Blog

CARA HILANGKAN RESDUNG DENGAN MUDAH DAN SELAMAT

5 Cara Hilangkan Resdung

CARA HILANGKAN RESDUNG DENGAN MUDAH | MARYJARDIN.CO

Bermacam cara untuk merawat resdung yang dapat dilihat pada masa kini sama ada dengan petua tradisional untuk mencegah penyakit ini atau dengan ubat resdung terbaik yang di beli dari farmasi. Namun, kaedah rawatan yang paling berkesan dan mujarab sama ada cara Islam atau cara kampung boleh dicuba sebagai ikhtiar atau cara untuk menghilangkan penyakit sinus ini.

Walau bagaimanapun, sekiranya tahap resdung anda masih lagi di peringkat awal, anda boleh merawatnya dengan mengikut beberapa petua yang dapat diamalkan untuk mengurangkan kesakitan dan mencegah penyakit ini dengan cepat dan berkesan. Amalan yang konsisten dan tidak mengabaikan cara rawatan pasti akan membuahkan hasil yang memuaskan.

Berikut merupakan beberapa amalan dan tips yang anda boleh amalkan untuk merawat resdung di rumah.

CARA HILANGKAN RESDUNG DENGAN MUDAH | MARYJARDIN.CO

  • Cara pertama dengan menggunakan cuka epal dan madu. Ambil tiga sudu makan cuka epal, masukkan ke dalam secawan air panas atau teh. Tambah limau dan madu secukupnya lalu minum tiga kali sehari.

 

CARA HILANGKAN RESDUNG DENGAN MUDAH | MARYJARDIN.CO

  • Tahukah anda yang lidah buaya boleh dipakai sebagai salah satu cara hilangkan resdung? Ini disebabkan lidah buaya mengandungi sifat antiseptik. Caranya adalah dengan menitiskan lendir atau gel lidah buaya pada hidung. Agar lebih berkesan minumlah rebusan lidah buaya secara teratur.

 

CARA HILANGKAN RESDUNG DENGAN MUDAH | MARYJARDIN.CO

  • Cara hilangkan resdung yang ketiga adalah dengan memampatkan bahagian pipi dengan air hangat. Mudah sahaja dengan basahkan tuala ke dalam air lalu perah airnya. Letakkan tuala untuk menutupi wajah Anda.

 

CARA HILANGKAN RESDUNG DENGAN MUDAH | MARYJARDIN.CO

  • Minum air mineral dengan banyak juga dapat membantu merawat resdung. Air akan bekerja membantu mendorong lendir keluar dengan cara mencairkanya. Harus diingat elakkan minum alkohol, kafein, minuman, manis, dan jangan merokok. Semua zat pada minuman itu boleh menyebabkan lendir menebal dan menyumbat pada saluran pernafasan sehingga mencetuskan keradangan lebih teruk.

 

CARA HILANGKAN RESDUNG DENGAN MUDAH | MARYJARDIN.CO

  • Rawat resdung dengan menggunakan limau nipis dan pandan juga adalah salah satu cara hilangkan resdung. Anda harus sediakan 8 biji limau nipis dan 10 helai daun pandan yang dihiris halus-halus. Seterusnya perah buah limau hingga menghasilkan air limau yang banyak. Campurkan air perasan limau dengan daun pandan.
  • Ramas daun pandan beberapa minit sehingga air berubah menjadi kehijauan. Tapiskan sampai tertinggal air saja. Basuh atau cuci muka terlebih dahulu. Basuhkan air tadi ke wajah Anda, elakkan terkena mata atau bibir. Tunggu wajah kering lalu sapukan lagi. Lakukan setiap 3 jam untuk hasil yang lebih baik. Selepas selesai cuci wajah anda dengan air biasa.

Comments:

Leave a Comment

Your email address will not be published.