Blog

Tips Berfesyen: WARNA TUDUNG vs MOOD SI CANTIK

 

Dalam menggayakan busana ataupun tudung, pemilihan warna memainkan peranan yang penting. Ini kerana warna tersebut memberi kesan kepada penampilan anda di mata orang lain. Jom kita baca tips pemilihan warna yang sesuai buat sicantik seperti anda

 

1.MERAH

Rona yang ideal untuk si kulit cerah. Namun, ia tidak sesuai dipakai ketika kita dalam keadaan penat atau murung kerana warna tersebut akan menyerlahkan diri kita seakan-akan seorang yang garang. Warna ini lebih sesuai dikenakan dalam majlis ataupun tempat supaya kita dapat dikenali dengan mudah.

.

2.MERAH JAMBU

Rona feminine. Ia sesuai bagi menyerlahkan sebuah perhubungan social yang santai dan kurang sesuai bagi jalinan hubungan professional.

.

3.KUNING

Rona yang akan menyerlahkan imej ceria, gembira dan jenaka dalam perhubungan social. Kurang sesuai untuk perhubungan professional dan formal kerana ia menggambarkan sifat bersahaja. Peminat warna ini dilihat sebagai orang yang kreatif, optimis dan mencuba.

.

4.BIRU

Rona ini sesuai untuk semua peringkat usia. Warna biru lembut atau biru laut adalah warna yang cukup menarik pada mata yang memandang. Oleh itu, ia sesuai dikenakan dalam apa saja tempat dan keadaan.

.

5.KELABU

Merupakan warna yang paling sukar disesuaikan kerana ia memberikan imej yang terlalu kontras. Pemilihan corak dan rekaan yang sesuai memberikan imej yang posiif. Sebaliknya, apabila individu mengenakan pakaian berwarna kelabu dengan corak dan rekaan yang malap, makai a memberikan imej sedih, suram dan tidak bersemangat.

.

6.OREN

Rona ini adalah warna yang ceria. Ia menggambarkan si pemakai sebagai orang yang mudah mesra dan prihatin. Warna ini sesuai dikenakan pada pakaian sosial. Warna ini tidak sesuai bagi pakaian yang bersifat professional. Elakkan menggenakan pakaian berwarna ini daripada kepala hingga ke kaki.

.

7.HIJAU

Rona ketenangan dan sejuk mata memandand. Bagi wanita, warna hijau sesuai bagi apa sahaja jenis pakaian. Orang yang memakai warna hijau lembut dapat memberi mesej tidak formal dan mesra.

.

8.UNGGU

Warna ini sesuai bagi sesiapa sahaja yang ingin menampilkan diri sebagai orang yang dominan dan bijaksana. Warna unggu yang sederhana dan gelap lebih sesuai bagi wanita tanpa memadankannya dengan biru gelap atau kelabu.

.

9.COKLAT

Warna coklat sama ada coklat muda ataupun gelap lebih sesuai bagi aksesori tambahan. Elakkan daripada memilih pakaian yang berwarna coklat dari kepala sehingga kaki. Pastikan penggunaan warna coklat adalah minimum bagi penampilan professional.

.

10.HITAM

Rona yang sesuai bagi pakaian formal dalam dunia perniagaan dan professional. Ia menggambarkan kekuasaan, kebijaksanaan dan keseriusan individu yang memakainya dalam apa sahaja situasi.

.

11.PUTIH & KRIM

Pakaian berwarna ini sesuai digandingkan dengan warna lain. Ia memberikan imej neutral dan baik kepada mereka yang melihat. Contohnya, kemeja-T dan blaus yang berwarna putih sesuai pada setiap masa, tempat dan keadaan.

.

*Resource copyright @ 2016 : ohfesyen.co

.
.

#maryjardin
#maryjardinluxelabel
#mjll
#mjllinfographic
#maryjardinian
#tipsbymjll

 

 

Comments:

Leave a Comment

Your email address will not be published.

© 2017 Jardin Beauty Sdn Bhd. All Rights Reserved.