Blog

Tips Berfesyen: TIPS PEMILIHAN PAKAIAN MENGIKUT BENTUK BADAN

Adakah anda sendiri tahu bagaimana bentuk tubuh anda? Kalau tidak, mulakan sekarang dan kenali bentuk tubuh sendiri kerana anda akan mendapat pengetahuan bagaimana cara untuk tampil bergaya dan menawan bersesuaian dengan bentuk tubuh anda..
.
.
 

1) Bentuk Segi Tiga atau ‘Pear’

 
Bentuk tubuh ini biasa dimiliki oleh seorang wanita. Bahagian pinggul adalah lebih besar daripada bahagian dada. Berikut adalah tips pemakaian yang sesuai untuk anda:
 
👗Pilih pakaian yang mempunyai pelapik bahu yang kecil/tanpa pelapik agar bahagian bahu kelihatan lebih luas.
👗Elakkan memakai skirt dan blaus yang terlalu labuh kerana anda akan kelihatan lebar.
👗Untuk pemilihan warna, pakaian bahagian atas hendaklah berwarna cerah dan pada bahagian bawah pula berwarna gelap.
.
 

2) Bentuk Segi Tiga Terbalik

 
Wanita dengan bentuk tubuh seperti ini mempunyai bahagian atas badan yang lebih besar daripada bahagian bawah. Berikut adalah tips pemakaian yang yang sesuai untuk bentuk tubuh ini:
 
👗Pilih skirt yang bergaris A, bertekstur garang dan juga corak bergaris mendatar untuk menyeimbangkan bentuk tubuh. Disarankan menggunakan seluar labuh/palazzo.
👗Pakai blaus yang berkolar luas. Pilih corak pakaian dengan garis menegak dan fabrik yang bertekstur halus.
👗Pilihlah warna-warna yang gelap atau neutral untuk bahagian atas badan. Elakkan memakai pakaian corak menyerlah.
 
.
 

3) Bentuk ‘Hour Glass’ atau Jam Pasir

 
👗Merupakan bentuk badan yang sempurna yang mempunyai ukuran dada dan pinggul yang hampir sama. Perbezaan di antara ukuran pinggang dengan dada dan pinggulnya adalah lebih kurang 25 sentimeter (10 inci) kecilnya.
👗Anda boleh memilih apa-apa sahaja pakaian serta fesyen kegemaran anda.
👗Untuk menyerlahkan lagi, pakailah pakaian dari jenis fabrik yang lembut dan beralun. Dari segi pemilihan warna pula, kebanyakan warna adalah sesuai.
 
.
 

4) Bentuk ‘Diamond’ atau Berlian

 
Bentuk badan seperti ini mempunyai bahagian pinggul atau perut yang agak besar berbanding dengan bahagian dada. Berikut adalah tips yang sesuai untuk anda amalkan:
 
👗Supaya kelihatan lebih kurus, elakkan daripada memakai pakaian berwarna terang dan mempunyai corak yang menyerlah. Pilih warna pakaian yang gelap dan corak yang sederhana.
👗Pemakaian aksesori labuh di bahagian leher juga dapat membantu anda kelihatan lebih kurus.
👗Sekiranya anda ingin memakai gaun, pilih gaun tanpa pinggang. Pemakaian vest yang terbuka juga turut membantu anda tampak lebih kurus.
 
.
 

5) Bentuk Bujur Telur

 
👗Pilih pakaian yang mempunyai garis leher berbentuk V, mempunyai corak garis menegak dan motif geometri yang sederhana.
👗Pilih warna yang neutral daripada gelap sehingga sederhana.
👗Anda juga disarankan memakai kasut bertumit sederhana tinggi.
👗Penggunaan aksesori yang berwarna-warni akan membantu untuk mengalih perhatian dari bentuk tubuh anda.
 
.
 

6) Bentuk Segi Empat

 
Seseorang yang mempunyai garis pinggang yang kecil ataupun tidak mempunyai pinggang. Untuk tampil lebih menarik dan anggun berikut adalah tips untuk anda:
 
👗Pilih pakaian bahagian atas yang berlapik bahu dan daripada fabrik lembut.
👗Seluar dan baju janganlah terlalu ketat dan pilihlah baju dengan rekaan lebih pada bahagian bahu untuk kelihatan lebih cantik.
👗Untuk pemilihan warna, rona senada adalah paling sesuai untuk mereka dengan bentuk tubuh seperti ini.
 
*Resource copyright @2017 : www.zolace.com
.
#maryjardin
#maryjardinluxelabel
#mjll
#mjllinfographic
#maryjardinian

Comments:

Leave a Comment

Your email address will not be published.

© 2017 Jardin Beauty Sdn Bhd. All Rights Reserved.