HADAPI MASALAH NAK KECILKAN PORI MUKA

ATASI MASALAH KECILKAN PORI MUKA DENGAN 7 LANGKAH KECANTIKAN INI

Amalkan 7 Cara Untuk Kecilkan Pori Muka | MaryJardin.co

Apabila lihat sahaja wajah dekat cermin pasti akan timbul perasaan tidak puas hati kerana kulit wajah berminyak dan akibat daripada masalah pori-pori besar. Tidak semua orang bernasib baik untuk memiliki kulit wajah ‘sempurna’.

Bagi anda yang terus runsing untuk mengekalkan kecantikan kulit dan solekan yang lama. Di sini kami ingin kongsikan 8 langkah yang boleh anda praktikkan untuk merawat masalah kecilkan pori muka anda.

 

7 Langkah Atasi Masalah Kecilkan Pori Muka.

1. GUNAKAN ‘PRIMER’ SEBELUM BERSOLEK

Secara khasnya tujuan penggunaan krim primer adalah untuk wanita yang mempunyai pori-pori besar. Ia akan menjadikan kulit muka lebih halus dan memberikan solekan yang tahan lama. Anda boleh gunakan sebelum menambah bedak asas dan ia mengawal minyak yang terdapat pada wajah anda.

 

2. SKRUB MUKA / MASK

Masalah pori-pori muka menjadi besar adalah akibat daripada sel kulit mati yang tidak di skrub secara baik dan tersumbat. Menurut pakar-pakar kecantikan, mereka telah bersetuju yang teknik pengelupasan dari rawatan skrub merupakan salah satu cara untuk membersihkan pori-pori atau masalah kulit berjerawat.

 

3. BEDAK ASAS DARI ‘WATER-BASED’

Kepada anda yang mempunyai masalah untuk kecilkan pori muka, anda dinasihatkan memilih produk solekan dan penjagaan muka yang ‘ringan’ dari jenis ‘water-based’ berbanding ‘oil-based’.

 

4. RAWATAN MUKA

Dengan rawatan muka dapat mengembalikan kesegaran kulit dan dapat memperbaikinya dalam masa yang sama. Selain itu, langkah rawatan muka mempunyai kaedah yang tersendiri untuk kecilkan pori muka dan ia juga dapat mengembalikan tona kulit, bentuk muka dan menggalakan pertumbuhan semula sel-sel.

 

5. AWAS PRODUK DARI SILICONE

Kegunaan bahan silicone yang di formulasikan di dalam produk solekan adalah untuk menjadikan ia lembut dan mudah untuk disapu. Namun, bahan tersebut sangat tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai masalah pori-pori besar.

Solekan yang menggunakan bahan ini akan membuatkan pori muka tersumbat. Jadi berhati-hati dengan produk yang mempunyai kandungan dimethicone, cyclopentasiloxane dan phenyltrimethicone iaitu nama lain silicone yang digunakan di dalam produk kecantikan.

 

6. GUNA TISU MINYAK (BLOATING PAPER)

Kegunaan tisu ataupun kertas minyak bukan sahaja menyerap minyak dimuka tapi juga membuat pori-pori menjadi lebih kecil. Tisu minyak merupakan langkah yang paling cepat untuk menyegarkan kembali solekan. Anda dinasihat menggunakan kertas minyak dahulu sebelum memperbaiki atau menambah solekan.

 

7. KRIM PELEMBAP

Anda jangan takut untuk menggunakan krim pelembap. Kulit yang sihat dan lembap mampu kecilkan pori muka anda. Pastikan anda memilih produk yang bebas daripada minyak dan anti penuaan.

 

Masih Tidak Jumpa Produk Yang 100% Organik Untuk Kecilkan Pori Muka? Di Mary Jardin Ada

 

DETOX CLAY MASK

Amalkan 7 Cara Untuk Kecilkan Pori Muka | MaryJardin.co

Bagi anda yang tidak ada waktu dan merasa malas menunggu hasil dari cara mengecilkan pori muka dengan berkesan dengan bahan natural dan organik diatas, Mary Jardin recommend anda untuk mengecilkan pori muka dengan Mary Jardin Detox Clay Mask.

Mary Jardin Detox Clay Mask dirumuskan dari khazanah semulajadi untuk menyahtoksid dan membersihkan sel kulit mati dan liang pori yang membesar. Pengelupasan yang ringan akan membuang sel kulit mati. Ini akan menggalakkan pembaharuan dan pembaikan sel. Selain itu, ianya kaya dengan vitamin dan nutrien. Sangat bermanfaat untuk kulit bermasalah dan lesu yang memerlukan belaian, rangsangan vitamin dan penghidratan. Ianya juga memberikan perlindungan untuk kulit anda melalui 3 tindakan hebat:

  • Pembersihan liang pori secara mendalam dan penglupasan yang lembut
  • Pembaharuan dan pembaikan kulit
  • Melembapkan dan mengurangkan sensitiviti kulit

Masker wajah ini menyerap semua kotoran di kulit dan mengekalkan kelembapan pada wajah, menjadikan kulit anda kembali muda remaja. Penggunaan yang berterusan akan menjadi kulit anda bersih, licin dan lebih cerah. Cara penggunaannya amatlah mudah dengan hanya pakai seminggu sekali sahaja. Memang jimat!

  • Sediakan satu sudu teh (sudu plastik) serbuk Mary Jardin Detox Clay Mask.
  • Campurkan serbuk Mary Jardin Detox Clay Mask dengan apa-apa bahan cecair lain seperti air kosong, madu, susu, yogurt dan sebagainya.
  • Tampalkan pada wajah, elakkan terkena kawasan sekitar mata dan mulut.
  • Cuci muka dengan air suam selepas 15 – 20 minit sebelum ianya kering sepenuhnya.

 

Comments:

Leave a Comment

Your email address will not be published.