Blog

Cara Kecutkan Jerawat Dengan Cepat & Berkesan Tanpa Guna Agen Pengecut Jerawat Yang Mengandungi Bahan Kimia

Cara Kecutkan Jerawat Dengan Cepat

Cara Kecutkan Jerawat Dengan Cepat & Berkesan | MaryJardin.co

Ramai orang nak kulit flawless glowing tanpa jerawat tapi anda tak sedar bahawa agen pengecut jerawat anda merbahaya! Pasti anda suka sangat kan bila jerawat batu anda boleh kecut dalam sehari je tapi anda tak tahu kesan sampingan untuk 2 3 bulan nanti bahkan 4 5 tahun nanti! Kenapa? Setiap yang cepat pasti ada kesan dia tau. Bagi anda yang tak sabar, ok silakan tapi jangan menyesal ye nanti. Kali ini kami nak kongsikan apakah bahan kimia merbahaya tu dan apa alternatif yang selamat tetapi kurang hebat untuk orang yang tak sabar dan mudah dicari di pasaraya bahkan di dapur anda!

Semua orang akan lalui zaman zaman kegemilangan jerawat tambahan lagi masa zaman sekolah menengah dulu kan? Masa tu hormon baru nak berubah tau. Kadang-kadang rasa malu nak masuk kelas tayang muka yang berjerawat ni. hukhukk. Tapi yang paling tak best bila tumbuh jerawat batu! arghhh rasa macam ketul-ketul batu menempek atas muka ni kan. Sabar jelah.

Biasalah hormon budak sekolah menengah, nak nampak cantik je kan. So waktu tu anda akan cuba cari solusi. Dan waktu tu anda akan mula kenal segala jenis krim muka, pencuci muka, krim kecut jerawat dan sebagainya. Tambah-tambah lagi bila ada iklan di TV je terus anda berminat nak beli sebab terdesak sangat nak hilangkan benda alah tu. huhuu. Segala yang diiklankan di TV semua anda akan tertarik, ada yang iklankan pakai krim kecut jerawat ni 1 hari je dah kecut bahkan ada juga yang cakap 1 jam pun dah kecut! hahaha.

Anda pernah terpikir tak apa benda yang terkandung dalam produk tu sampai 1 jam pun jerawat boleh kecut? Cepat dan Hebat! hahaa. Anda nak tahu apa salah 1 bahan kimia yang ada dalam krim kecut jerawat anda? Mesti anda terkejut bila tahu rupa-rupanya ada Mercury, Hydroquinone, Plumbum, Tretinoin dalam krim anda! Bahan-bahan kimia tersebut antara yang merbahaya terutama pada kulit wajah anda yang sensitif itu. Jadi tunggu apa lagi? Cuba anda check dan baca kandungan produk yang anda gunakan sekarang.


JADI.. MACAM MANA NAK SELAMATKAN KULIT MUKA ANDA? ADA KE CARA KECUTKAN JERAWAT DENGAN CEPAT YANG BERKESAN DAN SELAMAT??


Ya ada! Jangan risau! Ada cara kecutkan jerawat dengan cepat & berkesan dengan hanya menggunakan bahan natural hanya dari dapur! Haa jom cuba tengok 13 tips semulajadi ini untuk flawless moist moist jer tanpa jerawat.

 

13 Cara Kecutkan Jerawat Dengan Cepat & Berkesan Tanpa Guna Agen Pengecut Jerawat Yang Mengandungi Bahan Kimia

Cara Kecutkan Jerawat Dengan Cepat & Berkesan | MaryJardin.co

Cara Kecutkan Jerawat Dengan Cepat & Berkesan | MaryJardin.co

Cara kecutkan jerawat dengan cepat secara semulajadi adalah dengan bawang putih. Mengapa bawang putih?

Kerana bawang putih mengandung anti bakteri thiacremonon sulfur yang boleh mengubati jerawat serta menghilangkan parut di muka anda.

1. Sediakan bawang putih yang bersih
2. Kisar bawang putih tersebut
3. Kemudian sapukan pada jerawat
4. Biarkan ia kering sekitar 2 minit
5. Bilas hingga bersih dengan air bersih yang suam
6. Keringkan menggunakan microfiber towel yang bersih

 Cara Kecutkan Jerawat Dengan Cepat & Berkesan | MaryJardin.co

Betik kaya dengan Vitamin A yang bertindak sebagai antioksidan.

1. Blend betik
2. Sapu dengan hampasnya sekali ke muka.
3. Biarkan selama 20 minit
4. Cuci dengan air suam dan keringkan menggunakan microfiber towel yang bersih.

 Cara Kecutkan Jerawat Dengan Cepat & Berkesan | MaryJardin.co

Cara semulajadi lain adalah dengan menggunakan madu. Mengapa madu?

Kerana bahan natural dan organik madu ini sudah sangat terkenal dengan segala manfaatnya, baik untuk kesihatan mahupun untuk kulit.

