KELEBIHAN BERPUASA UNTUK KESIHATAN YANG RAMAI TIDAK TAHU
Secara umumnya semua orang tahu tentang kewajipan orang Islam melaksanakan kewajipan dalam Rukun Islam iaitu berpuasa pada bulan Ramadhan. Berpuasa adalah menahan lapar dari terbit matahari sehingga terbenam matahari.
Konsep puasa telah popular sejak kebelakangan ini setelah banyak teori dan kelebihan berpuasa untuk kesihatan yang positif yang dapat melalui puasa. Jadi tidak hairan lah zaman sekarang tidak kira orang muslim atau bukan muslim, ramai yang sudah mula berdiet dengan cara puasa.
7 Kelebihan Berpuasa Untuk Kesihatan Yang Baik
1. MEMPERBAIKI CARA PEMAKANAN
Kepada mereka yang mempunyai masalah berkaitan pemakanan, dengan berpuasa mampu memperbetulkan semula corak masa makan anda dengan mengikut kesesuaian gaya hidup anda.
2. TINGKAT KADAR METABOLISM
Apabila berpuasa sistem penghadaman kurang memproses, jadi secara tidak langsung ia membakar kalori dan meningkatkan kadar metabolism. Sistem penghadaman yang lemah akan meberi kesan kepada metabolism yang susah untuk membakar lemak. Berpuasa juga akan memperbaiki sistem penghadaman dan pergerakan usus.
3. KAEDAH SELAMAT UNTUK KURUS
Dengan berpuasa dalam beberapa jam boleh membakar lemak badan dengan lebih efektif daripada mengamalkan diet yang biasa. Apa yang menariknya diet dengan berpuasa menggunakan lemak sebagai tenaga berbanding gula.
4. MENINGKATKAN FUNGSI OTAK
Otak menjana protein dipanggil brain-derived neurotrophic factor (BDNF) kesan daripada berpuasa. Sel BDNF menghasilkan neuron baru dan mempertingkatkan kadar kimia untuk kesihatan otak. Protein ini juga melindungi sel otak daripada bahaya Alzheimer dan penyakit Parkinson.
5. KULIT SEMAKIN CANTIK
Berpuasa juga boleh mencuci segala toksik terkumpul di dalam badan dan juga organ secara tidak langsung menghapuskan toksid penyebab kulit kusam, jeragat dan sebagainya.
6. IMUNISASI BADAN MAKIN BAIK
Meningkatkan sistem imunisasi kerana ia dapat mengurangkan kerosakan radikal bebas, penyakit radang dan pertumbuhan sel kanser.
7. BAIKI KADAR INSULIN
Kadar insulin menjadi lebih positif, iaitu di mana insulin menjadi lebih efektif dengan memberi glukos dari dalam darah.
Badan kurang bertenaga di bulan puasa. Bagaimana Nak Atasi??
Jom dapatkan suplemen keluaran Mary Jardin iaitu Pea Protein With Multivitamin Drink Powder
Boleh dapatkan di website maryjardin.co
Info yang bagus 👍👍👍