Blog

KETAHUI CARA BELI BARANG MEKAP YANG BETUL

MASIH BINGUNG FIKIRKAN CARA BELI BARANG MEKAP YANG BETUL??

Ketahui Cara Beli Barang Mekap Yang Betul | MaryJardin.coSekarang heboh dalam media sosial tentang konsep menggunakan barang mekap yang bernilai rendah. Ramai di luar sana sanggup membeli barang yang bajet memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat. Tetapi kita sering terlepas pandang tentang kualiti apabila kita terlalu menjaga duit daripada kulit wajah kita sendiri. Apabila anda tidak mempraktikkan cara beli barang mekap yang betul ia boleh menyebabkan kesan yang tidak baik dan reaksi negatif kepada kulit wajah anda.

Perkara utama yang perlu anda titikberatkan dalam cara beli barang mekap bukan sahaja dari segi harga tetapi adalah kualiti produk dengan konsep harga yang ditawarkan berbaloi ataupun tidak. Ramai orang di luar sana lebih pentingkan harga daripada kualiti produk tersebut.

Kepada anda yang mahu jadi bijak dalam membeli barangan mekap, pastikan anda terapkan 4 cara ini.

 

4 Cara Beli Barang Mekap Dengan Betul

# FAHAMI JENIS KULIT

Tidak semua produk akan sesuai dengan kulit anda. Hal ini kerana mungkin sesetengah bahan boleh meninggalkan kesan alergik pada kulit. Selain itu, anda hendaklah mencuba sample terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli produk tersebut.

 

# KAJI SELIDIK

Anda perlu ketahui asal jenama sesebuah jenama mekap tersebut sebelum anda membuat pembelian. Dapatkan latarbelakang jenama dari laman sesawang atau platform media sosial mereka.

 

# PIGMENTASI PRODUK

Ramai di luar sana silap tentang kualiti pigmentasi terutama bagi produk pembayang mata, lipstick, pemerah pipi dan highlight. Apabila harga produk tersebut jauh lebih murah, sudah pasti formulanya memang tidak berkualiti. Contohnya warna pudar dan cepat hilang di kulit.

 

# REVIEW

Anda perlu baca review produk tersebut terlebih dahulu. Elakkan membaca review di dalam laman sesawang kerana setiap review akan ditapis terlebih dahulu. Lebih baik anda baca review di blog atau review platform jualan atas talian yang lebih jujur dan berterus terang tentang penggunaan produk tersebut.

 

Masih pening untuk memilih barangan mekap yang berkualiti dan selamat? Jom dapatkan ARTISAN COSMETICS keluaran Mary Jardin dijamin berpuas hati.

Ketahui Cara Beli Barang Mekap Yang Betul | MaryJardin.co

Bagaimana nak dapatkan? Untuk Memesan Mary Jardin Artisan Cosmetic boleh dapatkan di website maryjardin.co

Comments:

Leave a Comment

Your email address will not be published.