Dengan kandungan antibiotic yang tinggi, maka madu boleh menjadi pencegah infeksi yang dapat membuat peradang pada jerawat.

1. Sediakan madu asli
2. Kemudian sapukan secara merata pada jerawat
3. Biarkan hingga kering
4. Bilas dan bersihkan dengan air suam
5. Keringkan dengan microfiber towel yang bersih

 

Cara Kecutkan Jerawat Dengan Cepat & Berkesan | MaryJardin.co

Jerawat di muka boleh diubati menggunakan timun. Kandungan air pada timun dapat menjadikan wajah cerah dan sihat secara natural.

Rawatan wajah menggunakan timun ini akan berkesan untuk mengubati jerawat yang naik pada wajah.

Bagaimana timun dapat menghilangkan jerawat anda?

1. Hiris timun (jangan terlalu nipis)
2. Tempek timun tersebut pada wajah anda
3. Biarkan selama 20-30 minit
4. Kemudian, tanggalkan timun dan bilas wajah dengan air suam hingga bersih
5. Keringkan menggunakan microfiber towel yang bersih.

 

Cara Kecutkan Jerawat Dengan Cepat & Berkesan | MaryJardin.co

Buah tomato selain digunakan untuk masakan, ia juga mengandungi khasiat yang baik untuk keanjalan kulit wajah.

Buat tomato juga sangat bagus untuk mengubati masalah jerawat anda.

Bagaimana cara kecutkan jerawat dengan cepat menggunakan tomato pada kulit wajah anda?

1. Hiris buah tomato menjadi 2 bahagian
2. Sapukan pada wajah anda rata
3. Biarkan selama 15-20 minit
4. Bilis dengan air hingga bersih
5. Keringkan dengan microfiber towel yang bersih

 

Cara Kecutkan Jerawat Dengan Cepat & Berkesan | MaryJardin.co

Oat mengandungi 18 jenis asam amino yang dapat membantu penyembuhan kulit, mengembalikan kekuatan kulit dan membantu terjaganya lapisan pelindung kulit.

Selain itu, oat juga mengandungi antioksidan yang membuat kulit lebih kuat dalam melawan radikal bebas.

Oat digunakan sebagai masker wajah yang mampu mengatasi iritasi dan peradangan.

1. Sediakan oat (sebaiknya organik oat)
2. Blend oat tersebut dengan sedikit air (susu kambing)
3. Tempek di muka selama 15 minit
4. Bersihkan dengan air suam
5. Keringkan dengan microfiber towel yang bersih

 

Cara Kecutkan Jerawat Dengan Cepat & Berkesan | MaryJardin.co

Cara kecutkan jerawat dengan cepat adalah dengan menggunakan lidah buaya. Mengapa lidah buaya?

Kerana lidah buaya mengandung zat besi, vitamin A serta D yang boleh membantu anda untuk mengatasi segala masalah jerawat termasuk menghilangkan parut jerawat.

1. Sediakan lidah buaya segar
2. Potong menjadi 2 atau 4 bahagian
3. Kemudian buang duri yang terdapat pada lidah buaya
4. Kupas dan ambil gel pada lidah buaya
5. Sapukan gel lidah buaya pada jerawat
6. Biarkan 4 – 6 minit
7. Bilas dan bersihkan dengan air suam
8. Keringkan menggunakan microfiber towel yang bersih

 Cara Kecutkan Jerawat Dengan Cepat & Berkesan | MaryJardin.co

Putih telur memiliki manfaat serta khasiat yang sangat bagus dalam membantu menyembuhkan jerawat.

Adanya kandunagn enzim lusozim dalam putih telur mampu membantu menghancurkan dinding sel dari bakteria penyebab jerawat.

Disamping itu, putih telur juga dapat membantu mengecilkan pori kulit dan mampu mengurangi minyak berlebih yang dapat menyebabkan munculnya jerawat.

1. Sediakan telur
2. Pisahkan bahagian putih dan kuning telur
3. Ambil bahagian putih telur dan pukul hingga putih telur tersebut mengembang
4. Setelah mengembang, sapukan putih telur pada bahagian yang berjerawat
5. Setelah kering, bilas dengan air suam
6. Keringkan menggunakan microfiber towel yang bersih

 

Cara Kecutkan Jerawat Dengan Cepat & Berkesan | MaryJardin.co

Kandungan vitamin C yang terkandung dalam buah zaitun berfungsi sebagai zat antioksidan yang dapat membuang kotoran dan bakteria penyebab jerawat.

1. Sapukan minyak zaitun pada wajah sambil diurut lembut.
2. Biarkan selama 10 minit
3. Bilas dengan air bersih
4. Keringkan dengan microfiber towel yang bersih

 

Cara Kecutkan Jerawat Dengan Cepat & Berkesan | MaryJardin.co

Minyak kelapa mengandungi berbagai asam yang sangat baik bagi kulit. Jerawat akan lebih cepat hilang dan lebih mudah dicegah, membuatkan anda tidak ingin ketinggalan manfaat minyak kelapa untuk wajah berjerawat.

