Tidak mengejutkan – Cara menghilangkan Jerawat adalah antara persoalan yang paling banyak di terima. Jerawat merupakan musuh utama baik perempuan mahupun lelaki kerana ianya bukan sahaja merosakkan penampilan wajah, tetapi ia juga menyakitkan. Malah, ia juga mampu memberi kesan psikologi yang negatif apabila jerawat itu terpampang besar di wajah, merah dan bernanah! Sudah pasti moral dan konfiden seseorang itu jatuh. Paling teruk sekali, kalau jerawat itu meninggalkan kesan dan parut di kulit seperti wajah. Jadi bagaimanakah cara menghilangkan jerawat dengan cepat, mudah dan berkesan?
Pertama sekali, sebelum kita berbicara tentang cara menghilangkan jerawat, kita harus faham dulu apa itu jerawat.
Apa itu jerawat?
Mengikut definisi di portal rasmi MyHealth KKM ; jerawat merupakan satu fenomena di mana adanya benjolan atau bintik di permukaan kulit. Masalah jerawat ini boleh terjadi akibat liang roma yang tersumbat dengan sel kulit mati berserta minyak. Masalah ini juga dapat dikategorikan dari tahap normal ke tahap kronik. Antara masalah jerawat yang paling biasa adalah Acne Vulgaris termasuk bintik hitam atau putih, papul, cyst dan nodus.
Apa punca jerawat?
Sebelum kita berbincang tentang cara menhilangkan jerawat, ketahui dahulu punca jerawat naik di kulit. Antaranya adalah :
- Perubahan Hormon
- Penggunaan ubatan yang mengandungi phenytoin, iodin, bromida,steroid, isoniazid & litium
- Pengunaan pakaian tau peralatan yang terlalu ketat pada permukaan kulit
- Persekitaran berminyak atau kotor
- Bakteria Propionibacterium Acnes
Bagaimanakah cara menghilangkan jerawat?
Memandangkan kita sudah faham apa itu jerawat dan apa punca jerawat itu tumbuh di kulit maka sudah tentu kita hendak tahu cara menghilangkan jerawat dan cara menghindari jerawat.
Cara menghilangkan jerawat terdapat beberapa jenis dan antara yang palik efektif adalah dengan laser treatment tetapi kosnya amatlah tinggi. Jerawat juga boleh dihilangkan dengan menggunakan ubat yang khas untuk membunuh kuman atau bakteria yang menjadi punca kepada jerawat.
Tidak lupa juga kepada beberapa cara lain seperti menggunakan ubat topikal jerawat yang sering boleh didapati di farmasi. Namun kesemua cara yang disebutkan ini samada tidak mudah didapati ataupun mempunyai side effect yang tidak diingini.
Cara menghilangkan Jerawat dengan cara alami atau natural yang mudah didapati dari rumah
1. Bawang Putih – bawang putih merupakan tumbuhan yang mempunyai anktioksida, antivirus dan antiseptik secara semulajadi. Jadi sudah tentu bawang putih ini efektif untuk membunuh bakteria yang terdapat di jerawat. Caranya, potong bawang putih dan belahkan kepada dua. Gosokkan bawang putih yang sudah dibelah itu ke jerawat. TInggalkan selamat 15 minit dan bilas dengan air suam.
2. Timun – ia kaya dengan antioksida yang bagus untuk kulit. Timun juga mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi, mineral, dan amino acid. Semua kandungan ini sangat bagus untuk menyahtoksinkan kulit. Caranya mudah, hiris timun dan letakkan pada wajah selamat 15 minit. Lalu bilaskan wajah dengan air suam. Selain itu, air perahan timun juga sangat bagus untuk diminum.
3. Aloevera – Lebih dikenali dengan nama lidah buaya. Aloevera ini merupakan solusi turun termurun yang efektif. Aloevera mengandugni banyak zat dan telah menjadi satu bahan yang sangat popular dalam produk kecantikan. Pada suatu masa, setiap produk Korea yang dikeluarkan mengandungi Aloevera kerana mereka sudah pun melakukan kajian terhadap kesan efektif aloevera. Cara menghilangkan jerawat dengan aloevera ini mudah, potongkan saja lidah buaya menjadi dua dan oleskan gel lidah buaya itu ke atas kulit berjerawat. Biarkan 3-5 minit lalu bilas dengan air dingin.
4. Madu – Seringkali menjadi petua orang tua kampung, madu mengandungi zat dan antiseptik natural untuk membunuh bakteria dan sangat bagus untuk menghilangkan jerawat dengan cepat serta mengurangkan radang kulit. Sapukan madu di atas kulit menggunakan kapas dan biarkan selamat 45 minit sebelum di bilas dengan air yang dingin.
5. Baking Soda – Salah satu bahan asas yang wajib ada di setiap dapur rumah! Baking soda atau Soda Bikarbonat bertindak sebagai agen pembunuh kuman semulajadi dan menyeimbangkan tahap pH kulit. Selain itu, baking soda juga bertindak menghapuskan sel kulit mati di wajah dan mengembalikan seri wajah yang kusam. Hanya campurkan air dan gaulkan sehingga mencapai konsistensi pes.Tepek kan pes ke kawasan wajah yang berjerawat biarkan selama 15 minit sehingga kering dan bilas wajah sehingga bersih.
