Seiring dengan perkembangan zaman, title makeup artist bukan hanya pada yang professional sahaja, malah sesiapa yang tidak ada basic makeup pun boleh makeup sendiri dengan mudah dan kelihatan professional.
Jika sebelum ini belajar makeup perlu pergi kursus di salon kecantikan, kini hanya dengan bermodalkan data internet, anda dapat belajar ilmu makeup dengan melayari blog atau video tutorial makeup yang ada di Youtube.
Bermula dari penggunaan primer, foundation, eyeshadow, hingga setting powder semua maklumat dapat anda belajar melalui internet.
Namun, pernahkah anda merasa makeup yang dipakai kelihatan kurang berseri dan menyerlah? Padahal, anda sudah mengikuti setiap langkah yang ditunjuk para jurusolek dengan baik. Hmmm, cuba anda check, mana tahu kesalahan terletak pada perkara berikut ini!
Penggunaan Applicator yang Salah

Pemilihan applicator memiliki peranan yang penting dalam membuatkan hasil makeup anda berseri dan menyerlah. Sebagai contoh, untuk menggunakan liquid foundation bersama brush, anda seeloknya memilih brush yang padat dan memilki hujung yang rata.
Ini kerana brush yang kurang padat dan terlalu lembut akan membuatkan foundation menjadi streaky. Selain itu, applicator yang disediakan dan disertakan dalam set kosmetik anda juga biasanya memiliki kualiti yang tidak begitu bagus.
Oleh itu, elakkan penggunaan applicator tersebut dan gunakan applicator yang khas dan berkualiti jika anda inginkan hasil makeup yang maksimum.
Penggunaan Makeup dengan Formula yang Kurang Sesuai
Selain skincare, makeup juga dihasilkan dengan formula berbeza yang diformulasikan untuk jenis kulit tertentu. Jika anda memilih produk makeup yang tidak sesuai dengan jenis kulit anda, hasilnya juga tidak akan maksimum.
Bagi anda yang memiliki kulit berminyak sebaiknya memilih produk jenis powder atau liquid dengan hasil finishing matte. Untuk anda yang memiliki kulit kering, disarankan untuk memilih foundation bertekstur liquid yang dapat melembapkan sekaligus menghidrasi kulit.
Perkara ini juga perlu dititikberatkan bagi produk lain juga seperti blusher, bronzer, lipstik, mahupun pemilihan eyelash.
Tidak Menitikberatkan Kebersihan Makeup Tools
Anda mungkin sudah selalu mendengar makeup tampak lebih buruk dek kerana sisa kotoran yang ada pada kosmetik anda. Ini kerana makeup tools tersebut tidak dibersihkan dengan baik.
Tidak hanya merosak kulit, penggunaan brush yang tidak dibersihkan dengan baik juga ternyata akan membuatkan hasil makeup kurang menyerlah. Perkara ini disebabkan banyaknya sisa produk yang menempek pada brush.
Selain barang makeup tersebut tidak blend sekata pada kulit anda, sisa barang makeup pada sponge juga akan membuatkan warna makeup yang digunakan menjadi berubah.
Keadaan Makeup yang Sudah Expired
Siapa di antara anda yang jarang mempedulikan expiry date barang makeup? Saya tahu, pasti berat rasanya untuk membuang barang makeup yang sudah expired, apalagi kalau isi di dalamnya masih banyak kan.
Namun, perkara ini sebaiknya tidak dipraktikkan jika anda ingin memiliki hasil makeup yang menyerlah dan maksimum. Barangan makeup yang sudah ‘basi’ secara umumnya mengalami perubahan bau dan konsistensi sehingga akan menimbulkan banyak risiko jika digunakan.
Tidak hanya itu, penggunaan produk yang sudah expired juga boleh merosak kulit. Jika tak ingin hasil makeup dan kulit bermasalah, cepat-cepat check tarikh mati produk kosmetik anda!
Kurang Melakukan Belaian pada Wajah
Akhir sekali dan yang paling penting, anda kurang melakukan belaian pada wajah anda. Penampilan makeup yang menyerlah bermula dengan keadaan kulit yang baik.
Beberapa masalah kulit seperti dry patch, jerawat, atau kemerahan pada kulit akan menyebabkan hasil makeup jadi tidak menyerlah. Oleh kerana itu, pastikan anda menjaga kesihatan kulit anda dengan baik.
Jangan lupa juga untuk membersihkan kulit sebelum memakai makeup. Anda boleh memulakannya dengan melembapkan kulit, kemudian menggunakan primer agar makeup lebih mulus dan tahan lama.
MJ Travel Bag
Bagi anda yang merasa was-was dengan produk kosmetik seperti lipmatte, bb cushion dan terutamanya foundation yang anda guna sekarang dan inginkan kosmetik yang selamat pada kulit anda dengan menggunakan bahan-bahan yang NATURAL dan SELAMAT, saya perkenalkan Mary Jardin Artisan Cosmetic yang dirumuskan khas oleh Dr. Maryam Aziz (Founder Mary Jardin).
Bagaimana? Anda berminat? CLICK link di bawah untuk pembelian>>
https://www.maryjardin.co/product/mj-travel-bag/
https://www.maryjardin.co/product-category/artisan-cosmetics/
Image already added
Noted ?