Blog

TANDA-TANDA PRODUK KECANTIKAN MUKA TIDAK SESUAI DENGAN ANDA

KENALI TANDA-TANDA PRODUK KECANTIKAN MUKA TIDAK SESUAI DENGAN KULIT ANDA.

Tanda Produk Kecantikan Muka Yang Tidak Sesuai | MaryJardin.co

Ramai diluar sana pasti akan teruja apabila ingin mencuba sesuatu yang baru, terutama untuk mencuba sesuatu produk kecantikan muka yang baru. Tambahan lagi produknya sangat mudah dan kesan penggunaan boleh nampak seawal 3 hari. Haa, memang tidak akan menang tangan la nak buat skin care routine dengan produk baru tersebut.

Di sini kami ingin mengingatkan anda semua, kesan menggunakan produk timbang kilo dan kesannya cepat bertindak balas. Tapi ia akan mendatangkan kesan yang merbahaya dalam jangka masa yang panjang. Macam mana nak ketahui tanda-tanda produk kecantikan muka tidak sesuai dengan anda? Jom kenali reaksi kulit anda dari kesan penggunaan produk yang tidak sesuai dan merisikokan kesihatan kulit anda.

 

4 Tanda Produk Kecantikan Muka Tidak Sesuai Dengan Kulit Anda

 

KULIT JADI LEBIH SENSITIF

Untuk mengetahui sesuatu produk itu sesuai dengan  kulit anda ataupun tidak adalah apabila anda berada diluar tidak sampai beberapa minit, kulit anda akan bertukar seperti warna kulit udang. Ini berkemungkinan produk yang anda guna mengandungi retinoic acid (retinol, vitamin A). Ini akan menyebabkan  kulit muka anda menjadi sensitif apabila terkena cahaya matahari.

 

KULIT TERASA PANAS

Lapisan kulit anda akan mula terasa panas dan kemudian rasa pedih-pedih. Hal ini biasa terjadi apabla produk yang anda gunakan tidak memberi kesan kepada muka anda. Rasa panas boleh menimbulkan iritasi lagi berisiko dan akan menimbulkan radang (kemerah-merahan). Anda jangan abaikan sekiranya hal ini berlaku, berhenti segera pemakaian produk serta dapatkan nasihat doktor.

 

MENGGELUPAS

Ramai di luar sana mengatakan kulit menggelupas tandanya kulit nak tumbuh yang baru atau kita selalu sebut bersalin kulit. Tahukah anda lapisan kulit yang pertama (epidermis) amat penting untuk melindungi kulit daripada terkena sebarang jangkitan kuman dan bakteria.

 

KERING DAN KUSAM

Ada beberapa produk penjagaan kulit seperti losyen badang dikatakan baik untuk melembap tapi hasilnya kulit jadi semakin kering dan menggerutu. Sama juga dengan sabun mandi yang menyebabkan kulit kering akibat daripada bahan sodium hidroikda yang banyak.

 

Masih Runsing Nak Dapatkan Produk 100% Organik Dan Selamat

Tanda Produk Kecantikan Muka Yang Tidak Sesuai | MaryJardin.co

Jom dapatkan produk organik di website maryjardin.co

Comments:

Leave a Comment

Your email address will not be published.