Blog

Cara Menghilangkan Muka Berminyak

12 CARA MENGHILANGKAN MUKA BERMINYAK DENGAN CEPAT

Cara Menghilangkan Muka Berminyak Dengan Cepat | MaryJardin.co

Haaa semalam admin cerita pasal 6 Punca Muka Berminyak. So, sekarang persoalannya macam mana cara nak mengatasi muka berminyak? Jom baca!

1. RAJIN MEMBERSIHKAN WAJAH

Cara menghilangkan muka berminyak adalah dengan rajin membersihkan wajah. Sebenarnya perkara ini mudah dilakukan, namun banyak orang yang tidak membersihkan wajah mereka secara rutin. Dengan wajah yang berminyak, bersihkan wajah anda menggunakan pembersih wajah yang sesuai dengan jenis wajah berminyak dua kali sehari. Sebelum mulakan rutin harian dan sebelum tidur malam.

2. MEMAKAI PRODUK PEMBERSIH WAJAH YANG TEPAT

Untuk membersihkan wajah, bagi anda yang memakai sabun, jangan menggunakan sabun yang terlalu banyak buih. Carilah produk pembersih wajah yang dikhususkan untuk wajah berminyak.

3. SELALU MEMBERSIHKAN MAKE-UP DENGAN BERSIH

Pastikan setiap kali memakai make-up, anda membersihkannya dengan bersih. Agar make-up yang menempek pada wajah tidak menyebabkan timbulnya masalah lain pada wajah anda terutamanya pori pori tersumbat.

4. MEMBERSIHKAN WAJAH MENGGUNAKAN AIR SUAM

Membersihkan wajah berminyak menggunakan air suam juga adalah salah satu cara menghilangkan muka berminyak kerana ia akan membuka pori-pori sehingga minyak pada wajah anda akan berkurangan secara amnya.

5. AVOCADO

Avocado juga bermanfaat untuk melindungi kulit dari berkedut dan tanda-tanda penuaan kerana avocado mengandungi karotenoid anti-oksidan, vitamin E, dan vitamin C. Vitamin E berguna untuk membantu mencegah penuaan akibat dari sinaran matahari. Vitamin C merupakan zat yang diperlukan untuk memberi keanjalan dan kolagen agar kulit  maintain tegang.

6. ALMOND

Selain bertindak untuk membuang sel kulit mati, almond juga bertindak untuk mengurangi minyak berlebihan terutama pada wajah anda. Caranya adalah dengan menumbuk halus 2 biji almond kemudian tambahkan 2 sdt madu. Sapukan merata pada wajah.

7. SUSU

Dalam wajah terdapat kolagen untuk kulit tetap kelihatan tegang dan tidak berkerut. Susu memiliki kandungan vitamin D yang dapat meningkatkan produksi kolagen serta vitamin B6 yang berperanan untuk merawat dan menjaga kulit agar tetap sihat dan lembab tetapi tidak tampak berminyak. Caranya adalah dengan campurkan 2 sdm susu segar dengan 1 sdm madu lalu jadikan masker wajah selama 30 minit.

8. YOGURT

Yogurt merupakan produk dari tenusu. Oleh itu, sudah tentu yogurt mengandungi kalsium dan zinc. Kalsium berperanan penting untuk mencegah kulit kering dan dehidrasi manakala zinc berperanan untuk membantu mengatasi masalah kulit wajah. Ia juga mengandungi vitamin B kompleks yang dapat menyihatkan wajah anda dan membuat wajah anda bersinar secara alami. Yang anda perlukan adalah yogurt asli tanpa rasa untuk digunakan sebagai masker wajah.

9. OATMEAL

Oatmeal kaya dengan anti-oksidan yang sangat penting untuk menjaga wajah dari radikal bebas yang memberikan impak bagi kesihatan dalaman dan luaran terutama untuk kulit anda. Bancuh oatmeal kemudian lulurkan ke wajah anda. Anda juga boleh menambah madu.

10. MADU

Cara menghilangkan muka berminyak seterusnya adalah madu yang dapat mencerahkan kulit kerana kaya dengan anti-oksidan dan juga dapat membuang sel kulit mati. Sediakan 1 sdm madu kemudian sapukan pada wajah, biarkan selama 30 minit dan bilas dengan air bersih.

11. LIDAH BUAYA

Lidah buaya juga akan menyerap minyak berlebihan pada wajah dan mengecilkan pori-pori sehingga minyak tidak akan terhasil secara berlebihan. Caranya mudah, dengan mengambil gel lidah buaya yang ada di tengah kemudian sapukan secara merata pada kulit wajah anda. Biarkan selama 15 minit kemudian bilas dengan air bersih.

12. MINYAK JOJOBA

Memang dengar pelik minyak digunakan sebagai salah satu cara menghilangkan muka berminyak dengan cepat, tapi minyak jojoba berfungsi untuk merawat wajah berminyak dan mengurangi minyak pada wajah. Tidak hanya itu, ia juga berfungsi untuk menghilangkan jerawat dan parut. Sapukan minyak jojoba pada wajah, biarkan selama 15 minit, kemudian bilas dengan air suam.

Bagi para wanita yang suka menggunakan produk kecantikan maka sebaiknya memilih produk yang betul, yang sesuai dengan kulit wajah kerana jika produk yang anda pilih salah dan cara penggunaan juga salah, ia dapat menyebabkan kulit berminyak.

Cuba pilih produk yang tiada bahan kimia, tiada kesan sampingan dan lebih pada natural dan organik kerana ia dijamin selamat dan halal. Sememangnya produk yang mengandungi bahan natural dan organik akan melalui proses pengecutan jerawat yang agak lama, tetapi, kulit anda dijamin sihat dan tidak berminyak, segar di kemudian hari kerana tiada bahan kimia dan tiada kesan sampingan.

Cara Menghilangkan Muka Berminyak Dengan Mary Jardin Basic Set

Basic Set Mary Jardin mengandungi (3) produk di dalamnya iaitu;

(1) Facial Soap yang mengandungi 100% susu kambing, 100% pure organik madu dan 100% organik oat

(2) Face Oil yang mengandungi pati minyak asli seperti minyak argan Morocco, minyak zaitun, pati lavender, minyak seabuck thorn, minyak tea tree dan banyak lagi

(3) Detox Clay Mask yang mengandungi tanah liat kaolin, serbuk arang, 100% organik oat dan lain-lain. Kesannya akan terlihat seawal penggunaan.

Cara Menghilangkan Muka Berminyak Dengan Cepat | MaryJardin.co

Facial Soap Mary Jardin

Cara Menghilangkan Muka Berminyak Dengan Cepat | MaryJardin.coCara Menghilangkan Muka Berminyak Dengan Cepat | MaryJardin.co

Face Oil Mary Jardin

Cara Menghilangkan Muka Berminyak Dengan Cepat | MaryJardin.coCara Menghilangkan Muka Berminyak Dengan Cepat | MaryJardin.co

Detox Clay Mask Mary Jardin

Cara Menghilangkan Muka Berminyak Dengan Cepat | MaryJardin.coCara Menghilangkan Muka Berminyak Dengan Cepat | MaryJardin.co

Dapatkan Basic Set Mary Jardin original hanya di maryjardin.co

CLICK link di bawah untuk membuat pesanan>>>

Comments:

Leave a Comment

Your email address will not be published.

© 2017 Jardin Beauty Sdn Bhd. All Rights Reserved.