Blog

TANDA-TANDA RESDUNG PADA ANDA

Tanda-tanda Resdung

TANDA-TANDA RESDUNG PADA ANDA | MARYJARDIN.CO

Dianggarkan 50-60% rakyat Malaysia menghidapi penyakit resdung. Malah mengikut kajian statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 25% penduduk Malaysia menghidapi penyakit resdung yang kronik.

Ada diantara kita yang tidak perasan mereka menghidap resdung kerana tidak sedar tanda-tanda resdung yang terjadi pada diri sendiri. Tahukah anda penyakit resdung kronik boleh membawa maut? Marilah kita sama-sama mencegah sebelum ianya terlambat. Jom kita kenali tanda-tanda resdung pada diri kita sebelum mengatasinya!

Banyak faktor yang boleh menyumbang terhadap penyakit ini pada seperti faktor iklim, pemakanan, gaya hidup dan sebagainya. Anda seharusnya peka dengan keadaan kesihatan anda, lebih-lebih lagi tanda-tanda resdung kerana ia dapat mengenal pasti bahawa anda menghidapi penyakit ini.

Masalah resdung boleh dikesan jika anda mempunyai tanda-tanda seperti berikut :-

TANDA-TANDA RESDUNG PADA ANDA | MARYJARDIN.CO

  1.  Pada awalnya akan muncul mukosa atau lendir berwarna kuning atau hijau daripada hidung.
  2. Wajah akan terasa berat dan sakit di sekitar dahi, mata, dan dagu, terutama apabila ditekan.
  3. Kerap bersin dan selsema.
  4.  Demam dengan suhu 38 ° Celsius atau lebih.
  5.  Sakit gigi dan Sakit kepala.
  6. Berkurangnya kemampuan dalam mencium sesuatu.
  7.  Hidung bernafas dan tersumbat.
  8.  Nafas bau.
  9.  Mata gatal.
  10.  Tidur mendengkur.
  11.  Rambut ada kelemumur.
  12.  Timbul jerawat.

Comments:

Leave a Comment

Your email address will not be published.