CARA MERAWAT KULIT MUKA TERBAKAR SINAR MATAHARI

DAPATKAN CARA MUDAH MERAWAT KULIT MUKA TERBAKAR SINAR MATAHARI

Cara Merawat Kulit Muka Terbakar Sinar Matahari | MaryJardin.co

Kulit adalah organ manusia paling terbesar, namun kulitlah yang paling banyak terdedah dengan risiko kerosakan sebagai contoh terdedah kepada sinaran matahari yang lama akan menyebabkan radiasi cahaya ultra unggu.

Cahaya ultra unggu boleh mengubah DNA dan menyebabkan penuaan pada kulit dengan cepat. Lama kelamaan kerosakan DNA menjurus kepada masalah kanser kulit.

Sunburn akan terjadi sekiranya kulit anda terdedah kepada sinaran matahari secara langsung melebihi 30 minit. Kanak-kanak dan warga tua yang memiliki kulit sensitif lebih mudah terkena sunburn.

Anda mesti menggaru kepala apabila kulit muka terbakar sinar matahari. Tambahan lagi jika ada orang yang tegur, “Eh, hitamnya muka kau!”.

 

5 Cara Merawat Kulit Muka Terbakar Sinar Matahari

#1 MENGGUNAKAN LOSYEN

Gunakan losyen yang mengandungi aloe vera yang dikhaskan untuk melembutkan dan melembabkan kulit akibat terbakar. Sesetengah produk yang menggunakan ekstrak aloe vera mengandungi lidocaine seperti bius untuk melegakan sakit sunburn. Aloe vera juga merupakan pelembap paling terbaik untuk pengelupasan kulit.

 

#2 MANDI DENGAN AIR SEJUK

Kaedah yang paling cepat dengan mandi atau berendam dalam air sejuk. Tambahkan pati minyak lavender atau chamomile untuk melegakan perit dan sakit. Elakkan mengguna sabun kerana ia boleh menambah kekeringan kepada kulit anda.

 

#3 MASK TIMUN

Timun juga boleh mengurangkan kulit muka terbakar sinaran matahari. Anda boleh hancurkan timun sehingga menjadi lumat. Kemudian letakkan pada kulit atau muka yang terbakar, jadikan ia sebagai mask badan ataupun muka. Ia dapat menyejukkan kulit dan meredakan rasa sakit, gatal-gatal dan bengkak.

 

#4 BANYAK MINUM AIR

Banyakkan pengambilan air putih, jus atau minuman bertenaga. ia secara tidak langsung dapat menggantikan air dalam badan yang telah hilang dan memulihkan kulit dengan cepat.

 

#5 GUNAKAN TEH

Teh hijau ataupun teh hitam mengandungi tannins dan komponen lainnya yang dapat mengurangkan bengkak pada kulit atau rasa pedih akibat sunburn.

 

Comments:

Leave a Comment

Your email address will not be published.