6. Cuka epal – Atau lebih dikenali dengan Apple Cider Vinegar amat terkenal di kalangan pencinta penjagaan kulit secara semula jadi. Cuka epal mengandungi bahan bahan yang dapat menghidupkan sel kulit mati dan berfungsi sebagai anti-oksidan yang menyembuhkan kulit berjerawat. Campurkan satu sudu teh cuka epal dah 6 sudu besar air kosong. Sapukan campuran tadi di kawasan wajah berjerawat dengan kapas dan tunggu selama 10 ke 20 minit untuk membilas wajah sehingga bersih. Cara ini juga boleh dibiarkan semalaman untuk hasil yang lebih optimum.
7. Tea Tree Oil – merupakan antara bahan utama yang terdapat dalam produk anti jerawat. Minyak yang diperoleh dari daun melaleuca yang berasal dari Australia ini mengandungi Zat terpenoid yang efektif untuk menghapuskan bakteria penyebab jerawat. Campurkan minyak Tea Tree Oil dengan air dan oleskan kepada kulit yang berjerawat.
8. Argan Oil – Kaya dengan vitamin E dan asid linoleic, minyak Argan dapat melembapkan kulit anda yang akan membantu untuk mengurangkan jerawat. Kandungan vitamin E bukan sahaja menjadi antiseptik kepada kulit, malah ia juga adalah bahan yang dapat mengawal rembesan minyak kulit (sebum) dan ia merupakan faktor yang besar untuk menghilangkan jerawat. Minyak argan yang kaya dengan antioksida juga adalah jauh lebih baik berbanding dengan minyak kelapa dan minyak zaitun kerana minyak argan tidak menyebabkan pori kulit tersumbat. Sapukan kepada kulit dan biarkan ia meresap. SIfat minyak argan yang mempunyai textur ringan senang diserap kulit dan tidak menyebabkan kulit berminyak.
9. Sea Buckthorn Oil – Kurang popular di masyarakat Malaysia namun ia amat terkenal di Eropah. Minyak Sea Buckthorn mengandungi ajen pembunuh bakteria dan juga mengandungi banyak nutrisi mikro seperti omega 3,6,7 dan 9 yang sangat bagus untuk kesihatan. Dengan mengoleskan minyak seabuckthorn kepada kulit, kulit akan menjadi lebih lembut, halus dan kuat. Ia juga dapat mengurangkan parut luka, bengkak dan radang. Selain itu, seabuckthorn juga menjadi satu bahan cara untuk menghilangkan jerawat yang bagus kerana ia dapat membantu melegakan kulit lantas mengelakkan kita daripada menggaru atau memicit jerawat yang tumbuh.
Banyak lagi kaedah menghilangkan jerawat yang ada selain yang disenaraikan di atas seperti putih telur, lemon, tomato, betik, teh hijau dan lain lain lagi. Namun senarai di atas adalah diantara bahan yang efektif.
Cara menghilangkan jerawat paling utama adalah untuk kita menjaga kebersihan kulit dan juga rajin menggunakan bahan-bahan seperti di atas agar kulit kita sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan baik; lebih halus dan bersih.
Jikalau anda mahu menghilangkan jerawat namun tidak mempunyai masa untuk melakukan solusi seperti diatas, anda juga boleh mendapat produk yang mengandungi banyak bahan berkualiti dan efektif untuk menghilangkan jerawat. Antaranya adalah Mary Jardin Face Oil. Produk ini mengandungi Argan Oil, Rosehip Oil, Avocado Oil, Sunflower Oil, Castor Oil, Jojoba Oil, Lavender Essential Oil, Tea, Tree Oil dan Sea Buckthorn Oil. Kesemua campuran bahan ini di formulasikan dan menjadikan ia suatu solusi yang sangat efektif. Bukan setakat menghilangkan jerawat, membaik pulih luka, gatal-gatal dan juga mengurangkan kesan parut. Kalau kita Google testimoni Mary Jardin Face Oil ni, memang ramai yang berpuas hati.
Kesemua bahan ini dapat membantu menghapuskan jerawat, merawat kulit, dan mengurangkan parut dalam setiap titisan. Ia lebih mudah dibawa kemana-mana serta penggunaan dropper yang mudah dan tidak memakan masa.
Memandangkan Jerawat ini juga berpunca daripada liang pori yang tersumbat, untuk mengelakkan tumbuhnya jerawat baru, kita haruslah membersihkan liang pori muka agar ia tidak tersumbat dan dijangkiti kuman. Cara membersihkan liang pori paling berkesan adalah dengan menarik keluar semua kotoran di kulit. Mary Jardin Clay Mask ini adalah solusi yang paling terbaik. ia mengandungi banyak bahan yang sangat efektif untuk menarik dan mencuci segala kotoran. Antaranya adalah Bentonite Clay yang sangat terkenal dan digunakan oleh banyak beautician untuk membersihkan muka.
Jadi itu lah beberapa petua dan cara menghilangkan jerawat. Selamat Mencuba!
2 item tu memang terbaik
Pernah cuba sebelum ni Alhamdulillah sgt berkesan.
Alhamdulillah i used lavender set and essential set, the result was really amaaazing. Bit.do/mjfaa
nice sharing <3
Nice sharing ???