Blog

RAWAT MASALAH KULIT KERING HANYA DENGAN BAHAN DARI DAPUR

5 BAHAN YANG MUDAH DIPEROLEH UNTUK MERAWAT MASALAH KULIT KERING

Masalah kulit kering ini akan berlaku apabila keadaan cuaca mengalami perubahan kepada cuaca panas. Ada diantara anda diluar sana yang menghadapi masalah kulit kering bukan sahaja pada wajah tetapi juga pada badan.

Untuk mengekalkan kesihatan kulit dari luar dan dalam, pakar mengesyorkan untuk mengambil diet harian daripada sumber yang segar dan sihat supaya anda akan kekal sihat dan cantik.

Bahan-bahan Yang Boleh Digunakan Untuk Merawat Masalah Kulit Kering.

 

1. MINYAK ZAITUN

Minyak zaitun buka sahaja bagus ntuk awet muda tetapi ia mengandungi polyphenols iaitu komponen antioksida yang tinggi. Di mana ia akan memberikan kelembapan yang berpanjangan.

 

2. SUSU DAN MADU

Lemak dan asid latik yang terdapat di dalam susu dapat memperbaiki iritasi kulit, manakala madu pula berfungsi sebagai membasmi kuman dan dapat mengembalikan kelembapan kulit anda. Satukan madu dengan susu didalam satu botol dan simpan di dalam peti sejuk. Sapu pada permukaan kulit yang bermasalah.

 

3. KACANG SOYA

 

Kacang soya mempunyai sumber waxelene di mana ia mampu meningkatkan elastistik kulit dan menjaga kolegen kulit anda daripada rosak.

 

4. TEH HIJAU

Kebaikan teh hijau dapat melindungi kulit anda daripada sinaran UV dan memperbaiki jerawat, jangkitan eczema dan rosacea (masalah saluran darah).

 

5. MINYAK KELAPA

Ini merupakan pelembap semulajadi yang akan melindungi kuasa antibakteria, antikulit dan ciri-ciri antivirus. Masalah jerawat juga dapat di atasi.

 

Comments:

Leave a Comment

Your email address will not be published.