Blog

Tips berfesyen: BADAN PLUS SAIZ PON BOLEH TAMPIL BERGAYA.

 
Siapa kata wanita yang memiliki bentuk badan yang plus saiz tak boleh bergaya??
.
.
.
Jangan sesekali merendah diri jika anda daripada kategori ini. Yakin dengan kesempurnaan diri dan tampil selesa di dalam khalayak ramai. Jom ikuti panduan bergaya yang istimewa buat anda wanita comel.
 

1.Maxi Dress

 
Maxi dress sangat sesuai dipakai untuk semua bentuk badan termasuklah yang bertubuh gempal. Ada pelbagai model maxi dress seperti abaya dan kaftan. Anda boleh kombinasikan dengan ‘outwear’ untuk tampil lebih moden seperti jaket denim dan blazer.
.
 

2.Pleated Dress

 
Pleated dress sesuai kepada sesiapa yang memfokuskan untuk menutupi kekurangan pada pinggul dan bahagian bawah tubuh yang besar. Dress dengan rekaan bahagian berlipat pada bahagian perut dan pinggan yang besar sehingga membuatkannya nampak lebih kemas.
.
 

3.Outwear

 
Bahagian dada yang terlampau besar dan menonjol boleh diselindungkan dengan padanan outwear seperti blazer, jaket denim mahupun cape. Untuk pemilihan padanan outwear bahagian dalam jangan memilih yang terlalu ketat tetapi yang bersesuaian dengan tubuh anda.
.
 

4.Maxi Skirt

 
Padanan maxi dengan blouse atau kemeja polos yang mempunyai gaya sederhana dan tidak menonjolkan bahagian dada anda.
.
 

5.Seluar Slack

 
Pemilihan seluar slack yang longgar sangat sesuai digunakan dalam cuca panas kerana materialnya yang ringan dan dapat menutupi lekuk kaki yang besar. Untuk pemilihan warna pula, pilih yang bersesuaian dengan keinginan atau warna gelap agar kaki tampak ramping.
.
 
.
*Resource copyright @ 2017 : ohfesyen.com
.
#maryjardin
#maryjardinluxelabel
#mjll
#mjllinfographic
#maryjardinian
#tipsbymjll

Comments:

Leave a Comment

Your email address will not be published.

© 2017 Jardin Beauty Sdn Bhd. All Rights Reserved.