Padanan serba hitam sebenarnya tidak pernah tampak bosan jika kita tahu Teknik sebenar menggayakannya. Fesyen serba hitam tidak pernah ketinggalan zaman kerana ia sesuai digayakan dalam apa jua tema tidak kira formal atau kasual.
MJLL akan kongsikan tips untuk padanan serba hitam.
.
.
1.Padanan Bersama Tali Pinggang
Secara amnya kita tahu bahawa warna hitam ini akan membuatkan kita kelihatan langsing. Tetapi kita boleh berikan penampilan itu dua kali lebih langsing dengan hanya menggunakan tali pinggang. Cuba gayakan jaket labuh bersama tali pinggang bersaiz sederhana untuk menonjolkan lagi penggayaan yang serba hitam berstail.
.
2.Suai Padan Bersama Helaian Hitam Grafik
Cuba padankan helaian hitam bersama helaian yang direka dengan motif atau corak grafik untuk tambah elemen cool pada gaya serba hitam anda.
.
3. Tambahan Aksesori Pada Padanan Hitam
Untuk menaikkan aura pada penggayaan rona yang dikatakan boring dan kusam ini, ianya mudah hanya dengan menambah aksesori tambahan. Scarf, rantai leher atau mungkin dompet statement yang menjadi kunci kepada gaya padanan hitam itu terserlah.
.
4.Suai Padan Bersama Helaian Bermaterial Jarang
Gayakan ceraian fesyen berona hitam dengan material yang jarang untuk tampak lebih stail dan terkini.
.
*Resource copyright @ 2016 : www.hmetro.com.my
.
.
#maryjardin
#maryjardinluxelabel
#mjll
#mjllinfographic
#maryjardinian
#tipsbymjll