1. Tuangkan minyak kelapa ke dalam bekas kecil 
2. Sediakan kapas bulat bersih
3. Kemudian, celupkan kapas bersih tersebut ke dalam minyak kelapa
4. Sapu rata ke seluruh bahagian wajah yang berjerawat.
5. Biarkan selama 20 minit sampai minyak kelapa di wajah kering
6. Kemudian bilas menggunakan air bersih.
7. Lakukan treatment ini setidaknya 2 sampai 3 kali seminggu untuk hasil terbaik.

 

Cara Kecutkan Jerawat Dengan Cepat & Berkesan | MaryJardin.co

Minyak kelapa sawit mengandungi vitamin E dan berguna untuk merawat kecantikan kulit terutama untuk wajah.

Vitamin E mengandungi antioksidan yang tinggi untuk membantu melawan radikal bebas yang merosakkan kulit dan mencegah garis-garis halus dan penuaan. Ia juga dapat membersihkan dan melembabkan kulit anda.

1. Tuangkan minyak kelapa sawit ke dalam bekas kecil
2. Sediakan kapas bulat bersih
3. Kemudian, celupkan kapas bersih tersebut ke dalam minyak kelapa sawit
4. Sapu rata ke seluruh bahagian wajah yang berjerawat.
5. Biarkan selama 20 minit sampai minyak kelapa sawit di wajah kering
6. Kemudian bilas menggunakan air bersih.
7. Lakukan treatment ini setidaknya 2 sampai 3 kali seminggu untuk hasil terbaik.

 Cara Kecutkan Jerawat Dengan Cepat & Berkesan | MaryJardin.co

Penting untuk anda ketahui bahawa khasiat minyak castor ini hanya boleh dengan cara pengubatan luar, bukan untuk diminum. Sebagai ubat luar, ia juga baik digunakan oleh anak-anak sampai orang tua.

1. Tuangkan minyak castor ke dalam bekas kecil 
2. Sediakan kapas bulat bersih
3. Kemudian, celupkan kapas bersih tersebut ke dalam minyak castor
4. Sapu rata ke seluruh bahagian wajah yang berjerawat.
5. Biarkan selama 20 minit sampai minyak castor di wajah kering
6. Kemudian bilas menggunakan air bersih.
7. Lakukan treatment ini setidaknya 2 sampai 3 kali seminggu untuk hasil terbaik.

 Cara Kecutkan Jerawat Dengan Cepat & Berkesan | MaryJardin.co

Detoks ini ada banyak cara. Ada cara minum air lemon, bekam dan macam macam lagi lah.

Objektif detok adalah untuk buang segala toksin dalam badan.

Toksin ni lah punca dan akar kenapa jerawat asyik naik dan tak mahu surut.

 

Cara Kecutkan Jerawat Dengan Cepat & Berkesan | MaryJardin.co

SABUN ANTI JERAWAT MARY JARDIN

Bagi anda yang merasa tiada masa dan menganggap penyediaan bahan natural dan organik agak remeh seperti dalam 13 tips muka flawless moist moist jer tanpa jerawat, kini ada cara natural lain yang sangat berkesan menghilangkan jerawat tanpa tiada kesan sampingan.

Sabun ini sangatlah berkesan seawal penggunaan bagi anda yang ingin kekalkan kulit sihat sepanjang hari. Cara tersebut ialah dengan menggunakan Sabun Anti Jerawat Mary Jardin.

Macam mana nak dapatkan Sabun Anti Jerawat ni?

 

Anda boleh PM FB page Mary Jardin HQ ataupun whatsapp ke (01120689583);

Cara Kecutkan Jerawat Dengan Cepat & Berkesan | MaryJardin.co

https://api.whatsapp.com/send?phone=601120689583&text=PM+Sabun+Mary+Jardin+

 

ATAU terus membuat pembelian di website Mary Jardin:

https://www.maryjardin.co/product/anti-acne-handcrafted-luxury-facial-soap/

Comments:

  1. […] pulak nampak yang hitam-hitam tu”. Tersilap guna skincare produk-produk yang mengandungi bahan kimia di pasaran yang membuat kulit anda jadi rosak? Kesiann.. Dulu start naik jerawat masa sekolah […]

  2. […] perempuan sekalipun mesti mengidamkan kulit wajah y berseri-seri. Senang cerita nampak glowing dan flawless macam artis Korea tu. Macam-macam caralah usaha nak bagi nampak berseri lah, putih lah, anjal lah. […]

Leave a Comment

Your email address will not be published.

© 2017 Jardin Beauty Sdn Bhd. All Rights Reserved.