Anda kerap menggunakan pelembap, namun kulit tetap terasa kering? Cuba check dulu, jangan-jangan kulit anda mengalami dehidrasi. Berbeza dengan kulit kering, dehidrasi akan lebih mudah terjadi ketika kulit kekurangan air.
Selain memastikan bahawa anda telah mengambil air putih dalam kadar jumlah yang cukup, penggunaan produk skincare juga dapat menjadi cara berkesan untuk memaksimakan hidrasi pada kulit anda.
Tapi, jangan main pilih je ye produk skincare! Pastikan produk skincare yang anda gunakan mengandungi bahan-bahan berikut jika anda inginkan hasil yang baik!
1. Shea Butter
Shea butter merupakan lemak semulajadi yang diperoleh dari ekstrak buah pokok shea. Ia kaya dengan vitamin A, E, dan F dan banyak digunakan dalam produk kecantikan seperti pelembap, krim, atau lotion.
Shea butter kaya akan fatty acid yang dapat membantu kulit menjadi lembut, fleksibel, serta terhidrasi secara mendalam. Bukan itu sahaja, bahan ini juga memiliki humectant yang efektif mengunci kelembapan pada kulit.
2. Vitamin E
Vitamin E mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kulit, salah satunya untuk memberikan hidrasi. Jenis vitamin ini tergolong sebagai sumber anti-oksidan alami yang dapat membantu mengatasi berbagai masalah kulit, seperti kering dan keradangan.
Kelembapan kulit juga akan lebih terkawal kerana kandungannya mampu untuk melawan dan menghentikan keradangan, sekaligus memperbaiki skin barrier yang berperanan penting untuk menjaga hidrasi kulit.
3. Jojoba Oil
Jika anda memiliki kulit yang berminyak, acne-prone, dan dehidrasi, jojoba oil adalah pengubatnya. Jojoba oil dapat membantu mengikat cairan pada kulit dan mengawal produksi sebum berlebihan.
Jojoba oil adalah minyak alami dan memiliki tekstur yang paling ringan sehingga memberi penyerapan dengan lebih mudah ke dalam kulit.
4. Hyaluronic Acid
Jika bercakap mengenai kandungan skincare yang dapat memberikan hidrasi maksima untuk kulit, sudah tentu tidak ketinggalan kandungan Hyaluronic Acid ini.
Hyaluronic acid memang terkenal dengan kemampuannya dalam menjaga kelembapan dan hidrasi kulit. Bahan ini tergolong dalam humectant yang cara tindak balasnya seperti sponge, dimana ia dapat menyerap cairan, serta membentuk ‘selimut’ yang dapat melindungi kelembapan kulit anda.
Jadi tunggu apa lagi? Jom mulai sekarang kita cari dan gunakan skincare yang mengadungi kandungan di atas demi memberikan rawatan kulit yang maksima untuk wajah anda. Pastikan ia tidak memudaratkan anda. Pilihan untuk bertukar pada produk Natural & Organik bermula dari anda.
Mary Jardin adalah salah satu produk yang diusahakan oleh seorang doktor perubatan di Malaysia yang diyakini halal, selamat, lulus KKM dan yang pastinya natural dan organik.
Essential Set Mary Jardin
CLICK link di bawah untuk pembelian>>
https://www.maryjardin.co/product/essential-set/
Image already added
Semesti nya mahu yang terbaik ?