Blog

Tips berfesyen: PANDUAN MEMBELAI AKSESORI

 

Sakitnya mata bila tengok bilangan batu pada aksesori kita yang ada diamond dan berbatu tidak cukup ataupun terkeluar. Kadang-kadang warna dia pun makin lama makin luntur. Tapi, jangan risau MJLL nak kongsikan panduan bagaimana untuk membelai eksesori anda yang berbatu dan berdiamond itu supaya bertahan lama.

 

  1. Sapukan Pengilat Kuku

Pastikan anda mempunyai sebotol pengilat kuku lutsinar dalam simpanan. Sapuan pengilat kuku lutsinar adalah sebagai gam supaya batu pada aksesori tidak mudah jatuh. Selain itu, ia akan membuat kilauan batu lebih bersinar.

 

  1. Bekas Khas

Bagi memelihara warna aksesori agar tidak mudah luntur, sediakan bekas yang khas. Asingkan aksesori emas dan perak. Lebih elok simpan dalm bekas yang bertutup supaya udara tidak mudah masuk dan mengurangkan tindak balas pengaratan berlaku.

 

  1. Gel Silika

Jika anda membeli kasut atau beg, periksa dalam kotak kasut dan dalam beg pasti ada gel silika yang digunakan untuk menyerap kelembapan supaya tidak mudah berkulat. Letakkan gel silika itu di tempat penyimpanan aksesori.

.

*Resource copyright @ 2013 : eh.com.my
.
.
#maryjardin
#maryjardinluxelabel
#mjll
#mjllinfographic
#maryjardinian
#tipsbymjll

Comments:

Leave a Comment

Your email address will not be published.

© 2017 Jardin Beauty Sdn Bhd. All Rights Reserved.