda juga boleh stim muka anda dengan wap air panas. Teknik ini akan membuka pori-pori supaya memudahkan proses membersih.

 

  1. Anda perlu berhati-hati pada bahagian mata terutamanya untuk menanggalkan pembayang mata, bekas maskara dan celak. Gunakan kapas muka jenis pad berbanding kapas bebola kerana ia boleh meninggalkan fiber halus pada kawasan mata. Basahkan kapas dengan make up remover, pejam mata dan biar kapas disekitar kelopak dan bulu mata selama 10 saat. Kemudian tarik perlahan-lahan dengan kapas untuk menanggalkan kean make up mata.

 

  1. Apabila selesai langkah menanggalkan make up, anda perlu double check supaya produk make up remover tidak tinggalkan kesan. Gunakan kapas yang kering dan sapukan pada sekitar wajah anda.

 

  1. Sekiranya anda pakai gincu atau lip gloss warna yang sangat pigmen, sudah tentu susah untuk tanggalkan. Kadang kala ia boleh buat bibir anda luka dan mengelupas. Pilihlah make up remover formulasi daripada minyak untuk kesan makeup tanggal lebih mudah.

 

  1. Penggunaan Baby wipes untuk menanggalkan make up tidak sama seperti produk lain. Ia tidak mempunyai bahan yang sesuai untuk menanggalkan make up.

 

ARTISAN COSMETICS

Bagaimana Untuk Dapatkan BB Cushion Mary Jardin Artisan Cosmetic ini? Dapatkan BB Cushion Mary Jardin Artisan Cosmetic original hanya di website maryjardin.co

 

Comments:

Leave a Comment

Your email address will not be published.