Asal sejam sekali je nak kena calitkan lipstik. Penat kan? Hah! perempuan dengan lipstik memang tak dapat dipisahkan. Perempuan tanpa calitan lipstik di bibir akan kelihatan pucat. Betul tak?
Hanya dengan sedikit calitan lipstik sahaja, ia akan membuatkan wanita tampil lebih menawan, cantik dan naik seri muka. Maka tidak hairanlah kebanyakkan wanita selalu meyimpan lipstik mereka di dalam handbag ke mana mereka pergi.
Tapi, takkan setiap beberapa jam anda perlu calitkan lipstik anda agar warna lipstik tersebut kelihatan kekal? Oh tidakkk!
Ada cara lain untuk lipstik anda kekal tahan lama tanpa mencalitnya berulang kali. Bagaimana? Jom semak semula cara anda memakai lipstik! Adakah ianya menggunakan teknik yang betul.
Gunakan Primer Lipstik
Bukan hanya kulit wajah sahaja yang perlu primer untuk makeup anda tampak tahan lama. Menggunakan primer lipstik di bibir juga amat diperlukan untuk menghasilkan warna lipstik tahan lama.
Untuk memulakan penggunaan primer ini, anda boleh sapukan shea butter terlebih dahulu pada bibir dan beberapa minit kemudian barulah sapukan lipstik di atasnya.
Lip Liner
Selain primer lipstik, usahakan juga untuk menggunakan lip liner. Bentukkan bibir anda dengan baik menggunakan lip liner di bahagian tepi kemudian isi bahagian dalam bibir dengan lipstik biasa.
Agar warna lipstik tahan lama dan cantik menawan, usahakan agar menggunakan lip liner dan lipstik dengan warna yang sama.
Brush
Ini merupakan teknik yang boleh membuatkan warna lipstik tahan lama. Teknik mencalit bibir dengan brush lipstik akan membuatkan penyebaran warna lipstik tersebut merata ke dalam pori-pori kulit bibir anda.
Jika ianya merata, ia akan membuatkan lipstik anda tahan lebiih lama malah hasilnya juga akan kelihatan kemas.
Jadi, itulah serba sedikit cara agar warna lipstik anda tahan lama. Cara yang sangat mudah! Semoga tips ini bermanfaat dan selamat mencuba. Selain menerapkan cara di atas, untuk dapatkan bibir cantik dah sihat, anda juga perlu mengamalkan pola hidup sihat, perbanyakkan minum air putih dan rawatlah bibir dengan baik.
MJ Travel Combo Bag
Bagi anda yang merasa was-was dengan produk kosmetik seperti lipmatte dan bb cushion yang anda guna sekarang dan inginkan kosmetik yang selamat pada kulit anda dengan menggunakan bahan-bahan yang NATURAL dan SELAMAT, saya perkenalkan Mary Jardin Artisan Cosmetic yang dirumuskan khas oleh Dr. Maryam Aziz (Founder Mary Jardin).
Bagaimana? Anda berminat? CLICK link di bawah untuk pembelian>>
https://www.maryjardin.co/product/mj-travel-bag/
https://www.maryjardin.co/product-category/artisan-cosmetics/
Image already added
Info yang bagus ?