Blog

Tips Berfesyen: BERGAYA DENGAN HIASAN MUTIARA

 

Pemakaian aksesori mutiara dahulunya didominasikan oleh golongan bangsawan tetapi kini menjadi pilihan umum. mutiara mampu menaikkan mood klasik dan elegan kepada si pemakai.
Terdapat dua jenis mutiara, iaitu mutiara air masin dan mutiara air tawar. Harga mutiara air masin lebih mahal dari mutiara air tawar dan mutiara air masin lebih berkilat berbanding air tawar. Cara paling mudah untuk mengetahui keaslian mutiara adalah dengan cara membakar mutiara itu, jika ia tidak cair bermakna mutiara itu asli.
Berikut merupakan cara-cara penjagaan aksesori mutiara:

– Elakkan daripada terkena minyak wangi, sabun, krim badan mahupun bahan peluntur.

– Elakkan daripada terkena peluh kerana ia boleh memberi tindak balas kimia terhadap warnanya.

– Bersihkan mutiara setiap kali selepas memakai dengan kain lembut.

– Simpan di tempat yang kering dan elakkan menyimpan di tempat yang suhunya cepat lembap atau dalam tempat kedap seperti plastik kerana ia boleh memudarkan warnanya.

.
.
*Resource copyright @ 2013 : eh.com.my
.
.
#maryjardin
#maryjardinluxelabel
#mjll
#mjllinfographic
#maryjardinian
#tipsbymjll

Comments:

Leave a Comment

Your email address will not be published.

© 2017 Jardin Beauty Sdn Bhd. All Rights Reserved.